Thursday, November 11, 2021

Kompilasi My Quran Time mengikut juzuk

Assalamualaikum 
Masha Allah dah 11/11/2021

Dalam banyak2 kesedihan COVID, mudah-mudahan nikmat kesempatan dapat belajar tadabbur Quran ini adalah nikmat yang memberi kegembiraan dan penawar terbaik buat hati-hati kita.

Adanya siaran ini mungkin asbab doa2 kita dari sudut hati yang paling dalam, Ya Allah izikan aku kesempatan untuk sentiasa direzekikan untuk membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al Quran.

As for myself, this is my deeep down inside ini doaku since 2010 dan secara serious 2011. Semasa menunaikan haji 2011, hampir setiap orang yang aku jumpa guru2 di Mekah semua ku minta doakan agar Huda dapat sempat belajar faham dan amal alquran.
Alhamdulillah sikit-sikit, dengan izin Allah dapat belajar sikit2, ikuti kelas 2 semester di USIM, ikuti kelas hampir setiap malam di masjid putra, kelas mingguan di Masjid Besi.

Namun, Masha Allah, asbab COVID ni, Allah rezekikan sesi tadabbur Quran ayat demi ayat menerusi siaran My Quran Time terbitan TV AL HIJRAH ini .... Masha Allah ...

Semoga dikurniakan kesempatan untuk sentiasa baca faham dan amal. Insha Allaha

Rakaman My Quran Time mengikut juzuk:

1) Juzuk 1

2) Juzuk 2

3) Juzuk 3

4) Juzuk 4

5) Juzuk 5

6) Juzuk 6

7) Juzuk 7

8) Juzuk 8

9) Juzuk 9

10) Juzuk 10

11) Juzuk 11

12) Juzuk 12

Sehingga 11/11/2021 - kita berada sehingga juzuk 12.  Insha Allah akan saya sambung kompilasi ini apabila telah ada rakamannya.

Semoga bermanfaat.
Insha Allah

#nhhasshare

Friday, June 4, 2021

Diari MCO2021 (DAY 3) : KISAH VAKSIN SAYA

Kisah Vaksin Saya.

3 Jun 2021. tarikh mendebarkan untuk temujanji pengambilan vaksin di PPV putra-yang-berjaya.

Temujanji pada 10.30 pagi, tapi akibat hasutan persekitaran, 8.50 telah menyertai pasukan beratur para penerima vaksin. Theee... Okay la dapat beratur di bawah bangunan. Berlingkar-lingkar acara perbarisan dipagi hari tersebut.

Setelah 1 jam 40 minit beratur, sampailah giliran saya dalam ruangan penilaian oleh para Doktor.

Tak pasti berapa minit consultation rasanya tak sampai 10 minit, Dr memutuskan saya perlu menangguhkan pengambilan vaksin pada hari ini.

WHAT!!!!

Hello, boss, I dah Q selama 1 jam 40 minit kot. I keep on asking petugas KKM yang ada di bawah sepanjang I berlegar beratur tu sama ada saya boleh ambil vaksin atau tidak.

Kisahnya, saya tak berapa sihat di mana saya telah secara tidak sengaja ter develope symptom sakit tekak, hidung tersumbat, chest warm and numb dan paling hampeh saya kena diarrhea, beberapa hari sebelum tarikh vaksin saya.

Saya 50 50 sama ada saya patut pergi juga ke PPV pada hari kejadian atau pun tidak.

Namun memandangkan saya telah membuat pengesahakan kehadiran pada aplikasi MySejahtera sebaik sahaja dapat notifikasi temujanji pengambilan vaksin, maka saya pun pergi je la kan. Kang saya ter masuk pula dalam statistik orang yang tidak menghadiri temujanji vaksin. Tak mahu la begitu. Saya ni rakyat Malaysia yang terlalu baik (dan comel juga).

Sebaik sampai di PPV, saya tanya petugas kesihatan di situ, dan di applikasi MySejahtera pun ada ruangan Covid-19 status yang perlu dikemaskini, dimana soalan 1 adalah 

ADAKAH ANDA MENGALAMI 2 ATAU LEBIH GEJALA BERIKUT?

and I already tick YES sebab saya ada 7 simptom di situ.

Soalan kedua pula pun saya terpaksa tanda YES.

(pergi semak MySejahtera korang apa soalannya)

Tapi aplikasi MySejahtera kata saya sejahtera untuk meneruskan perjuangan vaksin hari itu.

Tapi menurut ilmu saya yang tak seberapa ni, kalau kita dalam keadaan yang tak sihat, kita tak boleh / tak dinasihatkan ambil vaksin.  Tapi apabilan saya tanya petugas yang ada semua kata ok boleh je ambil.

(Ye la terima hakikat mereka bukan Doktor). Doktor ada kat atas je. Jumpa sejam pat puluh minit lepas Q.

Then. Setelah satu jam 40 minit beratur, taraaaa .... sampai la masa berjumpa giliran dengan Dr. N.

Dr tanya, why do you look pale?

So saya jawab la saya dah Q 1j40m, saya nak balik cepat saya sakit perut.

Ha ha ha maka bermula lah sesi soal jawab yang disudahi dengan

Saya nasihatkan puan tangguhkan dulu pengambilan vaksin hari ini.

Badan puan lemah, dan tak bermanfaat nak ambil vaksin harini.

WHATTTT!!!!

Nasib baik saya memakai double mask, maka Doktor tu tak nampak la reaksi sebenar rupa saya bagai mana. Ha ha ha ....

Hmmm tak tahu la nak nanges ke nak gelak ke nak reaksi macam mana.

Hmmm tak apa lah, balik je la weih.

Turun semula ke bawah, minta petugas kemaskini MySejahtera dan saya perlu menunggu TAKDIR temujanji akan datang.

Moral dia saya nak kongsi kat sini berdasarkan pengalaman saya sejam 40 minit tu, 

1) sebelum pergi vaksin pastikan korang sihat sesihat2 nya. Jaga makan, jaga kesihatan. Kalau korang tak sihat ke apa ke, declare, tanya dan minta pendapat Dr yang lebih arif.

2) jangan buat pengesahan terlalu awal. macam saya terlebih semangat, seminggu lepas dapat notifikasi dah buat pengesahan. So moralnya buat la pengesahan 2 ke 3 hari sebelum ambil vaksin.

3) Kalau tak sihat tak payah buang masa pergi beratur dan ambil, sebab peluang untuk anda dinasihatkan balik dan tunggu temujanji berikutnya adalah tinggi.  Tapi jangan sebab nak juga vaksin tu korang tipu pula, sakit pun mengaku sihat.

Ni penerangan Dr N dan Dr Malar (alaa Dr India yang viral tu, sebab dia suka bebel bagi penerangan dalam BM yang fasih)

Okay, kenapa kalau kita tak sihat, Dr akan nasihatkan kita untuk tangguh ambil vaksin.

Macam kes saya. setelah Q selama hampir 2 jam, sampai station penilaian Dr., dan dinasihatkan untuk menangguhkan pengambilan vaksin.

Sebab bila kita sakit especially demam ditambah dengan diarrhea, badan kita dalam keadaan lemah. Antibodi badan kita tengah bizi nak setelkan masalah sedia ada. 

Kalau kita masuk lagi vaksin yang ada covid yang dilemahkan/ dimatikan tu (sebab I patut dapat sinovac, katanya sinovac ni guna vaksin yang dilemahkan), takut badan kita tak boleh lawan pula covid tu kan ... Fungsi vaksin tidak dapat bertindak secara optimum apabila kita tak sihat, sebab badan dah memang lemah dan sedang lawan sakit sedia ada.

Slide Dr. Malar


Maka balik lah saya dan tunggulah takdir panggilan seterusnya. Begitulah kisah vaksin dak huda.

Misi mendapatkan vaksin GAGAL. Benda depan mata kalau Allah kata bukan milik kita, tetap tak dapat juga.

Begitulah....

Sepanjang saya Q untuk mengambil vaksin sejam 40 minit tu, saya bawa tasbih, saya istighfar, saya selawat, tasbih, zikir nama2 Allah, supaya Allah aturkan ketetapan palingggg baik untuk saya.

Kisahnya yang sebenar .....Vaksin ni pada dasarnya, saya pun 50 50 antara yakin dengan tidak. Tapi saya rasa saya buat sebab saya rasa ni jihad dan sumbangan saya untuk negara saya, untuk rakyat negara saya untuk ahli keluarga saya bagi membentuk HERD IMMUNITY.

Sebelum pergi ambil vaksin tu, sedari awal, saya solat saya cakap dgn Allah sungguh2 dgn ikhlas, saya tak tau saya patut pergi vaksin ke tidak. Saya takut sebab saya tak tau, saya tak ads ilmu, dengar macam² teori konspirasi etc. Kita jadi was².

Dah la vaksin tu mmg dibuat oleh org² kafir belaka. Virus ni pun man made dari tangan² jahat mereka.

Tapi saya kata, Allah lebih besar dari mereka semua. Kalau Allah tak izin, perancangan mereka semua confirm gagal. 

Allah izin dia berlaku....Pasti ada sebab kenapa Allah izin.

So saya solat saya doa sungguh² sampai saya yakin dan saya click YES di mysejahtera utk pergi ambil vaksin.

Pastu saya jadi terfikir2 pula brand vaksin apa yang bagus, side effect dan etc. I read a lot tapi again saya jadi lebih banyak fikir dan jadi takut.

I sit and i talk to Allah again.

Ya Allah aku betul2 tak tahu vaksin mana yang baik utk aku.

Orang kata pfizer bagus, belum tentu dia bagus utk aku,

Orang kata sinovac bagus, serasi utk orang asia, tapi belum tentu serasi dengan aku.

Saya doa sungguh², semoga Allah ya Bari' Allah ya Hakim gerakkan aturkan apa aturan yang paling baik untuk saya.

Jadi tadi bila saya tak dapat vaksin, saya terus baik sangka, Allah nak bagi aturan dan ketetapan yang lebih baik.

😭

Kalau takdir with or without vaksin pun saya akan mati, moga Allah ambil kita dalam sebaik² aturan ketentuan dan keampunan dengan iman yang sempurna dan amal soleh yang Allah terima.😭

Insha Allah. Allahumma ameen.

Saya akan tetap berdoa, Ya Allah Ya Bari' Ya Allah Ya Hakim, Ya Allah Ya Fattah, takdirkan la sebaik-baik takdir untuk saya dan keluarga saya akan perihal vaksin ini.

Semoga kita semua mendapat aturan yang terbaik dunia sampai syurga.

Sekian kongsi. Semoga bermanfaat.

@loves_nhhas ....

Wednesday, May 19, 2021

Bab 6: Kenali Syariah Easy Payment Purchase (EPP)

 Assalamualaikum ...

Bab1: Jom Simpan Emas | Bab 2: Tips beli simpan jual emas | Bab 3: Kenali Jenis Emas | 

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas | Bab 5: Kenali Gold Accumulation Program (GAP)

Seperti yang telah saya jelaskan dalam bab 5 terdahulu

PUBLIC GOLD MENYEDIAKAN 3 CARA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN EMAS

Cara 1️⃣ - Outright Purchase  ( Full Payment)
Cara 2️⃣ - Outright Purchase ( EPP Payment) Easy Payment Purchase a.k.a ANSURAN
Cara 3️⃣ - Akaun Emas Fizikal GAP  (Gold Accumulation Program)

"So saya nak guna cara yang mana satu nih?"

Jawapannya, ikut kesesuaian bajet korang!

Saya bagi contoh :

Kalau Bajet kecil, (dibawah RM900)
Sesuai dengan Cara 3️⃣. GAP
Beli emas sikit-sikit. 
Nanti boleh keluarkan sekali gus bila dah banyak. Boleh decide sendiri nak fizikal berapa gram berapa besaq.

Bajet RM1,000 ke atas
Terus guna je Cara 1️⃣, Beli terus emas fizikal (goldbar / dinar)
bermula dari 1 Dinar hinggalah 1kg. Boleh order, dan ambil di branch. Atau request untuk pos ke rumah terus.


DALAM BAB 6 saya akan kongsikan mengenai Cara 2️⃣

JOM KITA KENALI EPP Payment iaitu Easy Payment Purchase a.k.a ANSURAN

RAMAI RUPANYA KELIRU ANTARA EPP DAN GAP.

Untuk ulangkaji, mengenai GOLD ACCUMULATION PROGRAME, BOLEH RUJUK NOTA BAB 5 (CLICK HERE)

EPP merupakan singkatan kepada Easy Payment Purchase. Ia merupakan kemudahan bayaran ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold

Ye betul! EPP ni macam ansuran bulanan.
EPP ini sesuai untuk yang nak paksa diri menyimpan dan nak lock harga emas tu.
Contoh target nak dapatkan emas 50gram, (harga hari ini dalam RM12k), nak buat EPP10. 
Bulanan bayar RM1.2k 
Selama 10bulan.

Jadi, dengan belian EPP kita boleh dapatkan emas item yang besar, secara ansuran.
Harga EPP ni kita dah lock awal pembelian, so ianya tidak dipengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas akan datang. 

Ada 2 jenis EPP, 

EPP4 – Bayaran ansuran Easy Payment Puchase (EPP) selama 4 bulan (atau 4 kali bayaran)

EPP10 – Bayaran ansuran Easy Payment Puchase (EPP) selama 10 bulan (atau 10 kali bayaran)

Untuk EPP ni, akan ada caj tambahan untuk perkhidmatan EPP iaitu RM1 per gram
Dan untuk EPP ni sama seperti GAP, perlu bayar caj keluarkan fizikal yang dipanggil Gold Premium (GP) caj seperti di bawah ni.


Fakta tentang Gold Premium:
1) GP caj ni macam workmanship caj la bila korang beli barang kemas, kan ada caj upah.
2) GP ni  one time caj bila nak keluarkan sesuatu keping emas fizikal
3) GP caj ni dia ikut gram yang korang nak fizikalkan. contoh kalau nak keluarkan 10gram, perlu bayar GP RM 15 semasa nak keluarkan gold bar tu.

Maka, untuk buat EPP, selain harga emas, ada 2 bayaran yang korang kena ambil maklum iaitu 

1) EPP Caj (RM1 per gram) dan 
2) Gold Premium (GP) CAJ mengikut gram juga.

Untuk memberi kefahaman, Jom saya kongsikan contoh pengiraan caj EPP belian emas di public gold.

Kita ambil contoh Easy Payment Purchase 10 bulan. 
Dengan bahasa mudah faham adalah bayaran ansuran selama 10 bulan. 
Jadual bayaran akan dijana dalam invoice seperti contoh di bawah.. 

Cara kira, untuk EPP 10 = (jumlah harga emas + caj epp + GP) bahagi 10

Contoh nak beli 50g secara EPP10.

Total = Harga + EPP (50gram = rm50) + GP (50gram=RM40)
= RM13,395 + RM 50 + RM40
= RM13,485

So kena bayar
RM13,485/10
= RM1,348.00 setiap bulan

Cukup bayar 10 bulan baru boleh collect emas tu.
Namun, jika korang berjaya setelkan bayaran lebih cepat, korang akan dapat emas tu sebaik sahaja korang selesaikan bayaran.
Contoh, ada orang dia gaji/ income 2 kali sebulan, awal bulan dan hujung bulan.
So awal bulan dia bayar EPP1, hujung bulan EPP2, maka dalam tempoh 5 bulan, dia telah selesai membuat 10 kali bayaran.
Maka, dia dah boleh pergi ambil gold bar 50 gram yang dia beli tu.

Sebelum ini, syarat untuk belian EPP 4 dan EPP 10 adalah berbeza.

Bagi belian secara EPP 4, adalah untuk purchase di antara RM500 - RM2,000
Bagi belian secara EPP 10, bagi purchase lebih daripada RM2,000.

Jadi sebelum ini, 1 dinar hanya boleh buat EPP4.
Tapi sekarang Public Gold sering melakukan promo bagi belian 1 dinar secara EPP 10.  
Jadi ramai client saya akan grab peluang buat EPP 10 untuk 1 DINAR apabila ada promo. Kerana mereka hanya perlu bayar RM100.00++ sahaja sebulan.
Tahu-tahu hujung tahun dah berjaya dapat 1 dinar. Alhamdulillah.

Korang akan terima invoice untuk bayaran 10 bulan macam di bawah ni.

(ni client beli promo epp10, 1 Dinar pada 2 Mei 2021). 

So begitulah kisah dia tentang belian secara EPP.

RUMUSAN BAB 6 Shariah Easy Payment Purchase PUBLIC GOLD

Pembelian Emas Ansuran EPP Public Gold:

1. Belian emas atau perak minima RM500 dan ke atas.

2. Dikenakan kos pengurusan EPP atau caj Admin sebanyak RM1/gm yang dikenakan sekali sahaja bagi setiap belian emas EPP.

3. Emas yang dibeli secara EPP boleh diambil di cawangan Public Gold setelah selesai membuat bayaran, di mana jika cepat menyelesaikan bayaran maka cepatlah dapat mengambil emas yang di beli.

4. Tempoh pembayaran ansuran belian emas setiap bulan sama ada 4 bulan (standard) atau 10 bulan.

5. Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

Cara Mudah Order Emas Secara Ansuran EPP4 Atau EPP10:

1) Pilih item di https://publicgold.com.my/index.php?route=product/category&path=1
2) Add to cart
3) Proceed to next page (kena login)
4) Pilih full payment, atau tukar EPP untuk ansuran
5) Submit order
6) Buat bayaran seperti tertera.

Video tutorial macam mana nak buat pembelian secara EPP



Okay. Semoga bermanfaat!

Emas mungkin tak jadikan kita bertambah kaya
Tapi dengan adanya emas, kita kekal berharta.
dan RASA kaya. hahaha.... walaupun ada 1 gram je dalam wallet (siapa yang ada kad emas) tapi dia punya perasaan syok sendiri rasa kaya tu lain macam kan kan kan kan.... hihihi....

Begitulah ... 

Perlu bimbingan percuma? Hubungi trusted dealer ni anytime
http://www.wasap.my/60134886385/SayaNakSimpanEmas

#acikhudagojes
- Suka didik orang simpan emas.