petikan hadis:
1. Riwayat Al-Bazzar:
"Orang yang kembali dari haji boleh memberi syafaat kepada 400 orang dari ahli keluarganya dan sesungguhnya bila dia kembali dari haji, dia kembali dalam keadaan tiada dosa sepertimana dia baru dilahirkan oleh ibunya".
2. Riwayat Ahmad
"Apabila kamu bertemu orang yang baru pulang dari haji, maka berilah salam kepadanya, berjabat tangan dengannya dan sebelum dia masuk ke rumah, mintalah dia mendoakan agar diampunkan dosa-dosa kamu. Nescaya doanya akan diperkenan kerana dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah".
3. Riwayat Ahmad, Tabrani dan Baihaqi
"Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadah haji adalah melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk jihad pada jalan Allah sebanyak 700 kali ganda".
Petikan diambil dari buku Kembara Hati di Tanah Suci oleh: Ustaz Ghazali Ibrahim
Thursday, December 8, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Nasheed: Ya Tayyba by alhuda
dengarkan nasheed Ya Tayyba by alhuda
(huda lagi..... hehehehe)
assalamualaikum wbt.
hmmm. nasheed ne almost everyday dengar dalam perjalanan hotel ke masjidil haram. Sangat best. Ada satu lagi nasheed erm, liriknya something like "muhammad nabi na"....
Sebenarnya aku dah masuk ke kedai yang pasang lagu nasheed ne kat makkah, kononnya nak beli. betul-betul nak beli. Masa tu aku balik dari masjidil haram sorang-sorang. Selalu kalau nak pergi kedai mesti pergi dengan mama atau adek. ne aku masuk kedai cd tu sorang-sorang. Jap lagi nak cakap apa ngan orang kedai tu pun aku tak tahu.... huhuhu. aku mana reti bahasa arab. orang pulak ramai masa tu, lagi lah orang kedai tu tak layan aku yang terpinga-pinga dalam kedai tu. lastly keluar je tanpa beli cd nasheed ne. sedey tau.
Jadi, kenalah tau bahasa arab. lagipun bahasa arab tu kan ke bahasa al-quran.
Tuesday, December 6, 2011
huda TV atau tv huda???? errrr
Owh...sebelum terlupa...
saya mempunyai "banyak" harta di makkah dan madinah seperti.
2 buah hotel bernama huda.
1 bas bernama al-hurriyah.
1 kedai bernama huda shop.
dan paling tak boleh percaya, ada channel tv bernama huda TV.
http://www.huda.tv/home
boleh lah kalian menontonnya. rancangannya sangat bermanfaat (huda, biasalah..... ).
saya mempunyai "banyak" harta di makkah dan madinah seperti.
2 buah hotel bernama huda.
1 bas bernama al-hurriyah.
1 kedai bernama huda shop.
dan paling tak boleh percaya, ada channel tv bernama huda TV.
http://www.huda.tv/home
boleh lah kalian menontonnya. rancangannya sangat bermanfaat (huda, biasalah..... ).
Subscribe to:
Posts (Atom)

