“Itu tak berat awak kata? Itu beratlah. Tahu
salah,.haram,tapi buat juga”
Berat memang berat. Tapi si pelaku masih sedar dia berbuat
dosa. Jika ada peringatan atau keinsafan, ada harapan dia akan sedar lalu
bertaubat atas dosa-dosanya. Tapi apa yang saya maksudkan sebelum ini lebih
halus daripada itu.
“Maksud awak orang yang melakukannya tak sedar yang itu
haram dan berdosa?”
“Ya. Lantas apa pun keadaannya dia tidak merasakan perbuatan
itu satu dosa. Dia tidak akan bertaubat atas perbuatannya itu kerana
beranggapan perbuatan itu tidak berdosa.”
“Cepatlah… apa dia?”
“Curi masa!”jawab saya pendek
Dia tergamam.
“Bayangkan, katalah kita bekerja dengan majikan kita – tak
kiralah dengan pihak swasta atau kerajaan ataupun dengan syarikat kita sendiri
tetapi bukan kita seorang yang memilikinya. Kita dibayar gaji untuk sebulan
dengan tempoh jam tertentu sehari untuk bekerja. Katalah 8 jam. Tetapi
tidak semua tempoh 8 jam tu kita gunakan berkerja…kita buat kerja
sampingan,tidur,mengular,mengulat dan macam-macam lagi.”
“Tapi sekarang kita kan ada punch card. Jika tidak masuk
berkeja tepat pada waktunya,kita akan diambil tindakan. Mana boleh tak cukup
masa.”
“Punch card hanya mampu mencatat waktu kita masuk bekerja,
tetapi bolehkah ia mencatat waktu kita mula bekerja?” soal saya.
Dia menggelengkan kepala.
“Katalah kita masuk tepat jam 8 pagi. Tetapi kita hanya mula
bekerja jam 8:15 pagi. Itu tak masuk lagi lepak-lepak di tempat minum,
perbualan telefon yang berlarutan, kerja sampingan, konon kerja luar tapi
melencong ke tempat lain.
Macam-macam cara orang curi masa.”
“Salah tu memang salah. Tapi biasalah…”
“Sebab tulah saya katakan tadi ini lebih halus dan lebih
berat. Sebab kita kata biasalah. Sebenarnya biasa bagi kita, tetapi adakah itu
biasa pada pandangan dan nilaian Allah?”
Dia menung seketika.
“Umar Ibn Aziz, padamkan lampu yang menggunakan minyak
kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga. Umar al-Khattab, tak
berani buat advance gajinya daru baitulmal bila dipersoalkan apakah ada jaminan
yang dia akan hidup sampai cukup bulan untuk membayar wang advance yang
didahulukan kepadanya?”
“Itu kisah orang besar…”
“Ya orang besar yang memandang soal kecil sebagai besar.
Sepatutnya kita lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya kita
lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya lebih memandang soal
kecil sebagai besar.”
“Takkah kita sengaja membesar-besarkan perkara yang kecil?”
“Beginilah, sosej bersalut usus babi yang kita termakan,
bukan sengaja. Setelah kita tahu, kita bertaubat. Taubat terus dengan Allah.
Kita tak sengaja, kita tak tahu, atau kita tidak berhati-hati. Bukan itu maksud
kita. InsyaAllah kita ana diampunkan, jika kita benar-benar menyesal. Itu dosa
kita dengan Allah.”
Tapi dosa curi masa; sedangkan, gaji yang kita terima penuh,
sedangkan pada hakikatnya kita tidak layak dibayar pada tempoh masa yang kita
curi. Masa yang dicuri sekarang sudah bertukar jadi duit curi. Siapa punya duit
yang kita curi tu? Kalau kerajaan, duit rakyat. Kalau swasta, semua pemegang
modal atau saham. Katalah kita sedar dan hendak bertaubat, bukan mudah. Tak
semudah termakan sosej haram, cukup dengan Allah. Tetapi ini kena minta halal
dan maaf pada semua yang punya hak……….
Buku Nota Hati Seorang lelaki – Ustaz pahrol Mohd
Juoi http://genta-rasa.com/
nic entry dear
ReplyDeleteinsaf kann ;p
ReplyDeletepergh!!! terus muhasabah diri sebab ada gak 'curi' masa nih...
ReplyDeletemmg betul..jika rezeki itu berkat sedikit pun mencukupi
ReplyDeleteKalau tak berkat pula, banyak menggunung depan mata pun belum tentu cukup, belum tentu hati lapang :)
DeleteTak ada apa yg boleh kita ubah.. Selain dari bayar hutang! Atau ganti balik yg terambil... Kalu tak mampu... mintak yg terharam dihalalkan...
ReplyDeleteApa cara korang "ganti" masa yg dh ter curi tanpa sedar (jika ada)...
ReplyDeleteShare lah... kot2 blh buat iktibar untuk diri ini...
Huhuhu...
Overtime tanpa mintak bayaran... Sambung keje opis kat rumah... Masa travel still buat keje... Cukup tak cik manisah lesing?
DeleteGood job SSS... KIPIDAP...
Deletehaha... buat kerja ms travel tu mcm sadis sgt tu...
Hihihi...
Akak selalu akan lebihkan material belajar utk tuisyen, buat kelas extra masa nak dekat periksa...bimbang ada hari2 akak mengajar bebudak, ada yang akak terlepas pandang, terkurang sana sini.
DeleteBetul tu.. Kadang2 tak perasan
ReplyDeleteperkongsian yang sangat "terkena" dear pada yg selalu buat macam ni kan, tapi alhamdulillah suami akak selalu ingatkan dan dia pun kalau terpaksa keluar dari opis mesti hari tu dia akan balik lmbat cover balik masa yg dia terambil utk urusan peribadi alhamdulillah so far so good, murah rezeki dan disenangi rakan2 sekeliling
ReplyDeletebab curi masa yang payah ... payah sebab tak sedar yang sebenarnya dah curi masa kan :)
ReplyDelete'Curi' benda yang tak nampak tu lagi fatal sebenarnya kan,...
ReplyDelete