Monday, February 24, 2014

Program Cuti Sekolah - Jom Sedekah, Raikan Dan Ceriakan Mereka...


Assalamualaikum wbt...

Pejam celik - pejam celik... dah nak penghujung februari 2014... sekejap jer masa berlalu... esok 25 Feb adalah hari gaji bagi kakitangan gomen... yeay... ;-)
Dan sebulan dari sekarang i.e 22 Mac 2014 dah pun bermula cuti sekolah ...
Rasa  macam baru minggu lepas sekolah dibuka - dah nak cuti semula... Betapa cepatnya masa yang berlalu... Usia kita, usia bumi semakin menuju ke garisan penamat yang ntahkan bila hanya Allah yang Maha Mengetahui... Semoga anda dan saya "pulang" kepada Allah dengan fitrah iman dan islam dalam keadaan Allah ampunkan dosa-dosa kita dan ada tempat untuk kita di syurga firdaus-Nya... Ameen....

JOM CERIAKAN ANAK2 YATIM DAN KURANG BERNASIB BAIK SEMPENA CUTI SEKOLAH MAC 2014 NE....

Okay... sempena cuti sekolah ne, saya nak promote satu program amal yang dianjurkan oleh Kumpulan Animasi SuperSquads (dari Netcarbon Sdn. Bhd.) 
Netcarbon Sdn. Bhd dengan kerjasama UNITAR International University akan mengadakan program CSR (CORPORATE social responsibility) - yang berupa TAYANGAN AMAL KHAS dan MINI KARNIVAL Filem Animasi Super Squad untuk meraikan anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik such as poor n homeless kids...

nota: ini bukan iklan berbayar yer... ini program amal - saya tolong promote sahaja... semoga ada yang terbuka hati nak turut menyumbang...

(okay... sebut pasal kanak2 kurang bernasib baik - saya jadi sedih dan sebak - sebab kecil2 dah diuji begitu...) dan sebenarnya ujian juga untuk kita yang dewasa dan hidup selesa ne, adakah kita insaf dan bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi dan bagaimana kita manfaatkan  kemurahan rezeki tu dengan membantu meringankan penderitaan orang2 lain yang kurang bernasib baik... huhhuhu....

Tayangan amal ne bertujuan untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak2 yatim dan kurang bernasib baik ne tadi melalui tontonan filem animasi dan juga mini karnival "Educational Entertainment (Edutainment)" t i.e. menunjukkan pada mereka macam mana filem animasi ne di buat... pastu ada games, etc.

Weih... aku pun tak pernah tengok and teruja nyer nak tengok...

Insya Allah filem ne akan ditayangkan pada Mei 2014 di PAWAGAM tapi sebelum tu, bagi meraikan anak2 yatim dan kurang bernasib baik sempena cuti sekolah nanti, pada 22 & 23 Mac 2014 (Sabtu & Ahad) di UNITAR International University, Kelana Jaya...
Tayangan amal berdurasi 90 minit  dan  edutainment (2D n 3D) khas utk anak2 yatim dan kurang bernasib baik ne...

So jika ada dikalangan readers RLiR yang bermurah hati untuk menyumbangkan sedikit RM bagi menaja anak2 ini ke tayangan amal animasi ne, boleh lah menyumbang ke Netcarbon Sdn Bhd dengan menghubungi  menerusi:

NOR HASLINA MOHAMED (LIANA)

 CHIEF MARKETING OFFICER (CMO)
 NETCARBON SDN BHD
 Office : 03-8927 3931
 Fax : 03-8927 3932
 H/P:  012-678 8167

 EMAIL : liana@netcarboncorp.com
 FB : www.facebook.com/supertots
 FB > : www.facebook.com/supersquad
 WEB : www.supertots.tv
 WEB : www.supersquad.tv

Saya paste kan di sini hebahan nyer ya... semoga ada yang terbuka pintu hati untuk menyumbang...  Sebab nya - kat malaysia ne  orang selalu nampak anak yatim time bulan ramdhan dan syawal jer... time lain seolah2 mereka ne dilupakan dan tidak wujud...  so sempena cuti sekolah kali ne jomlah kita menyumbang sedikit duit gaji kita bagi membawa keceriaan kepada mereka...
RM 50 untuk membawa seorang anak yatim / kurang bernasib baik ke program ini...
kalau mampu bagi RM10  pun tak apa -  dah okay sangat... nanti duit ne akan dikumpul2kan sehingga cukup untuk nak bawak berapa orang anak yatim yang dapat...


Sedikit info tentang  Netcarbon ...
Netcarbon ne merupakan syarikat animasi dan e-learning yang telah bertapak lebih dari 10 tahun kat malaysia ne dan pernah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara...
kalau tak silap saya - in early stage this company buat educational program or cd something like that dengan kementerian pelajaran dan dibekalkan disekolah2... dan bermula 2010 - mereka start buat animation cartoon i.e. supertots... gambar memang terbaik ar supertots ne... kalau korang tak pernah tgk, p taip kat youtube ye...hehehe...

dan Puan Liana ne or i call her kak has is my fren...  sangat penyayang dan baik hati... netcarbon ne company dia n encik suami beliau lah... saya dah kenal beliau ada kot sejak 6 tahun yang lepas...  so Insya Allah pada 22 & 23 Mac ne kalau saya tak ada urusan yang menghalang, saya akan jadi volunteer juga di program tayangan amal ne...

(p/s: kalau nak jumpa saya - jom lah g... hehehehe)....  hahaha... gurau jer... tak penting pun saya ne... hehehe... jenuh dah mintak nak jadi watak "nenek elly" dalam supersquads tapi tak lulus2... hahahaha....

voice over artis utk filem ne glammer2 juga seperti aaron aziz, dafi, diana danielle, radhi khalid, etc... 



seperti yang dimaklumkan kat atas tadi : RM 50 untuk membawa seorang anak yatim / kurang bernasib baik ke program ini...

tapi kalau mahu menyumbang RM10  pun tak apa -  dah okay sangat... nanti duit ne akan dikumpul2kan sehingga cukup untuk nak bawak berapa orang anak yatim yang dapat..






Okay semua... sekian promosi daripada saya... semoga bermanfaat.... selamat menderma... 



Love uols.... till we meet again, Insya Allah...


stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves... nhhas...

p/s:  sapa2 nak pas kat saya sumbangan pun boleh... nnt saya sampaikan kat team netcarbon (kak liana)... just drop me ur emel, the we will contact u, insya Allah...


7 comments:

  1. Jariah yg pasti akan menjadi bekalan selain dari yg 2 lagi bila kita telah tiada di dunia ini kelak...

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat menggembirakan anak2 yang tak bernasib baik ni kan?

    ReplyDelete
  3. tima kasih semua... jom lah menyumbang... semoga hari ne kita ceriakan mereka, hari2 yang lain Allah datangkan keceriaan dan ketenangan buat kita... Insya Allah...
    thanx semua...

    ReplyDelete
  4. saya dapat harcdopy hari ni. cantik. tambah pulak dengan abg Aaron kita jadi model atau duta, pheww..

    ReplyDelete
  5. apa lagi wan... meh ar sponser...

    pesan kat tokeh Dynur Collection sekali yer ;p

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)