Friday, May 7, 2010

The Journey Continue

Assalamualaikum wbt...

Masih di pejabat... tapi nak pulang dah... Dah melalui dua minggu yang memenatkan... penat kerja, penat dengan kerenah orang tak nak buat kerja... Hmmm... next week, outstation, kerja lagi, diner lagi... huhuhu... Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan kesihatan untuk terus bertahan... Mudah2an Allah ilhamkan hikmah dan kebijaksanaan agar mudah faham dan mudah mendapat penyelesaian terbaik terhadap sebarang isu... Ameen...
Ya Allah permudahkan lah perjalan pekerjaanku, permudahkanlah dan berilah kejayaan perjalanan dan hasil Banci Penduduk 2010, berjayakanlah sistem Newss kami, permudahkanlah juga MKSP ku... Ameen....

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku”.

Kerja itu juga satu ibadah. Ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan. Malangnya, ramai dikalangan kita pada hari ini hanya tahu kerja itu sebagai satu ibadah tetapi tidak sedar dengan hakikat yang sebenar-benarnya bahawa ia adalah satu ibadah. Bagi mereka yang sekadar tahu, mereka memandang ringan amanah dan tanggungjawab dalam bekerja, dan kurang penghayatan berbanding jika kerja itu dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa ia adalah satu ibadah.

Sebagai contoh, sekiranya solat zohor yang di fardukan adalah sebanyak empat rakaat, dan pastinya tiada siapa yang berani dengan sengaja ‘memotongnya’ menjadikan ianya sebanyak 1 atau2 rakaat mengikut kesukaan diri masing-masing. Tetapi mengapa dalam bekerja sering kedengaran masalah etika dan tanggungjawab seperti ponteng kerja, curi tulang, main game dan membuang masa semasa bekerja?

Selamat bermuhasabah diri Huda... AKU NAK JADI BAIK..... AKU NAK JADI BAGUS...
Baik bagaimana? Bagus tahap mana?
Mudah2 an Baik dan bagus mengikut piawaian yang Allah gariskan.... Insya Allah... ameen....

chaiyokkk....

Sebelum memulakan kerja setiap hari, tanyalah hati kita apakah niat kita untuk bekerja. Pastikan niat kita adalah niat yang baik – mencari rezeki yang halal yang diberkati Allah S.W.T. untuk membentuk diri , keluarga dan masyarakat yang diredhai Allah. Ingatlah dalam tiap tutur kata dan amal perbuatan kita seharian, ada yang memerhatikan kita. Pergerakan kita dipantau menerusi “CCTV” yang tidak kita nampak keberadaannya tapi kita yakini kewujudannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat.” (H.R. al-Bukahri dan Muslim)

Kerja akan menjadi satu ibadah apabila dilaksanakan dengan cara yang terbaik iaitu dilaksanakan dengan ilmu, kemahiran dan disiplin yang tinggi. Umat islam perlu menguasai pelbagai cabang ilmu, mempunyai kemahiran berfikir yang tajam dan cepat di samping menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan, agar sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan efisien.

Dan juga sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud,
“Bahawasanya Allah S.W.T suka seseorang dari kamu membuat kerja dengan elok (itqan).” (H.R. al-Baihaqi).

Dan mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa dan sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-Hujuraat ayat 13, yang bermaksud:
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Sehingga bertemu lagi - balik dari outstation yang paaaaannnnnjaaaannnnggggg....(gaya macam outstation dlm hutan yang tak der coverage je....hihihi)

Assalamulaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)