Tuesday, February 25, 2014

Pearl of Peace

Assalamualaikum wbt...
....

p/s: siapa nak rakaman tazkirah Pearl of Peace from the noble book of Al-Quran  in full  by Mufti Menk (Link here), can drop ur emel (gmail) in comment box, and i will share with you the full recording, Insya Allah. who ever want the cd also, can let me know, and i can post it to you FOC, Insya Allah... tapi saya burn jer lah cd tu tau...

Ianya sangat bermanfaat ... kupasan tentang Al-Quran; 1 day 1 surah... semoga kita sempat membersihkan diri dan hati untuk menemui Ramadhan 1435H dan paling penting bersihkan diri kita untuk menemui cinta hati kita iaitu Allah SWT...

as what Mufti Menk mentioned, there are a lot of people who searching and looking for peace in their life in many ways, but they forget to turn on the page that contain a lot of pearl of peace i.e. from the noble book of Al-Quran which coming from the Honor of Peace; i.e As-Salam (one of the name of Allah S.W.T).

May Allah grant us peace and May Allah Bless us in every single way... Insya Allah... Ameen....

salah satu analogi yang boleh dikongsikan....

bila kita tak cari pasal ngan orang... tak adalah orang dok kutuk / sumpah seranah kita... bila orang tak sumpah seranah kita, tak marah2 kita, barulah kita boleh hidup aman... 
contoh... ada orang gunakan lif - bawak sampah - tak pack elok2, menyebabkan air sampah menitik dalam lif dan menyebabkan lif berbau busuk - maka setiap orang yang menggunakan lif tersebut mesti marah dan pasti terdetik tak banyak pun sikit mesti ada rasa nak kutuk orang tidak bertamadun yang menggunakan lif membawa sampah dalam keadaan tidak proper pack... so kalau sehari tu ada dekat 20 orang "sumpah" si pembawa sampah ne tadi, agak2 hidup dia aman tak haritu?  tu tak termasuk cleaner yang perlu bersusah payah membersihkannya.... kan kan kan?  begitulah perumpamaannya....

By the way, semoga ayat ini dapat menenangkan kita jua dikala tengah rasa nak marah.
(*_*)


Larangan Melontarkan Ucapan-Ucapan Buruk Kepada Seseorang...
Surah  An_nisa (4)...

In the name of Allah, the Most Beneficent, The Most Merciful.

148 : Allah tidak menyukai ucapan buruk , yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya . Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

149 : Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

.....

semoga bermanfaat.....

Macam mana kalau tak cukup?

Assalamualaikum wbt...

Hmmmm.... pagi ini tergerak hati mahu "masuk kelas ke U-MKI".... saya "mendaftar" tau jadi student... tapi banyak juga "ponteng"... ;(

Pagi ini, ketika "masuk kelas", saya terpandang tulisan Prof Kamil seperti berikut:


3/4/1435
TIDAK CUKUP
Saya melihat tangki minyak Dodge hampir kosong. Lalu saya terus ke stesyen minyak.
Full.
Bila usai, saya membuka wallet. Allahu Akbar ... duit tidak cukup untuk membayar harga minyak yang hanya kurang lebih $0.30/seliter.
Begitulah ... jangan terlampau yakin atau tidak mahu membuat semakan sebelum melakukan sesuatu.
Bagaimana jika ia berlaku di Padang Mahsyar? Usai di hisab ... ia tidak mencukupi. Ke mana mahu berpaling?
Semaklah diri ... Ia masih boleh dilakukan di kala ada nyawa yang masih dipinjamkan. "

LINK DI SINI


Pernah sekali ketika saya memandu pulang dari Seremban ke Putrajaya selepas melawat adek yang sedang mengikuti pengajian a-levelnya beberapa tahun yang lalu (mungkin 2010/2011)... ketikat pulang i.e di tol seremban,  jalan sesak dengan teruknya... dan seingat saya TnG saya bakinya tidak banyak ... tapi saya "gamble" juga Q di line TnG sambil tangan menyeluk ke serata kereta mencari di mana TnG saya letakkan...(kadang2 terjatuh, kadang2 lain orang memandu, lain tempat letaknya),  dan saya terjumpa dua TnG - rupanya TnG emak... dan dalamnya mempunyai kredit yang banyak... fuhhh... lega.... di saat rasa2 tak cukup... tiba2 Allah cukupkan... padahal saya pun tak tahu TnG emak berada dalam kereta saya... huhuhu....

Lidah tidak henti2 mengucapkan syukur atas pertolongan yang tidak disangka2 dari Allah...  namun... tidak pula saya terfikirkan tentang gambaran akhirat dan mahsyar seperti yang Prof Kamil  terfikirkan... 

Hmmmm

Amat benar sekali peringatan demi peringatan yang Allah berikan, tinggal lagi kita berfikir dan menyedarinya atau tidak...   Prof. Kamil menceritakan perihal ketidakcukupan di stesen minyak  dan merenungkannya dengan amalan kita ketika di hisab di padang mahsyar nanti... Allahuakbar...

Semoga saya dan kita semua pulang dalam keadaan yang CUKUP bekalan amal ibadah yang diterima Allah... dan semoga tiada "hutang" yang dituntut ketika di sana nanti kerana mana mungkin kita boleh mencari mesin ATM pula disana....  Allahuakbar....

Masa untuk "pulang" semakin hampir.... Jom kita bersedia.... 

Monday, February 24, 2014

Program Cuti Sekolah - Jom Sedekah, Raikan Dan Ceriakan Mereka...


Assalamualaikum wbt...

Pejam celik - pejam celik... dah nak penghujung februari 2014... sekejap jer masa berlalu... esok 25 Feb adalah hari gaji bagi kakitangan gomen... yeay... ;-)
Dan sebulan dari sekarang i.e 22 Mac 2014 dah pun bermula cuti sekolah ...
Rasa  macam baru minggu lepas sekolah dibuka - dah nak cuti semula... Betapa cepatnya masa yang berlalu... Usia kita, usia bumi semakin menuju ke garisan penamat yang ntahkan bila hanya Allah yang Maha Mengetahui... Semoga anda dan saya "pulang" kepada Allah dengan fitrah iman dan islam dalam keadaan Allah ampunkan dosa-dosa kita dan ada tempat untuk kita di syurga firdaus-Nya... Ameen....

JOM CERIAKAN ANAK2 YATIM DAN KURANG BERNASIB BAIK SEMPENA CUTI SEKOLAH MAC 2014 NE....

Okay... sempena cuti sekolah ne, saya nak promote satu program amal yang dianjurkan oleh Kumpulan Animasi SuperSquads (dari Netcarbon Sdn. Bhd.) 
Netcarbon Sdn. Bhd dengan kerjasama UNITAR International University akan mengadakan program CSR (CORPORATE social responsibility) - yang berupa TAYANGAN AMAL KHAS dan MINI KARNIVAL Filem Animasi Super Squad untuk meraikan anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik such as poor n homeless kids...

nota: ini bukan iklan berbayar yer... ini program amal - saya tolong promote sahaja... semoga ada yang terbuka hati nak turut menyumbang...

(okay... sebut pasal kanak2 kurang bernasib baik - saya jadi sedih dan sebak - sebab kecil2 dah diuji begitu...) dan sebenarnya ujian juga untuk kita yang dewasa dan hidup selesa ne, adakah kita insaf dan bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi dan bagaimana kita manfaatkan  kemurahan rezeki tu dengan membantu meringankan penderitaan orang2 lain yang kurang bernasib baik... huhhuhu....

Tayangan amal ne bertujuan untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak2 yatim dan kurang bernasib baik ne tadi melalui tontonan filem animasi dan juga mini karnival "Educational Entertainment (Edutainment)" t i.e. menunjukkan pada mereka macam mana filem animasi ne di buat... pastu ada games, etc.

Weih... aku pun tak pernah tengok and teruja nyer nak tengok...

Insya Allah filem ne akan ditayangkan pada Mei 2014 di PAWAGAM tapi sebelum tu, bagi meraikan anak2 yatim dan kurang bernasib baik sempena cuti sekolah nanti, pada 22 & 23 Mac 2014 (Sabtu & Ahad) di UNITAR International University, Kelana Jaya...
Tayangan amal berdurasi 90 minit  dan  edutainment (2D n 3D) khas utk anak2 yatim dan kurang bernasib baik ne...

So jika ada dikalangan readers RLiR yang bermurah hati untuk menyumbangkan sedikit RM bagi menaja anak2 ini ke tayangan amal animasi ne, boleh lah menyumbang ke Netcarbon Sdn Bhd dengan menghubungi  menerusi:

NOR HASLINA MOHAMED (LIANA)

 CHIEF MARKETING OFFICER (CMO)
 NETCARBON SDN BHD
 Office : 03-8927 3931
 Fax : 03-8927 3932
 H/P:  012-678 8167

 EMAIL : liana@netcarboncorp.com
 FB : www.facebook.com/supertots
 FB > : www.facebook.com/supersquad
 WEB : www.supertots.tv
 WEB : www.supersquad.tv

Saya paste kan di sini hebahan nyer ya... semoga ada yang terbuka pintu hati untuk menyumbang...  Sebab nya - kat malaysia ne  orang selalu nampak anak yatim time bulan ramdhan dan syawal jer... time lain seolah2 mereka ne dilupakan dan tidak wujud...  so sempena cuti sekolah kali ne jomlah kita menyumbang sedikit duit gaji kita bagi membawa keceriaan kepada mereka...
RM 50 untuk membawa seorang anak yatim / kurang bernasib baik ke program ini...
kalau mampu bagi RM10  pun tak apa -  dah okay sangat... nanti duit ne akan dikumpul2kan sehingga cukup untuk nak bawak berapa orang anak yatim yang dapat...


Sedikit info tentang  Netcarbon ...
Netcarbon ne merupakan syarikat animasi dan e-learning yang telah bertapak lebih dari 10 tahun kat malaysia ne dan pernah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara...
kalau tak silap saya - in early stage this company buat educational program or cd something like that dengan kementerian pelajaran dan dibekalkan disekolah2... dan bermula 2010 - mereka start buat animation cartoon i.e. supertots... gambar memang terbaik ar supertots ne... kalau korang tak pernah tgk, p taip kat youtube ye...hehehe...

dan Puan Liana ne or i call her kak has is my fren...  sangat penyayang dan baik hati... netcarbon ne company dia n encik suami beliau lah... saya dah kenal beliau ada kot sejak 6 tahun yang lepas...  so Insya Allah pada 22 & 23 Mac ne kalau saya tak ada urusan yang menghalang, saya akan jadi volunteer juga di program tayangan amal ne...

(p/s: kalau nak jumpa saya - jom lah g... hehehehe)....  hahaha... gurau jer... tak penting pun saya ne... hehehe... jenuh dah mintak nak jadi watak "nenek elly" dalam supersquads tapi tak lulus2... hahahaha....

voice over artis utk filem ne glammer2 juga seperti aaron aziz, dafi, diana danielle, radhi khalid, etc... 



seperti yang dimaklumkan kat atas tadi : RM 50 untuk membawa seorang anak yatim / kurang bernasib baik ke program ini...

tapi kalau mahu menyumbang RM10  pun tak apa -  dah okay sangat... nanti duit ne akan dikumpul2kan sehingga cukup untuk nak bawak berapa orang anak yatim yang dapat..






Okay semua... sekian promosi daripada saya... semoga bermanfaat.... selamat menderma... 



Love uols.... till we meet again, Insya Allah...


stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves... nhhas...

p/s:  sapa2 nak pas kat saya sumbangan pun boleh... nnt saya sampaikan kat team netcarbon (kak liana)... just drop me ur emel, the we will contact u, insya Allah...