Tuesday, February 2, 2021

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas

Bab1: Jom Simpan Emas | Bab 2: Tips beli simpan jual emas | Bab 3: Kenali Jenis Emas | 

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas


14 December 2016 : RM160/gram

14 December 2019:  RM208/gram

14 December 2020: RM266/gram

tarikh yang sama tahun berbeza. HARGA per gram pun BEZA.

Makin cepat simpan emas, makin berharga emas kita. 

Kenaikan dalam 28% dalam tempoh 1 tahun. Banyak kan?

Tu kalau kita simpan setahun. Bayangkan dalam setahun kita simpan 12gram emas. 

Mestilah lagi tinggi kenaikan emas kita. 

Jadi, kita akan nampak kenaikan emas, bila kita konsisten menyimpan. 

Jika kejap simpan, kejap tak. Memang akan nampak biasa-biasa je simpanan emas ni. Orang dah simpan, mesti faham aura dia tu. 

Ingat, masa susah tak ada orang tolong kita. Kita kena kesian diri sendiri dahulu.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. 

Semakin lewat kita beli emas, semakin rugi :

1. Makin susut RM, makin tinggi kita nak dapatkan harga segram emas. 

2. Makin kuat, keinginan untuk membeli barang yang tak perlu

3. Makin mahal emas, makin kurang kita nak simpan emas.

4. Makin tiada simpanan emas, bila asik lihat harga sahaja.

5. Semakin tinggi komitmen kita, semakin sukar kita membeli.

6. Makin bertangguh, makin ramai orang yang rebut peluang simpan emas. 

7. Makin tiada aset untuk diwariskan pada generasi.  

Bila masa sesuai untuk simpan emas? Berapa banyak perlu disimpan?

Sebelum anda mula melabur, pastikan anda dah ada Tabung Simpanan | Tabung Kecemasan | Wang permulaan untuk pelaburan.

Tabung simpanan tu boleh dipelbagaikan (Simpanan cair - i.e CASH, simpanan di TH, ASB, SSPN, dan lain2, dan perlu juga ada bahagian untuk simpanan emas sebagai jaminan kalis inflasi) - Boleh rujuk article Bab1: Jom Simpan Emas

Contoh kalau ada simpanan RM300, agihkan = 100 TH, 100 ASB, 100 gold

Saya lebih suka 'treat' simpanan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan.  Kita kena allocate simpanan sebagaimana kita allocate untuk perbelanjaan yang lain2. Sebab duit ni kalau nak tunggu lebihan baru nak simpan, lebihan tu memang jarang-jarang ada. 

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada simpanan itu boleh digunakan untuk beli emas melalui Akaun Emas GAP Public Gold.  

Mula berdikit-dikit dulu dengan 1gram1bulan. atau 0.5 gram sebulan.

Ikhtiar untuk disiplinkan yang ini dulu.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada minimum 6 gram atau 12 gram ATAU mungkin lebih😱. Emas bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, InsyaAllah.

Belilah aset yang paling senang dan mudah untuk kumpul seawal usia. Tanam benih dulu, tuai hasil kemudian. 

Lelaki hensem & sado itu yang ada aset awal usia. 

Perempuan cantik jelita yang pandai urus kewangan dengan emas. 

#BeliEmasKecilDulu

#BeliEmasYangMampuDulu

#BeliEmasSeawalUsiaMuda

Ingat pesanan kakak ya:

Beli emas kena dapat emas. Jangan beli emas dapat certificate. 

Jom simpan emas.

Emas tu mungkin tak jadikan kita kaya.

Tapi dengan simpan emas, kita kekal kaya.

Insha Allah.

Dah Sedia nak mula miliki emas pertama anda?

Perlukan pertanyaan lanjut?

Jom pm sis laju² 

reallife.nhhas@gmail.com (PG00184537)

Ok, semoga bermanfaat ya....

@loves_nhhas

Kongsi jika bermanfaat. 

1 comment:

  1. sekarang ni semua org nak kuarkan duit isinar je cik huda wehh., huhuhu

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)