Thursday, April 5, 2012

RESEPI KARI AYAM KERING

BAHAN-BAHANNYA:

1. 10 ketul ayam, (suka hati kau nak berapa ketul sebenarnya).
2. ¼ kg santan pekat. (pun kau agak2 jer sebenarnya… hikhikhik).
3. 2 batang serai dititik.
4. 2 helai daun kunyit di koyak rabak kan.

Perkara (5) – (7) WAJIB mayang halus untuk ditumis bersama perkara (8) hingga (10).

5. 6 biji bawang merah. – MAYANG HALUS.
6. 1-2 inci hali. – MAYANG HALUS.
7. 2 ulas bawang putih. – MAYANG HALUS.

8. 2 kulit kayu manis.
9. 3 biji buah pelaga.
10. 10 kuntum bunga lawang. (er, betul ke kuntum? Tak kesahlah, janji spuloh).

11. 2 paket rempah daging (yg kecek tuh).
12. Sedikit air asam jawa (kau agak2 lah, angah pun tak tau nak cakap berapa measure nya).
13. 2 biji kentang (ibu pesan potong leper, angah pesan, suka hati kau nak bentuk apa pun. Heheheee)…
14. Garam dan gula secukup rasa.

15. 3 sudu minyak kelapa (untuk tumis… apa daaaa… minyak pun kena sukat pakai sudu ke, agak2 jer sudah… )

CARA MEMASAK:

A: GORENG AYAM TERLEBIH DAHULU – GORENG ¾ MASAK SAHAJA. ATAU KALAU NAK MASAK PUN, JANGAN SAMPAI KERAS. Sekadarnya sahaja.

Bawah ne cara nak buat kari nya…

1. Panaskan kuali – masukkan minyak masak tadi.
2. Masukkan bahan-bahan untuk tumisan iaitu perkara (5) hingga (10).

- Kau masukkan (5), (6), (7) dulu, dah wangi sket baru masuk perkara (8)-(10).
- P/S: Ne cara angah ler. Tak pernah tgk ibu masak ne, angah jumpa ayam ne masa dia dah siap duduk atas meja ready to eat. Hahaha…

3. Ok bila tumisan kau dah kuning n naik bau (i.e. wangi ler), masukkan rempah dan air asam jawa.
4. Kacau sampai naik minyak.
5. Masukkan kentang biar sampai empok (yer ker istilah empok ne? tak kisahlah, buat sampai boleh kau makan lah).

6. Masukkan santan, daun kunyit, serai – KACAU sehingga kering.
7. Sambil2 kacau tu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi, kacau sehingga sebati dan make sure ayam tuh masak.

Tadaaa…. Dah siap…

2 comments:

  1. apesal semua resepi takde gambar ni :p ...

    ReplyDelete
  2. belum pernah cuba lagi ni huda, goreng dulu ayam pastu masak kari ... nanti bila-bila nak cubalah :)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)