Monday, June 1, 2009

What you did last weekend - Part two

What you did last weekend….31.05.09
Part two

Maka esoknya, jumaat 29 mei, aku pun p la kerja...awal2 lagi kuar lif aku jumpa timbalan boss aku,
eh bukan awak cuti ke hari ne”....
“menurut kata bos puan cuti adalah satu kelayakan dan bukannya hak ”....
”la, kesiannya awak. Habistu pergi ke tak kedah ne”...
”pergi...esok”
”tak apa...be strong”
”ok....saya kan rock”

Sambil senyum bajet comel gitu...
Hah tu baru sapaan kat lif, pastu bila aku mula wat keje and adala kat pukul 11pg, aku p kat tempat admin and submit dokumen kat PA boss, deme2 pun bertanya...
”eh, bukan cik bercuti ke hari ne”…
(nampak sgt kewujudan aku kat opis tu org tak perasan, pukul 11 baru korang perasan aku exist kat opis tu....hihihi... sbb tmpt aku plg strategic plg elit….ecece…poyor betul, sbnrnya mmg tak glamour pun.hihihihi)…
“tak jadi, di batalkan. Boleh bagi saya borang batal cuti?”
”eh...nape batal”…

Sibuk sungguh deme ne…
“khidmat untuk negara tanggungjawab bersama”
”hahahaha...kesian kat cik...tak per la esok sabtu, boleh rehat”’
”ne bukan soal rehat, saya ada urusan, sbb tu cuti...tapi tak apa la, bukan masalah besar pun....hihihihi”.....

So petang tu pun aku p la meeting dgn hati ikhlas abis. (Nota: Ikhlas abis = abis sudah keikhlasan). Ok la, tak ada isu sangat Cuma our biggest bos berpesan “make sure jangan ada kepincangan especially jemputan & protocol. Ini melibatkan imej jabatan”

Sambil memandang ke muka aku yang cute ne. Perh....
Amanat terakhir bonda maharani telah menyebabkan aku nightmare pada malam tersebut. Apa jadi? Hehehehe...
Kan dah cakap tadi, aku teramat letih dan aku memerlukan rehat yang cukup, so malam tu afta solat, aku terus syahid, mmg tak blh duduk dah pun. Dgn perut kosong nya, tp tidur itu lebih penting. Malangya tidurku tidak nyenyak kerana aku bermimpi semua pasal kerja...gila seram....sampai the worse part aku mimpi yang menyebabkan aku terus terbangun pada pukul 1 pagi (tanpa dapat tidur semula) ialah aku mimpi surat ksn, muka ksn, dewan picc, muka maharani dan surat suara wajah ksn yang berulang-ulang kali muncul. Serius beb, mimpi ne lebih ngeri dari cerita siri seram-keliwon mahupun cerita I know what you did last summer. Apa lagi terus bangun, mandi, p tunaikan tugas sebagai hamba Allah siap dapat khatam Quran lagi (mmg tinggal sikit jer lagi pun, bukan la pulak habiskan 30juzuk dalam tempoh 3jam – itu adalah mustahil bagi orang awam macam aku). Lepastu dah tak dapat tidur, aku pun p la kemas rumah yang disemakkan oleh adik aku yang baru mengangkut segala barang mak nenek dia sbb nak duduk dgn aku. Hah apa lagi aku yang baik hati ne (tak tau jumpa kat mana ntah hati yang baik itu) telah pun menjadi bibik dirumah sendiri mengemas rumah. Siap abis basuh baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju, balut adiah (baru terhegeh2 nak balut hadiah)…pastu tiba2 pada pukul 4.30 pagi mata buat2 ala2 nak terpejam pulak dah (perkara ini telah dijangkakan). Maka aku me msg kepada semua rakyat jelata agar mereka membangunkan aku pada pukul 6pagi..jgn ada yang gatal2 kejut aku pukul 5.30 pagi. Hampehnya budak2 ne, tak call aku lgsg. ( I leave alone, so I need people to wake me up when I’m so tired, sbb takut tak sedar lgsg nak bgn solat subuh)….nasib baik mak call pukul 6.15 pg. pastu 6.30 budak2 ne dah nak bersiap dtg umah aku, hah padan muka sebab kena tunggu aku bersiap. Nasib la baik aku ne mmg dh semula jadi tak comel, jadi tak payah terhegeh-hegeh nak berlama-lama bersiap.

So kami bertolak dalam pukul 6.50 pagi (lewat 20min, seperti biasa adlh gara2 aku)…hehehehehe…

2 comments:

  1. Berkhidmat Untuk Negara!!!

    Alhamdulillah..selamat pulang dah ngko..

    ReplyDelete
  2. yeah..alhamdulillah. aku jadi mem kat belakang. best amat. dah lama tak ada driver. hihihihi

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)