Wednesday, December 14, 2011

Debit and credit

good tips:

sama ada anda seorang suami, isteri, ketua/ boss, rakan,

bila kita beri pujian = deposit (tambahan) kepada akaun emosi
bila kita beri kejian = withdraw (keluarkan) dari akaun emosi

jadi kalau satu hari kita dok kutuk/marah/ tegur seseorang tu 10 kali, (withdraw -10)  tapi puji cuma sekali (+1) so emosi orang tersebut akan jadi negatif.

jadi sebelum nak tegur orang, kenalah puji dulu.... puji 10 kali beri 1 teguran. insya Allah kita akan menjadikan orang di sekeliling kita lebih positif dan suasana kita lebih kondusif... insya Allah.

Tuesday, December 13, 2011

buat susah fikir ja






buat susah kepala kiteorang je fikir hadiah apa nak beli kat budak duaorang ne.
ceh...
sekali mereka betul-betul punya berminat dengan botol air spray untuk wuduk ne je.
hah ambik ler sorang satu lawan sembur air....

Thursday, December 8, 2011

Hadis mengenai Haji

petikan hadis:


1. Riwayat Al-Bazzar:
"Orang yang kembali dari haji boleh memberi syafaat kepada 400 orang dari ahli keluarganya dan sesungguhnya bila dia kembali dari haji, dia kembali dalam keadaan tiada dosa sepertimana dia baru dilahirkan oleh ibunya".


2. Riwayat Ahmad
"Apabila kamu bertemu orang yang baru pulang dari haji, maka berilah salam kepadanya, berjabat tangan dengannya dan sebelum dia masuk ke rumah, mintalah dia mendoakan agar diampunkan dosa-dosa kamu.  Nescaya doanya akan diperkenan kerana dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah".


3. Riwayat Ahmad, Tabrani dan Baihaqi
"Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadah haji adalah melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk jihad pada jalan Allah sebanyak 700 kali ganda".


Petikan diambil dari buku Kembara Hati di Tanah Suci oleh: Ustaz Ghazali Ibrahim