Friday, March 20, 2009

kasih sayang

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

lagu dipetik dari kumpulan nasyid Raihan.
i like dis song very very very much.
sedap didengar dan sangat bagus untuk dihayati.
setiap kali dengar dengan penuh penghayatan,pasti boleh menitiskan air mata.

berkasih-kasihan kerana Allah....insya Allah...

-nihas

3 comments:

  1. "Muhammad itu rasul Allah dan golongan yang bersamanya bersikap keras terhadap kuffar dan berkasih sayang di antara mereka dan kelihatan dari mereka beruku' dan bersujud dan mereka mencari fadhilat dari Allah dan redha-Nya."-Al-Fath : 29.

    Di dlm hadis ada menyebutkan bahawa sikap orang yang menerima naungan dari Allah ialah mereka yang beriman “yang berkasih sayang kerana Allah dan bertemu serta berpisah kerana Allah.”- Hadis Sahih riwayat Bukhari no.660 dan Muslim no.2377.

    Lelaki dan wanita yang tidak berlaku baik kepada ibunya bukanlah lelaki atau wanita yang soleh walaupun memakai nama dan gelaran soleh kerana mereka boleh berlaku kasar kepada ibu apatah lagi kepada pasangan hidup mereka. Demikian lelaki dan wanita kasar yang keras hatinya dari berkasih sayang tidak akan memiliki rahmat
    dari Allah swt.

    “Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayangi oleh Allah Tabaaraka wa Ta'ala (Yang Maha berkat dan Maha Tinggi). oleh kerana itu sayangilah orang-orang yang di muka bumi, nescaya zat yang di atas langit akan menyayangi kamu." - Hadis Sahih, diriwayatkan oleh Imam-imam : Abu Daud No. 4941 , Ahmad dan Hakim dari jalan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash. Hadis ini telah disahihkan oleh Imam Hakim dan telah pula dipersetujui oleh Imam Zahabi. Demikian juga Syeikh Albani telah menyatakan hadis ini sahih di dalam kitabnya "Silsilah Sahihah No. 925.

    ReplyDelete
  2. JAZAKALLAHUBIKHAIR....

    "Demikian lelaki dan wanita kasar yang keras hatinya dari berkasih sayang tidak akan memiliki rahmat
    dari Allah swt."

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)