Friday, July 31, 2009
Suka dan Gembira
Al Baqarah ayat 44:
"Adakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri. Padahal kamu membaca Al-Kitab. Apa tidakkah kamu berakal?"
Al-Saff ayat 2:
"Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan. Amat besar kemurkaan Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan."
Al-Qur'an Surah Al-Jaatsiyah : ayat 12 :
"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."
nihas - jom p fiesta flora 1-9 Ogos 2009 diprecint 4
Thursday, July 30, 2009
KeAMANan
Betapa setiap daripada kita ini inginkan hidup dalam keadaan yang aman, suasana yang harmoni, perjalanan yang kita rasa selamat, anak-anak bebas dan selamat ke sekolah, dipenuhi kegembiraan dan dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Menjadi nusa harapan bangsa. Bukan situasi di mana rumah dan bilik tidur bukan suatu jaminan tempat yang selamat untuk kita berlindung.
Namun hari ini, apa yang kita perolehi? Apa yang terjadi? Tangisan duka yang menyelubungi alam, dunia dipenuhi kisah manusia yang terluka, dilukai, dan melukai. (sesuatu yang luas untuk dibicarakan). Ianya tidak hanya menjurus peperangan yang telah terang lagi nyata berlaku secara berleluasa tanpa segan silu diserata dunia, namun ia juga membawa maksud, kita terluka dengan pencabulan hak dibumi sendiri, kisah remaja, pemuda harapan bangsa yang TIDAK LAGI BOLEH DIHARAPKAN gara-gara pengaruh sosial/ lemahnya iman atau adakah ia disebabkan didikan yang diterapkan itu sendiri? Gejala sosial, jenayah, penagihan dadah di mana2 sahaja. Kita terhina di bumi sendiri. Adakah ini satu kifarah dari Ilahi? Dan kita masih lagi hanyut leka dengan kesombongan diri sendiri???
Kerakusan dan kesombongan manusia pada hari ini telah menyebabkan manusia hilang keTamadunan yang dibina. Kita kehilangan tamadun, peradaban, moral dan nilai-nilai hidup yang telah dibina, kehancuran yang memusnahkan segalanya. Sedar atau tidak, sebenarnya manusia pada hari ini ramai yang telah musnah ketamadunannya di mana tamadun dan peradaban manusia telah dicabuli telah dinodai. Oleh pelbagai faktor.
nhhas – 30.7.09
Hulurkan bantuan
Wednesday, July 29, 2009
Give thanks to Allah
btw, nice song... thanx.
A young laborer making metal components at a factory. Dhaka.Bangladesh
7-year-oldJasmine collects rubbish from a steaming rubbish heap on a cold wintermorning. She earns money to support her family by scavenging for itemson the Kajla rubbish dump. It is one of three landfill sites in a cityof 12 million people. Around 5,000 tons of garbage are dumped here eachday and more than 1,000 people work among the rubbish, sorting throughthe waste and collecting items to sell to retailers for recycling.
there are few more pictures, but unable to upload all. BTW moral of the story,
Bersyukur lah dengan apa yang anda miliki. Alhamdulillah. Kalau anda rasa anda teruk, ada lagi lebih terseksa daripada anda. Kalau tak dapat apa yang anda suka, belajar untuk bersyukur dan suka dengan apa yang anda dapat.
nihas (belaja bersyukur, sentiasa memandang ke bumi untuk bersyukur, mendongak ke langit untuk meneruskan langkah perjuangan yang belum selesai.