Friday, March 13, 2009

Escot to Kuala?

Me and sesat jalan adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kalau pergi ke tempat baru, tak sesat memang tak sah. Tak payah la tempat baru, balik rumah opah, nak pergi bandar pun aku boleh sesat. Termasuklah kalau jalan Kpg Gajah tutup kerana banjir (few years back) dan aku kena ikut jalan alternatif melalui kampar, hmmm....apa lagi S.E.S.A.T ler nak balik rumah opah.
Nasib baik balik rumah sendiri aku tak sesat :) Eh...jap, balik umah mak tak sesat kalau ikut jalan normal...tapi balik umah sewa ni aku sesat....semalam :)

Semalam aku ke BBST untuk urusan syabas. Jauh tahap gaban. 30KM tuh dari opis....mak aih... tak ada jauh lagi ke opis diaorang ni. Untuk ke sana, memandangkan aku langsung la tak tahu BBST tu di mana, so aku pun telefon la pada nombor telefon yang tertera dan insan yang baik hati tu pun guide until i reach there safely. Unfortunately, bila aku nak balik semula ke rumah, aku sesat. Hahaha...p BBST 30km, balik jadi 45km...haila...hopeless betul aku bab jalan ni... nasib baik la dalam malaysia lagi. Aku ni kalau p oversea sorang2....confirm boleh kena kidnap, tak pun kena tangkap sebab tanpa sedar aku dah cross sempadan... :)

Cerita sesat ke 2 terkini.
Pada 8Mac yang lalu, aku menghadiri kenduri kawin kawan aku kat kem wardieburn, setapak. As usual, memandangkan aku tak tahu jalan, so aku survey jalan ke sana dengan lebih awal (2 weeks in advance) + i bring along 3 of my frens. Memandangkan ramai pengawal pengiring, so aku berjayalah tiba ke weding best fren aku tu dengan jayanya. Nak dijadikan koleksi sesat aku yang seterusnya, balik tu, aku balik sendiri sebab aku nak balik umah mak. N my frens pulang la ke tempat asal mereka. Punya la beria aku tengok map dengar explaination kawan aku (aku rasa diaorang pun tak tau sangat), baik punya explaination, aku dah la sampai ntah ke mana-mana siap sampai batu caves.hihihihi. aku bantai menangis satu round dulu. Call adik aku tak jawab, call cikgu stat pun dia taktau (mmg la dia cikgu stat bukan cikgu geografi) pastu last solution, tebalkan muka call la gps ku.nasib baik la gps aku tak mogok dan berjaya guide me keluar dari kl hingga jumpa highway plus. Rupa-rupanya aku termasuk jalan lama daaaa…suspen betul tak ada signboard, pastu siap ada ala-ala hutan rimba kiri kanan. Kena skool satu round la dengan gps.hihihihi…tu la orang suh guide awal2 takmau. Kan dah sesat.sapa susah? Hihihi.

Cerita sesat ke 3 (somewhere January’09)
I can’t remember the date. Aku menemani mak ngan ayah and little cutee sister to our sedara weding. Weding tu dilangsungkan di dewan felda kat area utm jln semarak tu. Kalau dari umah sewa ni, aku rasa aku boleh sampai dewan tu, tapi memandangkan family bermalam di rumah makcik, so kena la p dewan tu dari sana kan. Beriala makcik aku explain jalan siap lukis peta lagi, dengan peta kiri kanan aku dok bawak, n finally aku sesat jalan juga…hihihi. Kena gelak 1 round baik punya dengan ayah. Bawak map kiri kanan, pun boleh sesat. Tu baru 1way sesat. Nak balik putrajaya, adinda terchenta nak singgah pwtc sebab ada pameran education (sbb dia nk sambung study), so aku pun singgah la ke pwtc (nasib baik jumpa) :) sebab aku dah beberapa kali ke pwtc. Nak dijadikan cerita lawak dari pwtc nak balik putrajya, aku tersalah masuk simpang, hmmm apa lagi kami pun bersiar-siar la ntah dah sampai ke mana2, siap lalu terowong (bukan terowong smart yer…ni jalan baru siap), kelana jaya, puchong…ya ampun….aku pun dah tak tau kat mana sebenarnya. Selagi ada signboard putrajaya tu aku follow ajer la. Ayah aku dah tak larat nak gelak. Adik aku dah terdiam sebab tgk akak dia ni sesat gara2 bawak dia p pwtc (bukan salah dia pun, aku yang hopeless bab2 jalan ni). Aku pun geram la jugak. Ntah mana2 jalan aku lalu siap kena tol beringgit-ringgit…(tak pernah aku balik putrajya dari kl kena tol)…huhuhu…nak call gps, malu…maka nilai diri punya pasal, redah ajer la :) dan akhirnya aku berjaya la jugak sampai putrajaya dengan jarak perjalanan 60km…jauh sungguh aku tawaf. Padahal pwtc-putrajaya adalah dalam 40km jer.
Ok cerita sesat ni kalau aku buat koleksi, memang boleh tulis novel agaknya.
Ada lagi siri-siri sesat dalam tahun ni, tapi tak perlu la cerita…hihihihi.
Punya la bad record aku ni dalam bab jalan, baru-baru ni aku bawak kawan-kawan bercuti ke kampung, so diaorang nak ke pangkor sekali, ayah aku kena escot…hihihihi…sebab takut anak bertuah dia ni sesatkan kawan-kawan dia….hihihihi….ni kawan-kawan ajak aku singgah kuala kangsar, perh maaf la frens, tak dapek den nak bawak. Eden pun suam-suam kuku jer ingat jalan ke kuala tu….n eden tak ada kawan dok kat kuala to escot. Next time ajer la.
haila ... :)

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)