Tuesday, January 17, 2012

Siapa senang-senang nak bagi sepuluh ribu?

Jumlah duit di atas ialah RM7,650.00.
Lagi RM2,350 cukup RM10k.
i.e dah cukup nak pergi haji (secara muasasah)...
 
Assalamualaikum wbt...
hmm sebenarnya ramai yang dah cukup belanja...
tapi ramai yang rasa tak sedia...
Kuncinya, mohonlah, berdoalah kepada Allah agar menjemput kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar beri kita "bersedia".
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesempatan masa.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kecukupan belanja dari sumber yang halal.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Nya.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi teman yang baik dalam perjalann kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar bagi kita kecukupan ilmu yang benar dan bermanfaat untuk diamalkan.
 
Duit banyak, badan sihat, ilmu tinggi,  tak menjamin kita untuk sampai dalam keadaan yang sempurna dan terbaik.  Sebaliknya rahmat Allah yang buat kita sampai.  Kasih sayang Allah yang buat kita sampai dengan penuh berkat dan rahmat dari Nya...
Kalau niat kita ikhlas, Allah akan sampaikan.
Yang sakit, Allah sembuhkan...
Yang Tak cukup belanja, Allah cukupkan...
Yang sibuk, Allah lapangkan...
Yang jahil, Allah lorongkan untuk berjumpa dengan rakan/ guru yang murshid yang dapat membimbing.
Hakikatnya, semuanya Milik Allah.
Sesungguhnya dalam memudahkan setiap sesuatu yang susah itu adalah mudah bagi Allah.
Mintalah dengan ikhlas kepada Nya.
Dan jangan lupa berusaha juga ya...
kerana Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita tiada daya usaha untuk berubah.
 
 
Nota: KURSUS ASAS HAJI 1433H bagi kawasan putrajaya akan bermula pada
4 Februari 2012 (11 Rabiulawal 1433H)


No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)