Friday, February 10, 2017

Senarai semak - barang nak p Haji

untuk senarai semak siri 2, click sini SIRI 2
Assalamualaikum wbt...
Ne bukan check list ilmiah mahupun check list ibadah. Tapi ia nya lebih merupakan barang yang anda tak terfikir nak bawak tapi rupa-rupanya ia amat penting untuk dimanfaatkan. Jom kita tengok apa ke bendanya...

1.Tupperware. Haha. Penting tau benda ne. Untuk tapau makanan n tapau air in case korang tak nak makan kt dewan makan yang disediakan pada hari-hari tertentu mungkin disebabkan faktor kesihatan yang kurang baik. Jadi, makanan yang ditapau adalah lebih hygienic bila nak dibawa menaiki lif (yang dikenali sebagai salah satu tempat penyebaran penyakit).

*nota: saya gelakkan mak pada mulanya, bila tgk mak masukkan Tupperware dalam bag dia, dan siap blh cakap: “ne apa kes jalan bawak Tupperware macam orang kampong…. Hahaha…” pastu mak jawab sambil gelak dengan penuh yakin, “hahaha… jangan pandang rendah, banyak manfaat benda ne…kita tunggu dan lihat…”

Dan setelah balik mekah dan banyak orang menyedari kepentingan Tupperware ne, mak pesan “angah, g masukkan dalam blog check list g haji, jangan lupa bawak tupperware”… ok… yang ne kelakar.

2.Jarum dan benang. Ne pun penting atas dua sebab. Yang pertama, jika anda berhasrat untuk tidak membawa banyak pakaian, dan nak beli jubah di sana, maka jarum dan benang adalah dijangka diperlukan bagi kerja sembat-menyembat. Yang kedua, ianya amat diperlukan jika baju anda bergurau kasar dengan tiba-tiba butang baju tercabut atau jahitan beretas. Kerana harga jarum dan benang disana mungkin tak terbayang difikiran anda.

3. IRON. bawak iron kecil yang for traveler tu aje. Ada orang kat malaysia gelakkan Saya sbb bwk iron. Tapi hakikatnya kat sana ada juga yang berhajat padanya. Please lah. Kalau kat malaysia, nak pergi kerja, keluar jalan-jalan pun kita nak pakai baju yang elok bergosok, takkan lah pergi masjid tak nak pakai pakaian yang terbaik? Memanglah tak ada sapa suruh kau bawak pergi arafah dan mina. Itu masa kerjakan haji. Tapi ne yang solat 5waktu di masjidil haram dan masjid nabi, takkanlah taknak pakai yang kemas. malulah sikit ya.

4. Jangan lupa hanger dan klip sebab klip yang dijual di sana kelihatannya kurang berkualiti, mudah ranap dan akan membuatkan pakaian anda kotor lalu terpaksa membasuhnya semula sedangkan masa untuk membasuh semula itu lebih baik dimanfaatkan untuk ke masjid. Mungkin ada klip yang berkualiti tapi tak jumpa cari lantaran masalah bahasa, dan kalau ada pun mungkin HARGA menjadi igauan ngeri. Seperti igauan ngeriku TERPAKSA membeli wrapping tape untuk tape kotak. Kat malaysia tape tu murah 3 4 hinggit je, tp kt sana 8riyal. Uhuk!!!uhuk. Mungkin saiz dan kualiti lebih baik kot. Hehehe. Elok selamat kotak parcel ku. Alhamdulillah. Wrapping tape juga boleh di bawa kalau rajin. Saya bawak. Tapi tak cukup. Hehehe.

5. Sabun mandi yang buku tu macam lux ke protex ke.hah silalah bawak banyak2 kerana harganya sangat mahal kat sana. Terlalu mahal sampai rasa macam tak logik pun ada. Boleh menangis. Serius tak tipu. Huhu. Shower gel terpulang. Kalau nak bawak pun boleh. Sebab kat sana memang mahal. Tapi kat sana elok jangan mandi beria sangat bersabun, nanti kulit gatal dan bersisik. Sabun mandi yang buku tu fungsinya untuk basuh baju. Hehehe. Sebab sabun basuh baju yang macam Fab ke breeze ke, akan merengsakan kulit anda. Jangan risau, kat sana anda tak berpeluh pun sangat sebab walaupun panas, tapi panas yang kering. Insya Allah.

6. Panadol, vicks, sanitizer... Bawaklah. Harga kt sana mahal...

oh ye,sila bwk panadol yg power sket seperti panadol soluble kerana bila semua orang makan pcm papan yang sama tu, peluang untuk sembuh mungkin lebih rendah. Kuman pun pandai mutasi ok. Tapi apa pun itu hanyalah ikhtiar. Yang beri kesembuhan dan kesihatan adalah Allah yang Maha Berkuasa. Usaha, doa, tawakal kepada Allah ya. Jangan putus asa. Berdoa betul2. Ayah saya tak sakit pun duduk sana. Cergas jer. Jeles betul. Disamping banyakkanlah minum air zam-zam. itu lebih baik. Sihat dan menyegarkan. Insya Allah. Anda pasti merindui air zam-zam apabila pulang. Sebab dah tak dapat minum air zam-zam berbotol-botol setiap hari. Sedey.

7. bag galas...

Bawak lah bag galas sendiri yang bersesuaian utk ke masyaer (erm, gambar nnt load), sbb if pergi THTS, alahai bag galas nyer kecil sangat. Tak muat nak bawa ketika masyaer yang lebih kurang 6hari 5 malam tu. Pastu mula lah bawak beg-beg kecil sebagai tambahan dan seterusnya nanti menyusahkan diri sendiri nak bawak turun naik bas. Kalau kena berjalan kaki gara-gara jalan jam, lagi lah tragis.Jadi bawaklah bag galas yang sesuai dengan diri masing2, alah, gulung-gulung aja letak dalam bag luggage.

Nota 1: erm nanti kalau nasib tak baik, kat airport, kalau imigresen Saudi LAPANG dan BANYAK MASA, mereka akan buka bag. Tapi Alhamdulillah saya tak kena buka bag ketika tiba ke Jeddah dan pulang dari madinah. Tapi sekadar peringatan, “barang2 kecil anda” letak lah dalam “uncang” atau bag kecil macam bag kasut yang tali jerut tu (erm, gambar nnt load), untuk letak “barang2 kecil anda”, supaya tak berterabur bila imegresen buka bag anda di tengah orang ramai.

Nota 2: kalau p dengan THTS, makan adalah sangat mewah. Setiap kali naik bas aje, makanan dah tunggu atas kerusi. Kadang-kadang terlalu banyak sampai dah tak boleh nak bawak. Jadi standby bawak tote bag (alah green bag tu), lipat2 kecik letak dalam bag selendang. Berguna betul tote bag tu. Seriously. Highly recommended to bring.

*** Kesimpulannya harga lah masalah utamanya. Kecuali tupperware, sbb anda kaya pun anda x jumpa tupperware kat sana. Jadi ucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengilhamkan ibu saya untuk bawak tupperware.hehe.ramai orang jeles dengan tupperware ibu.

Ok yang bawah ne adalah senarai ilmiah sikit.



8. Buku doa-doa pilihan

Ha, yang ini list serious. Bawaklah buku doa. Nanti kat mina 3 hari, korang banyak sangat masa. Pastu dibazirkan dengan bersembang. Sungguh rugi. Sebab di bumi mina pada hari-hari tasyrik adalah waktu mustajab berdoa. Ambillah peluang tersebut. Selepas dah habis baca List doa sendiri (ha kena ada tau list doa sendiri), bacalah doa-doa yang diajar oleh rasulullah s.a.w sebab doa yang nabi s.a.w ajar adalah doa yang terbaik. Meliputi urusan dunia dan akhirat. Bawak buku doa yang betul yer. Yang bersumber dari al-quran dan hadis sahih.

(nota: suka berebut kat ruang yang terbatas seperti di raudhah dan hijr Ismail, tapi Allah buka ruang seluas-luasnya di bumi mina; 3 hari dan di arafah seharian, manfaatkanlah… jangan bazirkan dengan bersembang, tidur pun lagi ok, sebab tidur tu ibadah kalau diniatkan sebagai ibadah)…

9. MP3 or MP4 atau kalau handphone anda canggih pun dah ok dah. Tapi makesure lah dalam tu di install dengan zikir-zikir munajat, doa-doa taubat,doa-doa yang lainnya, zikir2 amalan harian, bacaan2 al-quran (dan bukan lagu mengarut kelengkung kelengkang (ayat mama) ) . Sebab nya ialah, yang saya nampak, ada 2 lah. 1, kadang-kadang ‘orang-orang biasa macam saya ne’ perlukan alat bantuan untuk menghadirkan rasa khusyuk untuk berzikir. Dan bila telinga dah melekap dengan ear phone mp3 tu, maka mulut secara spontan akan sentiasa berzikir dan dapat mengelakkan daripada bercakap perkara yang sia-sia.

10. Buku ne: makkah mukaramah dan madinah munawarah. Good reference. Tapi kalau dah hafal, tak payah bawak.




Lain-lain senarai, kalau anda berniat nak bersedekah, barang yang dicadang di bawa dari Malaysia adalah seperti:

1. Stokin – sebab ramai jemaah suka pakai stoking koyak / nipis. Mungkin mereka tak perasan. Kadang2 rasa kesal jer dalam hati sebab dah sah-sah solat tu tak sah. Saya pernah lah pinjamkan seorang makcik ne stokin sebab Saya pakai 3 lapis stoking. Jadi Saya bagi lah lapisan kedua tu kat dia. Kalau kita bawak banyak, kita boleh sedekah. Dapat pahala tau. Sebab tolong orang beribadah dengan sempurna. (or at least cuba mencapai tahap kesempurnaan itu.). Insya Allah.

2. Bawak strepsil / gula2 ubat batuk banyak2. Gunting kecik2 dan boleh bagi kat jemaah2 yang batuk kat masjid. Mesti diaorang suka. Erm Saya pernah demam kat mekah masa g umrah 2004 dan g haji 2011. Tapi masa g haji paling “terbaek” sebab dah di beri 3 paket antibiotic yang mana paket ke-3 tu Saya buang jer sudahnya. Tak berkesan langsung. Minum air zam-zam lagi mujarab. Insya Allah. Eh, sebenarnya nak cakap. Kat mekah ada satu antibiotic yang agak bagus. Tapi kena beli sendiri lah kat farmasi nya. MAHAL… itu sudah pasti. Tapi Alhamdulillah. Membantu. Nama antibiotic tu BAKTIXIM (kaler biru merah). Harga SR56 ada 6 biji, sehari makan 1 jer. Ubat ne dari Jordan if tak silap. If jumpa cari kat Malaysia bawak ler sesiap kalau harganya tak mahal. Tapi check with my SIL hospital Malaysia tak ada ubat ne.

hoccay...
sekian dahulu senarai semak yang sempat disenaraikan ^_^.
semoga bermanfaat ya.

p/s:  kalau rasa bermanfaat boleh lah tinggal kan komen atau kongsi link ne dengan kawan2...
kalau list ne tak lengkap atau merapu, boleh lah add in yang saya terlepas pandang kat kotak komen...

catatan asal : 18-Mei-2012 (Jumaat)
fakta benar berdasarkan pengalaman menunaikan fardhu haji musim 1432H (2011)

~re-post atas permintaan dan keperluan~
Semoga bermanfaat. Insya Allah

Monday, February 6, 2017

Pakej Haji 2017 - 1438H : 19 Agensi Sahaja Dilesenkan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Ahkak nak share ni - baru-baru ini Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan senarai agensi pelancongan yang diberi lesen bagi menguruskan pakej haji bagi tahun 2017 (1438H) tahun ini - dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Mohon panjang-panjangkan kepada saudara mara agar tidak berlaku kes-kes menipu tertipu ditipu dan lain-lain yang sama sewaktu dengannya.

Tarikh akhir pendaftaran bakal haji untuk menyertai mana-mana PJH ialah pada 26 Mei 2017.

Bakal haji yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pakej haji hendaklah menghubungi terus PJH yang berkenaan.

19 agensi pelancongan yang diluluskan bagi menguruskan pakej haji bagi tahun 2017 (1438H) adalah seperti berikut ;

  1. TH TRAVELS & SERVICES (THTS)
  2. ALIF TRAVEL & TOURS
  3. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS
  4. BATUTA TRAVEL & TOURS
  5. C.S. HOLIDAYS SDN. BHD
  6. CITRA TRAVEL & TOURS
  7. FELDA TRAVEL SDN. BHD
  8. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SND BHD
  9. MISBAH TRAVEL & TOURS
  10. MASAMAS TRAVEL & TOURS
  11. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS
  12. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS
  13. RAYHAR TRAVELS
  14. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN
  15. TM TRAVEL & TOURS
  16. TOUCH ME TRAVEL & TOURS
  17. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE
  18. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS
  19. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS




PJH tidak dibenarkan menggunakan logo TH dalam apa-apa aktiviti promosi yang mereka jalankan. Sebaliknya mereka akan menggunakan logo syarikat masing-masing pada Brosur Tawaran Perkhidmatan Haji (BTPH) dan borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Haji Oleh Bakal Haji (Borang TH-SW/07).

Sekiranya terdapat agensi pelancongan yang tidak dilesenkan yang membuat promosi menawarkan perkhidmatan haji - tindakan itu adalah melanggar Akta 535 Akta Tabung Haji 1995. Sekiranya berlaku sedemikian, pengguna boleh melaporkan ke Bahagian Agensi Haji dengan mengemukakan laporan lengkap seperti nama dan alamat agensi pelancongan tersebut, tarikh, masa dan tempat promosi dibuat serta  gambar atau brosur yang diedarkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai PJH 1438H ini, sila kemukakan kepada anggota Bahagian Agensi Haji di talian berikut:

Haji Mat Admara Alang Azizdin | Pengurus Besar (Agensi Haji) | 
03-21616829

Haji Affandi Abdullah,| Pengurus Kanan (Agensi Haji)                       
03-20542482

Haji Jamaludin Ahmad,|Pengurus (Agensi Haji)                                  
03-20542361

Haji Hamdan Azhar Yousoff,|Ketua Unit I (Agensi Haji)                     
03-20542362

Haji Mohd Sapii Mohd Arop,|Ketua Unit II (Agensi Haji)                     

03-20542363

Semoga bermanfaat ye.
Insya Allah.

Wednesday, February 1, 2017

Sakit dan ibrah Kisah Nabi Ayub a.s

BAB 2 /2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sedar atau tidak - hari ini kita sudah pun berada dalam Bab 2 - Buku 2017.
Dah pun JamadilAwal (Bab 5 Buku 1438Hijriah).
Three months to go for Ramadhan 1438H - semoga Allah sampaikan kita kepada Ramadhan dengan penuh keberkatan + kesihatan yang baik dan ibadah yang diterima, Insya Allah.

Ada yang bersama kita ketika permulaan Bab 1, kini telah tinggal kenangan - telah pergi mengadap Pencipta Rabbul Izzati.

Giliran kita? #MohonBersedia #PilihPergiSyurga

Tempoh hari ahkak terdengar tentang kisah Nabi Ayub a.s - menarik untuk diambil ibrah dan pengajaran ujian dan kesabaran yang dilalui oleh Nabi Ayub a.s.

Siapa ingat kisah Nabi Ayub a.s yang diuji dengan SAKIT?  Mari kita telusuri dari sisi catatan dalam Al-Quran ...

Semoga bermanfaat.

@loves_nhhas


Bismillahirrahmanirrahim ...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Al-'An`ām:84 - Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.

An-Nisā':163 - Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.

Al-'Anbyā':83 - Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".



Al-'Anbyā':84 - Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

Şād:41 - Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".

Şād:42 - (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

Şād:43 - Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Şād:44 - Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).

Sumber:
Al-Quran - dan terjemahannya.
Juga dialih bahasa dari buku "Stories of The Prophets (peace be upon them)"
Imam Imaduddin Abul-Fida Isma'il.

Kisahnya panjang sebagaimana yang ustaz ceritakan - betapa bersabarnya Nabi Ayub a.s dengan ujian sakit yang Allah beri, hilang kekayaan, hilang anak-anak, dan betapa sabar serta setianya isteri baginda menemani Nabi Ayub a.s.  

Ahkak nak tulis - ahkak tak reti menyusun bahasa - korang boleh baca sikit sebanyak kisah nabi Ayub a.s kat capaian INI.  
Adalah iras-iras sikit seperti yang ustaz ceritakan.  kecuali bab isteri Nabi Ayub a.s - tak ada pula ustaz sebut isteri baginda meninggalkan baginda - yang ada sebab isteri baginda berbuat sesuatu yang nabi ayub sangat marah - sedangkan isterinya berusaha sebab mereka dah tak ada sumber untuk makan. ... Wallahualam ...

Tapi kisah details yang ahkak jumpa dalam Al-Quran adalah seperti yang ahkak ceritakan di atas. 
Kita kenalah percaya dan yakin dengan apa yang ada dalam Al-Quran kan.  Jangan menambah memandai-mandai.
Yang lain-lain seperti link dan ada periwayatan yang berbeza - ini ahkak belum jumpa dengan sumber yang muktabar atau mendengar secara talaqi dari guru-guru ku.
Wallahualam.

Apapun ... kisah ini membuatkan ahkak insaf.
Di mana level ahkak - bila Allah uji dengan secebis kesakitan?
Di mana level ahkak - apabila Allah uji insan tersayang - dengan ujian kesakitan.

Allahuakbar .. .. .. Jauh lagi perjalanan nak jadi orang baik ni. Sedangkan masa untuk pulang semakin dekat.

Mohon doa kalian orang baik-baik ini - agar ahkak diberi kekuatan, kesabaran dan kasih sayang dalam mendepani setiap ujian dari Nya.  Doakan ahkak agar dapat pulang bertemu Nya dalam keadaan telah diampunkan dosa dan mendapat tempat disyrga FIRDAUS - NYA, Insya Allah.


(Ibn Kathir) - Ad-Damishqi 700-774H

Link Catatan Lalu:
Kisah Nabi Yusuf a.s 

Kisah Nabi Adam a.s