Tuesday, May 27, 2014

Situasi Semasa Fenomena El Nino

Assalamualaikum wbt....

Nak kongsi kenyataan akhbar oleh MOSTI...

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 15 April 2014, fenomena El Nino berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara Jun dan Ogos depan, namun demikian masih terlalu awal untuk menentukan tahap kekuatannya.


Fenomena  El Nino kebiasaannya mula terbentuk pada pertengahan tahun, memuncak pada penghujung tahun atau awal tahun berikutnya dengan tempoh hayat antara 6 hingga 18 bulan.  Kali terakhir fenomena ini terjadi adalah pada tahun 2009/2010 dengan kategori sederhana, di mana ia tidak memberi impak cuaca yang signifikan kepada negara. Manakala El Nino pada tahap kuat yang terakhir berlaku adalah pada tahun 1997/1998, di mana sebahagian kawasan negara telah mengalami cuaca kering dan panas serta dilanda jerebu rentas sempadan yang serius.


Impak  El  Nino  kepada  negara  secara  umumnya  bolemenyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.

persediaan lebih awal yang boleh dilakukan bagi mengurangkan impak fenomena El Nino dan cuaca panas Monsun Barat Daya ialah:

i. memastikan mempunyai simpanan air yang mencukupi atau menyediakan  takungan  air  tambahan  untuk kegunaan masing-masing seperti kolam, perigi dan sebagainya;

ii. berjimat cermat dan mengamalkan budaya penggunaan air berhemah   mulai  sekarang.   Berdasarkan   kajian Pertubuhan    Bangsa-Bangsa    Bersatu    (PBB), penggunaan air sehari oleh setiap rakyat Malaysia adalah amat tinggi iaitu 310 liter berbanding syor piawaian antarabangsa PBB iaitu 165 liter, Afrika hanya 50 liter, India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter;

iii. mengambil kira perubahan cuaca ini dalam merancang dan merangka aktiviti   luar    dalam   tempoh   masa berkenaan; dan

iv. menggalakkan orang ramai mempunyai simpanan topeng muka apabila diperlukan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung fenomena ini termasuklah ramalan cuaca, gempa bumi dan tsunami, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1MET. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu atau melalui emel kepada mmd@met.gov.my. Pengguna juga boleh melayari laman sesawang rasmi Kementerian www@mosti.gov.my  dan  Jabatan  Meteorologi  Malaysia www@met.gov.my.

Tuesday, May 20, 2014

How Strong you are?


Assalamualaikum wbt...

Tak jawab dosa... (*_*)....
Banyak perkara saya nak coretkan... Deraf sahaja ada dekat 60... yang terkini dalam 2 minggu ne ada 5... tapi saya tiada masa nak revisit entry2 saya... normally kalau entry bersifat penulisan SERIUS saya tak simply hapdet lah... baca 7 8 kali baru hapdet...

Tapi disebabkan saya naaaaakkkk juga ada entri baru... so saya abadikan siri2 kata2 motivasi yang rakan2 saya kongsi dengan whatsApp... paling saya suka yang semut ne...



kalau motivasi saya down...boleh saya rujuk semula... hehehe....
Semoga ada manfaat untuk korang yang membaca juga ya...

random jer ne... tak ada tema.....
tata.....











Friday, May 16, 2014

Selamat hari Guru Ibuku Ayahku dan Guru-guruku...

Assalamualaikum wbt....

Guru bagaikan NTV7 kerana kena "ceria selalu"...
Kadang - kadang guru seakan TV3 kerana menjadi "INSPIRASI HIDUPKU"...
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana "DEKAT DI HATI"....
Sebab apa? Sebaaabbb.... 
GURU macam pakej ASTRO "MACAM-MACAM ADA"...

Walau apa pun, nak habaq mai... pesan guru menerusi TV AL-Hijrah...
"SEGALANYA BERMULA DI SINI"

Selamat Hari Guru... buat Ayah dan Ibuku... walau pun mereka bukan berprofesion seorang pendidik di sekolah.. tapi merekalah guruku yang mengajar ku erti kehidupan di dunia ini...
merekalah yang mengajarkan aku memegang pensil dan mengenal ABC...123... Aliff BaaTaa..
Menemani aku menyiapkan homework...
Menyemak karangan ku setiap pagi supaya aku dapat A ... hahaha...
Ajari aku matematik... minimum 50 soalan sehari kena siap ... kalau tak .... tak boleh tgk tv....
mengajarkan aku mengaji muqaddam dan al-quran...
berkorban segala wang ringgit dan keselesaan mereka demi berusaha menyediakan kami menjadi 
insan berguna hari ini....dan mudah2an insan yangs selamat dunia dan akhirat...

Terima kasih mama ayah... Kalianlah sumber inspirasi ku...

Juga buat guru-guru yang banyak berjasa dari seawal alam tadika... 
sekolah rendah (Mr. Yu Tiong Seng - the best Math teacher ever... 
Cikgu Rodzidan - my very best BM teacher...
 cikgu fuziah... my very best math teacher di sekolah menengah... 
my science teacher masa form 3 - saya belajar 6 bulan jer ngan beliau untuk cover 3 tahun punya subjek yang saya tak paham2... form 3 baru saya minat sains dan boleh dapat A... huhuhu... Alhamdulillah...
Teacher Ai - my best add math teacher...
 teacher sarojini dan Mr. Raja - my best english teacher kat skolah menengah... sampai dapat A lah BI saya masa espeyem... 
my biology teacher  - cikgu chong,
my physics teacher - cikgu ilyas, 
my chemistry teacher - ada 3 tapi tak ingat nama... owh one of them Cikgu Yusof... dia ajar best...
dan teacher apa ea namanya...saya nyer chemistry 90 tau... hehehee....
ustaz nazri - guru subjek PI... yang bagi saya PI 99% walaupun saya jawab semua soalan dengan betul... bila ditanya kenapa tak dapat 100% jawapan ustaz : "tak ada orang yang sempurna dalam hidup ne".... 
hahahaha... pun boleh lah ustaz...

semua lecturer yang baik hati di matrikulasi dan universiti... 
Dr. Norhaniza yang beri saya ber fail-fail kertas soalan past year beserta jawapan supaya saya tak fail exam... hehehe.... 
Dr. Shah - satu2nya lecturer yang ajar subjek programming yang saya boleh dapat A...
Dr. Robiah... Dr. Sutinah... Dr. Rohanin... - like my mother n sister... help me a lot...
Penasihat akademik - En.Ismail Kamis... 
Dr. Ismail bin mohamad (kami panggil beliau IBM)... asal masuk kelas jer tanya tarikh lahir orang...
Dekan fakulti Prof. Borhan kot (sorry prof tak ingat nama)... tapi Prof ne sempoi sungguh...
memandangkan beliau dekan, dan sangat bizi... kelas beliau semua kena buat awal pagi sebelum waktu pejabat beliau bermula... so saya selalu masuk lambat... satu hari tu saya dah malu masuk lambat... instead of saya cuba datang awal... saya pergi office dekan dan cakap kat PA dia sebab dia tak ada kat bilik... "Kak, boleh tak pesan kat prof, kelas pagi mula lambat 15 minit... saya dah malu nak masuk kelas asyik lewat jer... saya tak sempat nak kejar bas "  (padahal suka tidur lepas subuh sampai terlajak waktu).... heheheeh.... dan Prof pun memenuhi permintaan tersebut... 
sempoi kan... hehehee... dan hanya saya dan akak PA jer yang tahu... hahahaha...
hari ne korang yang baca belog saya pun tahulah sudah....

DAN......sekalung penghargaan buat....
 semua guru-guru yang mengajarkan saya walau sekelumit ilmu samada formal atau ilmu kehidupan...
yang saya ingat nama kalian mahupun yang telah saya kabur namamu tapi wajahmu masih segar diingatan...

Semoga Allah sayang guru-guruku selalu...
Ya Allah, rahmati guru-guru yang ikhlas mendidik ku , 
semoga mereka selamat di dunia dan akhirat....Ameen...

Akhir sekali...

Selamat hari Guru...
terima kasih cikgu...
Saya sayang cikgu-cikgu semua selalu....
Insya Allah....

~Loves... nhhas~