Wednesday, December 7, 2011

Nasheed: Ya Tayyba by alhuda


dengarkan nasheed Ya Tayyba by alhuda
(huda lagi..... hehehehe)

assalamualaikum wbt.
hmmm. nasheed ne almost everyday dengar dalam perjalanan hotel ke masjidil haram.  Sangat best.  Ada satu lagi nasheed erm, liriknya something like "muhammad nabi na"....
Sebenarnya aku dah masuk ke kedai yang pasang lagu nasheed ne kat makkah, kononnya nak beli. betul-betul nak beli.  Masa tu aku balik dari masjidil haram sorang-sorang.  Selalu kalau nak pergi kedai mesti pergi dengan mama atau adek.  ne aku masuk kedai cd tu sorang-sorang.  Jap lagi nak cakap apa ngan orang kedai tu pun aku tak tahu.... huhuhu. aku mana reti bahasa arab.  orang pulak ramai masa tu, lagi lah orang kedai tu tak layan aku yang terpinga-pinga dalam kedai tu.  lastly keluar je tanpa beli cd nasheed ne.  sedey tau.

Jadi,  kenalah tau bahasa arab.  lagipun bahasa arab tu kan ke bahasa al-quran.

Tuesday, December 6, 2011

huda TV atau tv huda???? errrr

Owh...sebelum terlupa...
saya mempunyai "banyak" harta di makkah dan madinah  seperti.
2 buah hotel bernama huda.
1 bas bernama al-hurriyah.
1 kedai bernama huda shop.
dan paling tak boleh percaya, ada channel tv bernama huda TV.
http://www.huda.tv/home

boleh lah kalian menontonnya.  rancangannya sangat bermanfaat (huda, biasalah..... ).



Salam dari tanah air.... er... putrajaya

Assalamualaikum wbt.

Hatiku tertinggal di madinah separuh dan separuh lagi tersimpan kemas di makkah, baitullah to be specific.

Allahuakbar.... akhirnya kaki ini melangkah juga pulang ke tanah air dalam keadaan sangat tidak mahu pulang.
Allahuakbar. kenapa aku jadi begini. bila diungkapkan kata-kata ini kelihatannya aku macam orang kurang bersyukur untuk pulang.  Astagfirullahaladzim.  bukan begitu.  Aku sayang tanah air ku ini.  aku suka rumah aku di putrajaya ne,  tapi aku tidak dapat sembunyikan keseronokan dan ketenangan ketika berada di dua tanah suci yang penuh barakah itu...

Allahuakbar... Allah.... bantu aku untuk menjadi hamba Mu yang bersyukur.... Moga Allah izinkan aku sekeluarga ke sana lagi dan mungkin berada di sana untuk selamanya sehingga nyawa diangkat pergi dalam iman dan taat. insya Allah.

Semoga berjumpa lagi semua....  salam