Tuesday, July 7, 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020



Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Langkah-langkah menggunakan mod e-Census (www.mycensus.gov.my) :
1⃣ Daftar e-Census
Responden perlu masukkan nama, E-mel dan no. telefon.
2⃣ Masukkan invitation code (NGDBBPTK)
Yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.
3⃣ TERIMA One Time Password (OTP)
(DAFTAR e-Census)
4⃣ Log Masuk
Masukkan No. Tel
5⃣ Terima OTP (LOG MASUK)
melalui E-mel
6⃣ Jawab soal selidik melalui sistem e-Census
(Pengisian mengikut Isi Rumah)
7⃣ Hantar & Perakuan
Pastikan maklumat Isi Rumah telah lengkap
8⃣ Selesai
Responden menerima notifikasi selesai menjawab e-Census melalui E-mel.
Untuk makluman semua, poskad banci telah mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke tempat kediaman terpilih.

Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad. 
Jangan risau, 
anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci 
mulai 7.7.2020 (Selasa) - 23.09.2020 (Rabu) 
untuk mendapatkan invitation code.


Boleh ke pautan berikut untuk mendapatkan invitation code:




Jika anda mengalami sebarang masalah boleh terus hubungi 1-800-88-7720 atau E-mel kepada helpdesk.banci@dosm.gov.my
🇲🇾Data Anda Masa Depan Kita🇲🇾
7⃣7⃣2⃣0⃣2⃣0⃣
Nak tau lebih lanjut? Jom layari...
🔶www.mycensus.gov.my🔶







 

Semoga bermanfaat ....

Thursday, July 2, 2020

Menghitung Malaysia 7.7.2020 ~Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Assalamualaikum dan salam kasih sayang...

Julai datang lagi.

Apa istimewanya Julai 2020?
Sesungguhnya tahun 2020 ni SEMUA pun istimewa.
Hi hi hi.
Bak kata tok abah Unprecedented 

Please mark your calendar and please share this post too as I hope you guys can helps to spread the news and information to all your followers as an awareness and please give full support and cooperate in this MyCensus2020.

Tahun 2020, Malaysia sekali lagi akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang akan bermula pada 7 JULAI 2020 #menghitungMalaysia. 

Kenapa banci ni perlu juga dilaksanakan? Apa keperluan dan kepentingan banci ni?
Secara umum nya banci penduduk ni nak buat head count atau kalau kat industry (contoh kilang, ke pasaraya ke, akan ada sekurang-kurangnya 1 hari yang ditutup untuk buat stock take  count.
Tapi tu barang, boleh la ditutup dan dikira. Nak kira orang yang sifatnya mobilize atau sentiasa bergerak ini (dalam tidur pun ada yang berjalan. hihihi) tak boleh la "ditutup" satu hari jangan bagi rakyat bergerak kan. alaaa masa pkp yang tak bagi bergerak pun ramai curi-curi keluar kan kan kan. Hihihi. 

Objektif pelaksanaan MyCensus2020 atau Banci Penduduk dan Perumahan 2020 ni ialah:
mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data penduduk ni sangat penting untuk perancangan dan pembangunan negara yang mampan di masa hadapan.

Contoh nak bina sekolah, hospital, pasaraya, atau apa-apa fasiliti perlu bersesuaian dengan geografi dan maklumat demografi dan sosio ekonomi penduduk setempat.  Kang kawasan tak ada budak sekolah, dibuat sekolah. Kawasan yang padat penduduk tak ada pula sekolah. Begitula contoh ringkas.

Pelaksanaan banci juga dapat menjadi asas kepada anggaran dan unjuran bagi penduduk dan tempat kediaman. 

Pentingnya banci penduduk dan perumahan malaysia Mycensus2020 ini bagi :

  1. Kenal pasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia. 
  2. Maklumat ini penting untuk merancang, menggubal dan melaksanakan polisi negara Malaysia yang tercinta untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan
  3. Maklumat dari banci juga menajadi asas penentu bagaimana pembiayaan kerajaan yang bernilai berbilion ringgit Malaysia akan dibelanjakan di seluruh negara.  Antaranya: 
  • Penghasilan profil yang terperinci ini akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menggunakan maklumat daripada banci untuk membantu memenuhi keperluan-keperluan teras di kawasan mereka. 



Banci penduduk dan perumahan malaysia akan mula dijalankan pada 7 Julai 2020. 
Ya. 
Lagi 5 hari. 


Seiring dengan peredaran zaman dan juga kes Unprecedented bak kata tok abah, thanks to technology. DOSM telah bersedia dari segenap aspek Insha Allah.  Untuk itu, pada 7 Julai 2020 nanti Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia akan diadakah secara atas talian.

Pengumpulan maklumat banci secara atas talian akan menggunakan Portal Banci dan aplikasi mudah alih. Online MyCensus2020 ini kita panggil dia e-Census.  

Step dia:
1. Buat pendaftaran pada link yang akan diberikan.


bagi emel dan nombor telefon yang sah. Nanti "poskad" yang mengandungi beberapa maklumat akan di emelkan ke alamat emel yang korang dah beri. Kira macam untuk verification steps.

2. Buat pengesahan pendaftaran e-Census

3. Isi la borang e-census pada link yang akan diberikan.

Pada Oktober 2020 nanti insha Allah akan ada sedikit / minimum kerja lapangan bagi membuat hitungan akhir bagi penduduk dan perumahan di Malaysia.



Untuk Info lanjut mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jom layari laman web berikut: 


https://www.facebook.com/mycensus2020/

Banyak video pendek yang dihasilkan oleh semua Jabatan Perangkaan Negeri di seluruh Malaysia. Antara yang menarik perhatian saya ialah video dari DOSM Perak ni (click)




 
Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad
Jangan risau, 
anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci 
mulai 7.7.2020 (Selasa) - 23.09.2020 (Rabu) 
untuk mendapatkan invitation code.







Sejarah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia... 

Sedikit sorotan sejarah pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia atau lebih tepat lagi ketika itu TANAH MELAYU telah pun bermula seawal tahun 1891. 

Walau bagaimanapun pembancian pada 1891 hanya melibatkan sebahagian negeri-negeri tertentu di Semenanjung Malaysia

Seterusnya pada 1911, pembancian mula dijalankan di semua Negeri di Semenanjung Malaysia dan ia kekal diadakan pada setiap sepuluh tahun sekali secara purata iaitu 1911, 1921, 1931, 1947, 1957. 

Pembancian di Sabah (Borneo Utara) bermula seawal tahun 1921  
Pembancian di Sarawak bermula dari 1939.

Pembancian yang dijalankan semenjak penubuhan Malaysia pada 1963 bermula pada 1970 dan berterusan diadakan setiap sepuluh tahun sekali iaitu 1970, 1980, 1991, 2000, 2010 dan seterusnya, pada tahun ini, 2020 Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia sekali lagi akan diadakan.






Jom sama-sama sebar-sebarkan.

BANCI PENGGERAK KEMAKMURAN NEGARA
DATA ANDA MASA DEPAN KITA

Kerjasama Rakya Malaysia Amat Dihargai




Semoga bermanfaat
@loves_nhhas


Thursday, May 21, 2020

Diari C-MCO2020 (Day 18) : Ramadhan 2020 Adakah yang terakhir buatku?

Disclaimer:

CMCO : Conditional Movement Control Order is a relaxation of regulations regarding the MCO with its main objectives to reopen the country economy in a controlled manner.
CMCO was scheduled to start from 4th May 2020 and we are still on it.

MCO : 18/3/2020 ~ 3/5/2020 (51 DAYS)
C-MCO : 4/5/202 ~ today


-----------------------------------------------------

Betul ramalan ku dalam entri yang lalu. 

"So korang rasa sambung ke tidak?

Saya rasa sambung sampai hujung April itu sudah pasti.
Tapi Mei, mungkin 50 50. Perlu ada keep n release methodology.
Ada kaedah pelepasannya.  Akan ada industri yang dah boleh di release secara berperingkat dan bersyarat kerana ..... "

Boleh baca selanjutnya di entri SINI

Sebenarnya tak tahu mula tulis macam mana.
Tiberrr rasa diri sendiri sangat #lessuseful. (useless is too much okay)

Tengok semua orang buat macam-macam kebaikan. Rasa semua orang menyumbang dengan terlalu hebat, while me sitting here doing nothing. 😭

Rasa down tak boleh nak describe.

Baca ig ust ebit lew. (LINK) 
Ya Allah banyak nya kebaikan yang dia dah buat. Ya Allah berkatnya kekayaan yang dia dapat. Ya Allah dia bekerja dah kalah wakil rakyat. Allahuakbar.  Menyoroti satu persatu bantuan yang beliau berikan.  Perhhhh bukan calang-calang weih, dia bayarkan sewa SEMUA orang yang susah yang dia tolong untuk pindah. Allahuakbar.  Semoga lah huda boleh jadi hamba yang memberi manfaat kat orang lain macam tu. Ameen Ya Allah Ya Mujib. 

Petikan dari ig ustaz ebit lew

..... Kita berdosa yer ayah kalau ada orang susah kita tak tolong. Nanti Allah tanya di akhirat yer? Yer anakku kita akan ditanya kita tidur lena ada orang lapar atau tiada tempat tidur. Terima kaseh ayah. Dia tengok ayahnya bantu keluarga susah. Berbincang tentang makcik atas kerusi roda.
......  Jadi orang Islam yang ingin belajar akhlak Nabi saw. Bawa kebaikan pada semua manusia sebelum mati. Cuma nak Allah sayang. 


----

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. [terkesan betul aku dengan ayat ni. Nanges weih]

Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.
Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.
Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka-ebitlew


----

Walau kejadian di Kedah sedikit masa lalu I think maybe make him down or upset a bit,

Tapi he did come back to Kedah and helps others. 

Once i watched his video saying this:

dalam hidup
jangan terkesan dengan orang
jangan minta dengan orang
jangan harap dengan orang

TERKESAN + MINTA + HARAP dengan ALLAH

Kita buat apa pun untuk Allah sayang
Kita buat baik untuk Allah sayang
Kita buat dakwah untuk Allah sayang
Kita puji Allah untuk Allah sayang.

Orang nak keji
Orang nak puji 
Itu bukan urusan kita
_ust ebit lew_



Ya Allah Semoga Huda diberi kekuatan untuk bangkit dan bertahan.
Ya Allah didoakan semoga huda di mudahkan urusan kerja dalam memikul amanah negara ini dan ditempatkan ditempat yang terbaik dengan orang2 yang baik. 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, semoga huda dapat jadi orang baik dan sebarkan kebaikan, diberi kekuatan dan kebijaksanaan serta rasa ihsan dan kasih sayang untuk bertahan. 

Ya Allah Ya Mujib.
Perkenankan segala hajat² yang baik yang dipinta oleh penduduk bumi-Mu.
Makbulkan segala kebaikan yang dipohon.
Kami lemah.Kami hina.
Hanya dengan rahmat kasih sayang Mu, ihsan MU, aib kami ditutup.
Darjat kami ditinggikan.
Terimalah amal kami.
Ya Allah Engkau pandanglah usaha kecil kami ini Ya Rabb.
Jadikan kami istiqamah dengan amal ibadat kami hatta selepas Ramadhan berlalu pergi. آمين



Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim… 
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Allah Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, 
Jaganlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. 
Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu 
Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, 
Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. 
Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa,
 Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..
justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...
pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. 
Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, 
jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, 
jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, 
jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah… agar dapat beribadah bersama kami. 
Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti.... sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikul Mulk…
Ya Allah Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu....
sebaliknya, Jaganlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, 
Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin ya rabbal a'alamiin







Akhir kalam.  Dipanjangkan link kalau nak ber infak.







Last but not least Terimalah video DRAMA RAYA HUDA .... hi hi hi....

Huda mohon maaf salah silap pada semua.
Salam kasih sayang
@loves_nhhas