Thursday, August 20, 2015

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N

“Itu tak berat awak kata? Itu beratlah. Tahu salah,.haram,tapi buat juga”
Berat memang berat. Tapi si pelaku masih sedar dia berbuat dosa. Jika ada peringatan atau keinsafan, ada harapan dia akan sedar lalu bertaubat atas dosa-dosanya. Tapi apa yang saya maksudkan sebelum ini lebih halus daripada itu.

“Maksud awak orang yang melakukannya tak sedar yang itu haram dan berdosa?”
“Ya. Lantas apa pun keadaannya dia tidak merasakan perbuatan itu satu dosa. Dia tidak akan bertaubat atas perbuatannya itu kerana beranggapan perbuatan itu tidak berdosa.”
“Cepatlah… apa dia?”
“Curi masa!”jawab saya pendek
Dia tergamam.
“Bayangkan, katalah kita bekerja dengan majikan kita – tak kiralah dengan pihak swasta atau kerajaan ataupun dengan syarikat kita sendiri tetapi bukan kita seorang yang memilikinya. Kita dibayar gaji untuk sebulan dengan tempoh jam tertentu sehari  untuk bekerja. Katalah 8 jam. Tetapi tidak semua tempoh 8 jam tu kita gunakan berkerja…kita buat kerja sampingan,tidur,mengular,mengulat dan macam-macam lagi.”

“Tapi sekarang kita kan ada punch card. Jika tidak masuk berkeja tepat pada waktunya,kita akan diambil tindakan. Mana boleh tak cukup masa.”
“Punch card hanya mampu mencatat waktu kita masuk bekerja, tetapi bolehkah ia mencatat waktu kita mula bekerja?” soal saya.
Dia menggelengkan kepala.

“Katalah kita masuk tepat jam 8 pagi. Tetapi kita hanya mula bekerja jam 8:15 pagi. Itu tak masuk lagi lepak-lepak di tempat minum, perbualan telefon yang berlarutan, kerja sampingan, konon kerja luar tapi melencong ke tempat lain.
Macam-macam cara orang curi masa.”

“Salah tu memang salah. Tapi biasalah…”
“Sebab tulah saya katakan tadi ini lebih halus dan lebih berat. Sebab kita kata biasalah. Sebenarnya biasa bagi kita, tetapi adakah itu biasa pada pandangan dan nilaian Allah?”

Dia menung seketika.

“Umar Ibn Aziz, padamkan lampu yang menggunakan minyak kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga. Umar al-Khattab, tak berani buat advance gajinya daru baitulmal bila dipersoalkan apakah ada jaminan yang dia akan hidup sampai cukup bulan untuk membayar wang advance yang didahulukan kepadanya?”
“Itu kisah orang besar…”
“Ya orang besar yang memandang soal kecil sebagai besar. Sepatutnya kita lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya kita lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya lebih memandang soal kecil sebagai besar.”
“Takkah kita sengaja membesar-besarkan perkara yang kecil?”

“Beginilah, sosej bersalut usus babi yang kita termakan, bukan sengaja. Setelah kita tahu, kita bertaubat. Taubat terus dengan Allah. Kita tak sengaja, kita tak tahu, atau kita tidak berhati-hati. Bukan itu maksud kita. InsyaAllah kita ana diampunkan, jika kita benar-benar menyesal. Itu dosa kita dengan Allah.”

Tapi dosa curi masa; sedangkan, gaji yang kita terima penuh, sedangkan pada hakikatnya kita tidak layak dibayar pada tempoh masa yang kita curi. Masa yang dicuri sekarang sudah bertukar jadi duit curi. Siapa punya duit yang kita curi tu? Kalau kerajaan, duit rakyat. Kalau swasta, semua pemegang modal atau saham. Katalah kita sedar dan hendak bertaubat, bukan mudah. Tak semudah termakan sosej haram, cukup dengan Allah. Tetapi ini kena minta halal dan maaf pada semua yang punya hak……….


Buku Nota Hati Seorang lelaki – Ustaz pahrol Mohd Juoi   http://genta-rasa.com/

Tuesday, August 18, 2015

My 1st birthday gift for year 2015



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Me velanja orang untuk event ni.
Dan tiba2 hari ni ada orang velanja saya untuk event ni pulak...
Masya Allah...
Alhamdulillah...
Since dis event will be a day b4 sis nohas birthday and a day b4 my birthday ...
Lets just say this as my birthday gift in advance ...

Jazakillah khayr sister yonna...
May Allah bless u for velanja me the tix for this conference...

Actually yonna cannot make it for this event since she need to volunteer for ilm fest.
I want to buy her tix 
(sbb yonna bli at rm100 je - super early price)...
Deal with her since last week... n today she asked "huda sudi tak nak terima kalau yonna belanja"...

Opocot... torkojut den.
Yonna ni aku tak kenal pun...
Rilex je velanja aku kan...
#dejavoo

Hihihi.. jadi jgn takut velanja orang yang kita tak kenal... yang penting niat ikhlas...
Satu hari Allah akan balas dan ganti dengan lebih baik ... tidak di sini... pasti "di sana" kelak ada habuannya buat kita...

Put your trust on Allah.
Alhamdulillah... thank you Allah...

Jazakillah khayr yonna...
May Allah bless you...

Dan ... untuk awak2 semua... jom pergi conference ni...
The Daily Reminder conference.
29&30 Aug 2015 
@PICC malaysia...

Loves@nhhas ...


Thursday, August 13, 2015

Jagung segar menyerang Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Adalah dilaporkan... kami diserang oleh jagung segar dari ladang.... jagung gred AA yang dipetik dari ladang terus dihantar ke putrajaya ... 
Walaupun aku bukan peminat jagung... tapi melihatkan jagung berisi penuh segar bugar ni.... dari tak minat pun terus order.... 


2 hengget setongkol....
Manis dan sangat sedap.
#cikManisahLesing


Kawan zoom pulak macam ni...
Oowh kena order... kena order...
JM... nak tak? 
Saya hantar kat JM kalau nak...

Dan sifat aku ialah... barang baik tak reti jamah sorang2... aku open order kat jiran dan kawan-kawan tx...
 (geng jepun juai mahal... orang jepun x makan jagung ke... fuyooo...)

Hasilnya...
Kereta ku sudah boleh dibuat carboot sale jagung...
Kereta ku dah berbau perfume jagung.
Hihihi...

Ni dah order for second time...
Yang pandainya...
Aku order kan untuk rakan dan jiran... aku lupa order untuk diri sendiri...
Owh lawak apakah ini...
Nak nanges rasa...
Haha... last-last rakan yang jual jagung ni bagi aku free seplastik besar...
Masya Allah... alhamdulillah.
Tengs kak sue... sayang kamu banyak-banyak...

(Kak sue... senior di office sedang cuti belajar. Yang empunya ladang jagung tu orang kampung /sedara beliau di kampung di N9)...

Kami order punya order ... umah kak sue di penuhi 500 tongkol jagung at one time...

Mau nanges dia... haha....
Legend lah ko kak...
Masterji jagung pulak...


Ni baru 100 tongkol...
500 ???
Haha... sib baik tak kena rush ngan BPH.

Ni jagung yang jiran aku beli.

Dia anta aku gambar jagung rebus je.
Haha...

Ni jiran sebelah rumah masak...
Dia bagi aku sepiring...
Alhamdulillah... macih maisara...
Sebab aku tak rebus jagung.
Aku buat menu lain.

OKAY...
ini menu bubur jagung ku....

Bahan - bahannya ialah ...
Jagung... haha... kalau ko letak durian dia tak jadi bubur jagung ye... sila faham...

Aku buh sagu sikit 
(hasil pow dari jiran - tengs kak uda ... ) 
Kak uda ni kalau boleh seisi dapur dia nak bagi kat aku ... tak payah aku g kedai.
Aku nak beli sagu tu... sungguh2 dia suruh ambik kat umah dia... hadoiii... dannn aku g kedai ... betul2 sagu tak ada... haha...
Kak uda gelak kan aku... hihihi... katanya dia suruh kedai tu sorok dari aku... 
Hihihihi....

Aku guna fresh milk...
Tak guna santan... tak guna susu ideal.
Reason..."healthy life style konon"...
Pastu kena bebel ngan makcik aku...
"Ko ni merosakkan resepi asli. ish ish ish".

Buh gula... garam secukup rasa... dan daun pandan ... 


Tadaaaaa .... dah siap....
Bawak office .... selamat ... 


Loves ... @nhhas