What you did last weekend….31.05.09
Part four…
Pagi ahad, so yang ada kt pjya Cuma aku, mai n lyn. Mila balik melaka pada pkl 10pg. Drive safely mila...ko mmg mila F1 la. Aku bajet nak bangun lewat tapi tak boleh sbb aku dah biasa bangun pagi. Tapi taknak bangun walaupun mata dah tak boleh nak pejam lagi...hehehehe....so bangun bermalas2 buat breakfast sambil tgk kartun kat tv3 (umah aku tak ada astro-sbb tak minat n xda masa tgk tv sgt). Pukul 11 aku dah janji nak bawak mai p makan ikan bakar kat serdang. Sebab semalam masa dalam kete mai cakap kem der belanja diaorang makan ikan bakar yang best. Katanya kat serdang. Aku teka2 rasa2 nya kat padang port budak2 upm kot. So aku offer utk bawak dia p makan kat situ. Memandangkan lyn pun tak ada buat gapo2, so lyn pun join p makan ikan bakar tgh2 hari yang panas tu. Sebelum tu aku dah warning diaorang... ”biasanya kawan2 yang aku bawak makan kat sini akan mengalami sindrom tak penah jumpa ikan bakar setahun”....dan tepat seperti yang aku jangkakan kawan2 aku yang ini pun mengalami sindrom tak pernah jumpa ikan bakar setahun.... standard la ngn aku pun. Ambil nasi sikit jer, tapi lauk....jeng jeng jeng...perh kat pjya mmg tak jumpa lagi la lauk macam tu + harga macam tu. And the best part sebagaimana aku jangkakan, mereka tapau lagi lauk lepas makan....hahahahaha...comel la korang ne. Seyes comel....
Aku? Confirm la tak tapau. Rasa nak masak mihun tom yam malam ne. Lgpun bukan jauh, esok lusa blh p makan kat situ lagi. Hihihihi...
Aku? Confirm la tak tapau. Rasa nak masak mihun tom yam malam ne. Lgpun bukan jauh, esok lusa blh p makan kat situ lagi. Hihihihi...
Balik umah, aku ingat nak sambung buat keje opis sebab esok aku ada meeting lagi, tapi aku mmg tak ada mood tahap ketinggian menembus cakerawala. So duduk la lipat baju yang sterusnya sambil tgk cerita jepun (hmm ok lagi bahasa jepun aku sikit2 boleh faham la tanpa tgk terjemahan kt bawah tu)....besh juga la ceritanya, tapi tak der mod nak cerita di entri ne. Apa tajuknya? Ntah tak perasan pulak. Then petang, tadi masa lyn anta balik umah, kiteorang dah janji nak p joging petang ne. So aku pun roger la budak berdua tu sapa nak p joging petang ne. Pukul 6 ptg, p joging kat tasik masjid putra.
Tapi malang sungguh kerana ketika tercari-cari parking tiba2 mereka berdua ternampak ada ekspo di tepi dataran, makanya apa lagi TER singgah la di situ secara tidak sengaja. Dan TER joging la disitu secara membuang masa. Yerla, aku bawak 20 hinggit jer, IC lesen semua pun tak bawak. Walet pun tarak. Kata na p joging. Pastu kteorg jumpa stall jual baju batik....fewwwiittt...cun abis...aku dah buat muka tension sebab aku baru spend 300 mgu lepas beli kain baju kurung (1batik,) 1 lagi baju biasa jer, sebab nak pakai masa event june ne. (Nota: aku bukan la jenis asal ada event jer, pakai baju baru,Nope...I’m not that type of person. Tapi terpaksa la beli sebab depa putuskan organizer kena pakai kaler hijau serindit and I just notice aku tak ada baju kurung kaler tu) . pe lagi p la membeli belah ngn mak mgu lepas p beli baju. So aku telah berkata pada diri sendiri JANGAN BELI BAJU DALAM TEMPOH 2 BULAN. Aku mmg dah lari bajet ne. Kata nak p holiday lagi lepas event ne. Haila....mana nak cari sumber ne...hihihihi....
Tapi batik tadi mmg cantik. Dah la pok cik kelate tu bagi harga yang reasonable. Of course la kalau beli kat trganu lagi murah, tapi cost nak ke terengganu tu nak kena ambil kira juga kan…tapi tadi seyes la 200 pun baju dah cun abis…ne kalau aku pakai depa la kata, konpem dato’ pun tenggelam. Ish korang ne, pandai sungguh mulut bermanis2 gula-gula lollipop gitu. (Nota: aku seorang yang suka observe baju batik orang especially baju batik dato’ mmg seyes baju dia semua lawa2)….haila…sapa nak hadiahkan aku batik sutera satu..cepat angkat tangan….satu jer….please….
Theee….sekian cerita hujung minggu aku bersama rakan2…tak ada la best sangat tapi ok la…kita kena menghargai setiap detik dalam hidup kita kerana real life is real.
Tapi aku masih terbayang2 baju batik kaler hijau dan oren yang sanga ekslusif itu pada harga 200 hinggit...mak belanja la beli baju batik sepasang lagi.....

-nihas (siapa nak hadiahkan saya baju batik...cepat angkat tangan)
No comments:
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)