Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun




Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka


****************************************************************************
Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).


Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Wednesday, November 7, 2012

Panggilan Pulang...





Yeah... KT 1 bagi musim haji 1433H dah selamat mendarat beberapa hari lepas.
teruja tengok wajah-wajah orang yang telah diampunkan dosa kembali ke tanah air...

bila belek2 gambar kat  atas ne, sedih lah pulak...

niat asal ambil gambar notis tu sebab aku malas menulis. so ambil jer gambar...
bag2 ne, kena angkut malam sebelum kami bertolak pulang dari mekah ke madinah...
aku dgn abah jadi tukang tgk dan tukang bagi semangat dan tukang memastikan bag kami selamat masuk dalam lori... kiranya bag ne dah sampai madinah dulu ar naik lori... bag aku kat atas - almaklum le lambat habis berkemas... makanya bila dia dok paling atas, kena terperosok paling bawah ler dalam lori... huhuhu... tapi tak ada apa sangat yang dirisaukan...

*gambar bawah pulak*
ne lagu lah sedih...
taklimat keberangkatan pulang ke MALAYSIA...


Kali ne kena pikul bawak sendiri bag... heheee... tak der dah lori....

tadaaaa....
sikit jer kan barang kiteorang...
bag paling kecik ;  bag ibu.
bag paling besar ; bag adek.
bag paling bless/berkat; bag abah (dah 3 kali bag tu g mekah) - tahan betul.
12 tahun dah umur bag tu kat umah aku...
tambah 1 bag plastik kotak2 tew jer...
dalam tu ada baldi... kah kah kah... buat menampan kotak kurma rasanya...

gambar bawah ne dalam bas (DO2) - ntah berapa pagi - sejuk tahap gaban...
dah sampai airport madinah, tapi tak boleh turun lagi sebab THTS tgh urus turunkan bagasi.
kang bagi reramai ne turun, ada lak yang merayap pastu jenuh nak tunggu. heheee
tapi dah 2 - 3 pagi, nak merayap ke mana lagi..sejuk lak tuh.. heheeee...
and the best part - flight terbang awal...
ramai ler kena solat subuh dalam flight.
aku??? seperti biasa - manusia terakhir (or among the last) yang naik kapal terbang sebab kiteorang dah ambil wuduk dan p jer lah solat terus kan kan kan...
 lagi pun masa tu mana tau kapal terbang tu nak jalan awal...
 (dalam sejarah aku naik fligt terbang AWAL SEJAM, selalu delay semedang...
nak nak si air asia tew...heheheeee)...





pastu orang tabung haji neh - sblh abah, aku panggil dia haji dam (sbb kerja dia kutip dam)...
dia ar tunggu family kiteorang yang lambat dan rilex lenggang mak minah ne... hehehe....
sorry yer jemaah KT67 yang lain... tidak disengajakan...
abah adek n haji dam duduk kat tingkat atas kapal terbang.
aku ibu ngn teh, duduk kat bawah sebab ibu ngan teh sakit kaki.
tapi aku naik atas ne sbb cari mana abah ngn adek duduk.
perh... heaven.... banyak seat kosong. so aku pun lepak kat depan, ambik wuduk dan p solat...
naik saudi airlines n MAS, best - ada tempat besar blh solat....



ne... gambar kenanngan dari rooftop masjidil haram.
p berdua jer ngan adek...
tak der kerja...
heheeee...
tak lah....
baru pas temankan adek completekan tawaf dan saei haji.
masa ne dah 12 tgh malam or 1 pagi - tak ingat...
baik punya kiteorang merayap keliling masjid turun bawah naik atas.
p makan KFC, pastu lari2 balik hotel sbb baru perasan dah pagi...

n balik hotel, ibu tak tidur lagi sebab risau budak berdua ne yang selamba dot jer merayap tak ingat dunia...
huhuhu... rasa bersalah sungguh sebab tak tau lak yang ibu tunggu.
dah pesan, jangan tunggu - tidur jer...
sorry ibu... we love you... mmuah.... (*_*)


sekian... catatan kenangan yang tak tentu arah kronologi nya...

Friday, November 2, 2012

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah


Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati


Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi


Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


~Raihan~