Tuesday, December 6, 2011

Salam dari tanah air.... er... putrajaya

Assalamualaikum wbt.

Hatiku tertinggal di madinah separuh dan separuh lagi tersimpan kemas di makkah, baitullah to be specific.

Allahuakbar.... akhirnya kaki ini melangkah juga pulang ke tanah air dalam keadaan sangat tidak mahu pulang.
Allahuakbar. kenapa aku jadi begini. bila diungkapkan kata-kata ini kelihatannya aku macam orang kurang bersyukur untuk pulang.  Astagfirullahaladzim.  bukan begitu.  Aku sayang tanah air ku ini.  aku suka rumah aku di putrajaya ne,  tapi aku tidak dapat sembunyikan keseronokan dan ketenangan ketika berada di dua tanah suci yang penuh barakah itu...

Allahuakbar... Allah.... bantu aku untuk menjadi hamba Mu yang bersyukur.... Moga Allah izinkan aku sekeluarga ke sana lagi dan mungkin berada di sana untuk selamanya sehingga nyawa diangkat pergi dalam iman dan taat. insya Allah.

Semoga berjumpa lagi semua....  salam

Monday, November 28, 2011

salam dari madinah.

assalamualaikum wbt... alhamdulillah... dah sampai madinah erm mgu lps. sedih tinggalkan makkah. dah tak dapat tgk kaabah. huhu...  hm dah 2 kali ke raudhah. alhamdulillah. sekarang dah tak payah berebut macam dulu. tapi kena beratur nak masuk. dalam sejam setengah ke 2 jam,dah dapat masuk. dapat berdoa dengan tenang. tapi sekarang jemaah wanita dah tak boleh ke makam rasulullah s.a.w. boleh ziarah dan sampaikan salam dari jauh je. huhu. pastu polis wanita kat sini dah tambah perbendaharaan kata "duduk ibu melayu duduk..." haha. comel tau. habis semua dia panggil ibu melayu....

Thursday, November 10, 2011

salam dari tanah suci

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh.. Err, ne apahal pulak hp xblh enterdown.hm dah kuar huruf besar pulak. Hehehe. Macam2 le hp ne. Tak apa lah. Boleh juga pakai. Alhamdulillah.

Hmm kami baru balik daripada mina semalam, menyempurnakan wajibhaji ke 5 dan dah selesai 3 rukun haji.pagi ne ramai yang dah sempurnakan tawaf dan saei,maka mereka telah bertahalul thani dan secara praktikalnya telah selesai semua pekerjaan haji mereka. Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya selayaknya untuk Allah swt, yang mengizinkan kami menjadi tetamunya pada tahun ini.alhamdulillah. Bersyukur yang tidak terkira. Pemurah nya Allah. Terima kasih Allah. Mudah2an kami menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Kami sampai mekah pada 23 okt 2011, dengan sedikit ujian kelewatan tiba di hotel sebab tiba waktu masuk zohor,jalan ke hotel dah tutup sebab hotel berada dilaluan ke masjidil haram. Maka bas di hala kan ketempat lain yang tak sempat pulak saya tanya apa nama tempat tu. Tapi tempat tu cantik