Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Dikongsikan petikan slot Pesona D'Zahra di Radio IKIM.fm (tarikh tak ingat) bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menyambung perbincangan mengenai Manusia dan Harapan.
Artikel ini di cedok dari penulisan ruangan Agama di surat khabar Berita Harian.
Artikel ini di cedok dari penulisan ruangan Agama di surat khabar Berita Harian.
(anda juga mungkin berminat untuk mempelajari SENI MEMAAFKAN di capaian INI)...
Semoga bermanfaat...
*********************************************************************
Seseorang hamba Allah SWT itu masih boleh terus melangkah dalam
keadaan getir kerana didokong oleh harapan. Maka kerana itulah kita digalakkan
berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kebaikan dunia dan
akhirat.
Menjadi lumrah bagi seseorang itu bersandarkan harapan yang
diberikan oleh Allah SWT sebagai motivasi meneruskan kehidupan, namun ada dalam
kalangan kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.
Mengikut
sejarah, manusia pertama disogokkan dengan harapan yang dibisikkan syaitan
adalah Nabi Adam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan dia (syaitan)
bersumpah kepada keduanya. Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi
nasihat kepada kamu berdua." (Surah al-A'raf, ayat 21).
Tiga jalan lupakan manusia kejar akhirat...
Kita perlu selalu sedar syaitan musuh yang sentiasa berusaha
dengan muslihatnya menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT.
Ustaz Muhamad berkongsi tiga jalan sering digunakan syaitan dalam usaha menawan
hati manusia supaya berharap kepada dunia dan melupakan pencarian akhirat.
Tiga jalan itu ialah :
- mencari puas hati;
- ketenangan dengan jalan maksiat; dan
- kaya dengan jalan bakhil.
Dinyalakannya api yang luar biasa marak dengan tujuan mendera
dan menzalimi Nabi Ibrahim sekeras-kerasnya bagi usaha mencari puas hati.
Dalam konteks hari ini, apabila rumah tangga dilanda badai,
kekerasan dan helah digunakan bagi menyakiti pasangan bagi mendapatkan perasaan
puas hati. Sedangkan semua tidak pernah berjaya memberikan ketenangan hakiki
bagi mereka yang menurut bisikan syaitan.
Andai ketika bermuhasabah diri kita mengesan adanya sifat
mazmumah, kembalilah kepada fitrah kemanusiaan iaitu mencari ubat hati. Lazimnya
mereka yang menurut hawa nafsu dalam perbuatan akan hanya menyebabkan lebih
banyak kekecewaan dalam kehidupan.
Islam mendidik umatnya bersabar dan Allah SWT menjanjikan darjat
yang tinggi kepada orang yang sabar serta bersedia memaafkan orang yang berbuat
kesalahan terhadap dirinya. Itulah yang dikatakan sebagai ubat hati.
Orang hatinya jauh daripada mengingati kekuasaan Allah SWT,
tidak berpegang dengan panduan hidup yang dibekalkan kepadanya menerusi
al-Quran dan jauh daripada mengamalkan panduan ditinggalkan Rasulullah SAW
melalui hadisnya.
Hati kosong mudah dipengaruhi syaitan...
Ini mengakibatkan hati menjadi kosong dan sunyi, yang hanya
memudahkan ia dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Fikiran dipandu suara negatif
akhirnya menyebabkan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat Islam.
Kesunyian dan kekosongan menyebabkan seseorang itu akan
mencari-cari keseronokan atau hiburan dengan harapan untuk mengisi kehampaan
akibat kesunyiannya. Tidak sedikit mereka yang mempunyai kedudukan atau pangkat
tinggi, kelihatan zahir mempunyai kesempurnaan tetapi mencari ketenangan dengan
jalan maksiat.
Mereka tercari-cari jalan untuk mengubat hati yang kosong dan
tidak tenang. Ada yang mengambil dadah, minum arak, melanggan teman sosial,
namun masih tidak membawa kepada ketenangan untuk mengisi hati yang kosong.
Orang dipengaruhi harapan daripada syaitan yang menjanjikan
kekayaan itu datang dengan memiliki sifat bakhil dan kedekut. Mereka
mempercayai sikap kedekut dan bakhil itulah yang menyebabkan mereka dapat
mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya.
Rasulullah SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurangan
dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan
sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya
dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat
darjatnya." (Riwayat Muslim).
Amalan memberi sedekah kepada yang memerlukan amat digalakkan
dalam Islam. Perlu kita fahami, rezeki yang dikurniakan kepada seseorang itu
adalah milik Allah SWT dan hanya pinjaman kepada hamba-Nya semata-mata.
Seseorang Muslim seharusnya tidak terlalu sayang kepada harta
benda dan tidak terikat untuk membelanjakannya kepada perkara kebaikan. Kita
perlu fahami setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti
oleh Allah Taala.
Sedekah juga tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa
menambah keberkatan dan suburnya harta, atau ganjaran dijanjikan Allah di
akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.
Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia akan memperdaya
hati serta fikiran seseorang supaya merasa berat mengeluarkan harta atau wang
ringgitnya ke jalan sedekah dan infak. Mereka yang dipengaruhi bisikan ini akan
diperhambakan dan disibukkan urusannya dengan mencari wang dan harta.
Walaupun mencari harta dan kekayaan digalakkan dalam Islam,
tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha, ikhtiar dan seterusnya reda serta
tawakal kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. Harta dan rezeki seharusnya
melapangkan dada dan bertujuan memberi khidmat kepada empunya harta itu.
Ia juga sebagai jalan kita memperoleh ganjaran pahala daripada
Allah SWT dengan mengembalikan sebahagiannya ke jalan yang diredai-Nya. Usaha
mencari rezeki adalah satu kewajipan manusia tetapi yang mengurniakan kekayaan
itu adalah semata-mata urusan Allah SWT.
Waspada permainan syaitan...
Berwaspadalah dengan mengelakkan diri daripada dipermainkan
syaitan yang mahukan manusia itu melupakan akhirat melalui jalan mencintai
dunia. Allah SWT memerintahkan kita bukan mencari harta semata-mata tetapi juga
mencari keberkatan.
Ustaz Muhamad memberikan tiga panduan dalam menilai keberkatan
harta iaitu;
- harta itu membawa kepada kebaikan,
- semakin berharta semakin tenang hatinya,
- harta itu mencukupkannya dan banyaknya menggembirakan seseorang.
Jika harta itu sering memberi kerunsingan hati dan selalu merasa
tidak cukup, periksalah semula akan jalan masuknya harta itu dan bagaimana kita
membelanjakannya. Berhati-hatilah dengan harapan yang kita pertaruhkan dalam
hidup ini sama ada berlandaskan iman atau bisikan syaitan.
* Penulis ialah penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
nice sharing dear :))
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillah
Deletesimpanlah harta yang boleh dibawa bekalan apabila kita disana...yakni sedekah...anak2 soleh
ReplyDeleteskrg rmai dah kena pnyakit wah'n...byk sgt program jana duit xbayk program jana taqwa
ReplyDeleteSemakin banyak diperolehi semakin sayang nak dikongsi. Tapi yg tahu berkongsi kalau kita lihat bukan semakin susah tapi semakin meriah kemewahan dimiliki. Itulah jika tahu bersyukur dlm mengagih apa yg dimiliki.. tak semua yg kita ada milik kita.
ReplyDeletenak jadi yang "semakin berharta semakin tenang hatinya" ... kalau tak berapa nak berharta tapi senang hati pun ok jer :)
ReplyDeleteinsaf kann ;p
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat...
ReplyDeleteMudah2an harta yang kita ada harta yg menyenangkan hati kita. Insya Allah :)
ReplyDelete