Sunday, October 18, 2015

Dai Pendakwah Milenia musim ke- 3

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Alhamdulillah... Syabas dan tahniah Daie Hamidah yang menjadi juara program realiti dakwah alaf baru ... Tenang je muka beliau...

Seriously ... format rancangan ni best ... Sangat menguji pengetahuan bab2 ujian "tiba-tiba" tu dan soklan cepu cemas daripada penonton...

Murabbi...(ah), mursyid, dan panel-panel juri juga sangat best dalam menilai peserta.
Kalau ada penerangan yang perlu diberikan segera ... memang Ustaz Kazim terus bangun dan explain ... contoh macam kes soalan zakat semalam. Kalau ustaz Kazim tak jelaskan semula, aku pun tak tahu tentang agihan wang zakat kalau kita nak agihkan sendiri kena tau betul-betul siapa asnafnya dan bukan semua boleh bagi pada 1 asnaf sekaligus sahaja. ***;yeah I get myself confuse now. Should futher study on this chapter. For the time being, dah ada pusat zakat tu, bayarlah terus kat pusat zakat ye. Insya Allah... lebih tersusun. 

*** IKLAN: Korang tau skuad jejak asnaf MAIWP ? Ha kalau sekitar Kolumpo ni korang ada tau asnaf or orang susah yang boleh dibantu, boleh roger diaorang. Insya Allah nanti akan dibantu.  Kalau ada masalah, let me know, I will try to help, Insya Allah. 
(Nota cik manisah : Cik manisah tak lah kerja kat MAIWP tu, tapi Insya Allah boleh diusahakan untuk dibantu kerana ... )

Namun... dalam musim akan datang, mungkin murabbi boleh latih cara penyampaian peserta kepada method "approach dakwah" ... sebab ada yang dah rupa peserta pidato ... 

(Ewahhh apsal aku dah jadi KETUA JURI ni... hihihi....) 

But thumbs up untuk dua finalis Daie Hamidah dan Daie Fuad ... memang gaya "pendakwah" bukan bawak gaya pemidato ... keduanya juga bukan calang - calang latar belakang ilmu agama nya...
Semoga istiqamah ... insya Allah ... 
Persamaan dua finalis ini ... mereka graduan dari universiti yang sama - USIM... no wonder lah hebat...  Ustaz-ustaz USIM best best... pasal tu lah anak-anak didik pun best. Insya Allah ...


Sarjana muda dakwah dan pengurusan Islam.

Sarjana muda pengajian akidah dan agama.


Daannnn... paling best ... penaja utama ... D'Herbs Terlajak Laris ... moga murah rezeki kerana menaja rancangan sebegini...

Bak kata ustaz Hary ... #kipidap.

Wak... mana doplohnamjuta ni wak... bila nak masuk akaun bank kita... hihihi...
Boleh I jadi penaja musim ke 4 ... 

#Sekian... sembang kosong ...

13 comments:

  1. semoga terus istiqomah dlm berdakwah kpd masyarakat yg mcm2 cabarannya..

    ReplyDelete
  2. Ustaz Haryanto memang buat penonton senyum selalu
    Tapi pengisian komen diberi amat padat. Kakak suka
    Moga semakin ramai pendakwah di negara kita bukan utk pertandingan semata-mata.

    ReplyDelete
  3. pas ni huda boleh la masuk bertanding..kot ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau huda masuk bertanding ... sure tak miss semua episod ;)

      Delete
  4. honestly, semalam first time tengok seadon yang ni..menarik betul babak depat UKE ngan Ustaz Heryanto tu

    ReplyDelete
  5. Tahniah da'i hamidah memang dia ceramah ekin xtgk final tu sbb MIL ekin nak tgk rancangan dia terpaksa tgk kat on9 hihihi

    ReplyDelete
  6. ituhari diary dai episod 1, kecoh kena kecam yang time senaman tu ... time tu jer la tengok :p

    ReplyDelete
  7. sekarang dah tak dapat tengok TV ... anak-anak tenok kartun sepanjang hari uwaa :)

    ReplyDelete
  8. kali ini giliran da'i perempuan...tahniah da'i hamidah!

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)