Monday, May 12, 2014

Program Iftar on The Street 2014 / 1434H .... Jom Donate

Assalamualaikum wbt...

hari ini adalah 12 Mei 2014 bersamaan 12 Rejab 1434H....

Sapa2 belum habes ganti puasa. elok le mula yer... sapa2 dah lama tak puasa sunat tu, pun elok le mula.... kerana Ramadhan yang kita rindui bakal menjelma... Semoga Allah berkati kita di bulan Rejab dan Sya'ban ini dan menyampaikan kita ke Ramadhan dengan sebaik2 sampai dan semoga semua amalan kita Allah terima sebagai amal soleh di sisi Nya... Ameen Ya Rabb....

Hoccay... saya terpandang hebahan INI  di belog Dr. Ridzuan Bakar... dah lama, tapi tak sempat nak war-warkan di sini ....

Ala... setiap tahun pun saya akan paste promotion iftar kat sini... So kepada yang dah tahu - Okay - Alhamdulillah... sapa yang belum tau, meh nak bagi tau...

Iklan:  (maklum le tak ada FB macam saya - dah kena marah dengan kak Lina... "p buat FB cepat...ini arahan"...).... hehehe... thanx kak lina belanja kita air mineral di saat kita ada duit spuloh hengget jer dalam kocek tak ada duit seringgit dan tempat tu pulak ada tabung masuk duit jer tak ada tempat ambik "baki duit"... heheheeee...

Hoccay... back to the story... seperti kelaziman tahun2 yang telah berlalu... Kelab Haji Muda akan buat program Iftar on the street di 3 lokasi dunia (hamboih ko Huda... tak nak kalah gitu)...

tapi memang betul lah... sebab it covers malaysia, makkah dan indonesia.... 

Untuk mengelakkan saya merapu yang bukan2, maka adalah lebih baik saya pastekan hebahannya di sini....  semoga bermanfaat ya semua....

Don't worry - trusted ... amanah... Insya Allah... every year pun saya join KHM selain daripada my own programe with other NGO... sapa2 ada rezeki lebih tak tau nak bagi kat sapa... meh2... contact me... I've  long list people that might need help.... Insya Allah....


*******************************************************************************

KHM  DANA  ANNUITI  AKHIRAT:  
 UNCANG AMAL IFTAR RAMADAN UNTUK GOLONGAN DHUAFA/ FAKIR/ MISKIN /ANAK YATIM  KINI DIBUKA

Sumbangan ke KHM Dana Annuiti Akhirat , sila gunakan akaun berikut:- 
Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422


InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2014:-

PROGRAM:   IFTAR RAMADAN  ON THE STREET
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)

a)    Mekah Al-Mukarramah .
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

b)    Indonesia (Dengan kerjasama Sahabat  KHM Indonesia dan  DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

c)      Malaysia
Pusat Anak Yatim/Tahfiz = RM10,000

JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM58,000

  TARIKH MULA   :  20  JAMADUL AKHIR /  20 APRIL 2014
  TARIKH TUTUP:  15  SYAABAN/ 13  JUN 2014

SASARAN:
Golongan dhuaafa/ fakir/miskin

  
MENGAPA DI MEKAH  & INDONESIA & MALAYSIA?
  • Ganjaran pahala  100,000x ganda di Tanah Suci Mekah
  • Mudah capai sasaran di Indonesia. Contohnya,  pendapatan penarik beca seminggu  Rp80 ribu = Sebulan  Rp320,000 bersamaan RM100 sebulan.
  • Mencipta nilai kasih dan sayang ke atas anak-anak yatim Malaysia

BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN?

Diuruskan secara professional, amanah dan transparent menggunakan  Akaun Khas “KHM Dana Annuiti Akhirat” . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari 20 April – 13  Jun 2014  akan dianggap untuk  sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan).   Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan  dalam blog dan FB setiap minggu supaya transparency  transaksi jelas.


BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana ini akan ditutup untuk tujuan Audit  pada 15  Syaaban/ 13  Jun 2014  (sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum  buku amal kita diangkat  untuk diaudit oleh Petugas ALLAH). 

Dana akan dihantar/diagihkan  terus ke Mekah, Indonesia, Malaysia  selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada  25  Jun 2014/ 23  Syaaban 1435H.

Mekah:- Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  Ahli Bersekutu KHM (affiliate member KHM, Tn Hj Arshad). 

Indonesia:-   Agihan dan pengurusan di buat oleh  Sahabat KHM Indonesia.  Kejayaan dan pengalaman tahun 2012 dan 2013   akan membantu urusan logistic.

JIKA DANA MELEBIHI SASARAN?
Jika ditakdirkan dana melebihi sasaran,  kesemua dana akan dihantar ke sasaran.  Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada  23 Jun 2014.

Sumbangan ke Dana Amal, sila gunakan akaun berikut:-

Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422

  

Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat.  Terima kasih. Amin!

Friday, May 9, 2014

Seminar Penghayatan Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt...

Jom... siapa yang berkelapangan... Boleh turut serta....

p/s:  daftar ramai2 boleh dapat diskaun... Contact organizer kay.... LINK HERE

OR http://k-fiqh.com/fatihah/

Date : 18 Mei 2014 (ahad)...
Time : 8.00 pagi - 7.00 malam
Venue :  Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)...

Semoga bermanfaat...





Thursday, May 8, 2014

GST - Goods and Services Tax - Jom ambil tahu... jom ambil peduli...

BUKAN GOVERNMENT SERVICE TAX lah.... hadoi...

Edisi Kemaskini 9 Mei 2014 ... Komen UZAR - Boleh baca kat SINI

assalamualaikum wbt....

Jom layan saya borak pasal GST...

Hari cuti 1 Mei yang lalu kan ada orang piket pasal menentang GST? 

Kesian jer bila ada yang di interview oleh press menjawab "saya tak tahu apa itu GST, saya tak peduli, apa yang saya tahu saya tak nak GST dilaksanakan..." hadoi... camne punye orang pun ada ke... nampak tak key point dia 'TAK TAHU + TAK PEDULI  + TAK NAK'....

Benda lain korang pandai pulak google... Be fair sikit boleh???

meh sini eden nak kongsi secara ringkas... perihal GST yang eden tau... 

btw, for further info, boleh cekidout kat website GST KASTAM okay... GST KASTAM
Tak faham - TANYA... jangan jadi macam 'brader yang p berpiket hari tu .... 
jangan ada attitude ne hoccay.... 'TAK TAHU + TAK PEDULI  + TAK NAK'...

Saya pun tak katalah saya tahu sesangat... saya pun sedang seek for information... 

Jom share kalau tahu... Hoccay... semoga bermanfaat...
















memetik statement dari kastam.....

GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services made in the course or furtherance of business in Malaysia by a taxable person. 

GST is also charged on the importation of goods and services.

A taxable supply is a supply which is standard rated or zero rated. Exempt and out of scope supplies are not taxable supplies. GST is to be levied and charged on the value of the supply.

GST can only be levied and charged if the business is registered under GST
(yang ne, ramai "peniaga-peniaga dan penyangak2 industri kantoi... diaorang tak register bisness diaorang... tapi apabila gst nak di implement, kelam kabut diaorang nak register... sebab apa?  under gst, depa boleh claim balik kos tu dekat government... dan siapa peniaga-peniaga dan penyangak2 industri ne? hah boleh fikir sendiri lah kan perniagaan di malaysia ne dimonopoli oleh siapa kan kan kan?... korang p berpiket, yang berpiket tu semua orang melayu... yang gelakkan kita sapa?  selama hari ne yang shopping kena tipu beli barang harga mahal pun kita juga... huhuhu... "





p/s: beli barang kat makkah juga murah... Huhuhu...