Thursday, April 16, 2020

Diari MCO2020 (Day 30) : Jom Masak Sotong Paprik

CATATAN SEMPENA COVID-19 
KERAJAAN MALAYSIA MEMPERKENALKAN 
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

**************************************************************

Assalamualaikum dan salam kasih sayang

Weih ini luar biasa tahap aneh tidak terjangka sama sekali.

Serious lah saya sedang mengemaskini blog.

Again? Today? I did it yesterday right?

Miahahaha.... #hikmahpkp  #tiberrrr  #bosstolongjanganbacablogsaya

Okaylah harini tak ada apa isu.

Saya sibuk membetulkan worksheet. Saya akan di transfer kelak. Jadi biarla kita sedaya upaya tinggalkan kerja kita dalam keadaan yang sebaik-baiknya agar tidak menyusahkan sesiapa. Insha Allah.

Sebenarnya patut di transfer sebelum PKP. Dah terkena PKP, maka surat tak keluar-keluar.  Maka position saya kini seumpama roh yang tergantung.
#OhmyGodseriouslakauhudadahjadirohpula #kaudahkenapa

Hahaha.... Joking. Jangan serious sangat. Alah transfer pun bangunan sebelah je. Toleh kiri kanan muka sama juga. Bukan transfer pergi Finland ke Switzerland ke Kashmir ke kan.

Okay la harini saya meluangkan masa memasak menu yang saya rasa saya tak pernah masak.  Saya rasalah saya tak pernah masak menu ni.
Sebenarnya for the pass one year, saya memang jarang memasak. Hidup saya macam dah tak ada time zone. Bizi manjang. Saya pernah balik office pukul 5 pagi dan saya rasa itu kerja gila. Hahaha. But we did it. Tapi kami tak gila. kah kah kah. Semua masih waras, Alhamdulillah.

Maka harini erm, minggu lepas saya over excited shopping barang dapur (jiran-jiran saya la ni semua benda depa arrange order, sayur, ikan, buah, segala-galanya) so saya selitlah sekali.
Oleh kerana peti ais saya dah penuh, maka Jom lah kita memasak.







Secara tiba-tiba, saya berasa ingin memasak sotong sambal kemudian saya berubah fikiran nak cuba masak sotong paprik. miahahaha. Kemain. Gara-gara terbeli 2 ekor sotong raksasa.

Erm ok tak nak bebel panjang. Cara saya masak macam ni.  Tapi tak ada lah sama macam kat kedai tom yam sebab saya membayangkan rasa paprik tu lain.  Tapi apa yang terhasil ialah sotong sambal versi upgrade. Miahaha. Belasah la. Asal ada serai ngan daun limau tu sis anggap dia paprik juga la.

So here you go. Resepi sotong paprik #dapurhuda

Bahan :

1. Tumiskan :
 - Bawang holand yang dihiris
 - Bawang putih yang di ketuk dengan lesung batu
 - Halia sket
 - Serai yang diketuk (tadi saya pakai 1 batang je sebab serai tu besar)
 - daun limau 7 - 8 keping
   *(mungkin ke kesilapan bau paprik tak naik sebab daun limau ni saya buh dalam freezer dan saya tumis bersama bawang2an?
 - Buh cabai blender (ni cili kering yang di blender, atau setengah orang panggil cili boh)

2. Selepas bahan (1) macam dah garing sket, saya buh segala mak nenek sos yang ada
 - Sos cili
 - sos tomato
 - sos tiram
 - pastu tengok macam kering sket, saya buh la air dalam seteguk. (maknanya sikit bebeno la)
   sebabnya nanti sotong akan keluarkan air juga nanti
 - buh carrot dan apa sahaja sayur mayur yang korang suka. Saya suka carrot je, jadi saya bubuh carrot sahaja
 - buh batang saderi juga.
 - buh la garam
 - ****  boleh la kalau keyakinan diri rendah, boleh juga letak kiub ayam / ajinomoto / sesudu paste tomyam  (tapi tadi keyakinan diri saya tinggi, so saya tak letak la **** sebab rumah saya memang tak ada pun ajinomoto ni. Tak pernah ada)

3. Dah masakk kuah ni, dah naik bau, buh la sotong. Masak dalam 5-7 minit sudah. Jangan masak lama, sebab nanti sotong jadi liat dan sangat keras. Kalah makan daging.

Tadaaaa
siaplah sotong paprik dari dapur huda.
Alhamdulillah.



Oh memandangkan saya nak paksa kawan saya masak, saya telah buat video untuk beliau.  Saya kongsikan jugalah video Huda Masak Sotong Paprik (a.k.a sotong sambal versi upgrade) whatever la nama kau. Makan je sudah la.



Okay semoga bermanfaat.

@loves_nhhas


5 comments:

  1. Bapak besaq sotong tu..puas makan..dapnya anak dare masak..lapo pulak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.
      besq sungguh.
      sampai pagi esok tak habis gelak.

      gara-gara beli online

      ikut suka peniaga tu je saiz tak consistent

      Delete
  2. Banyaknyaa buah, besarnya sotong. Sedapnyaaa paprik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      dah nak habis pkp baru dapat re-stock.

      tragik juga la kehidupan.
      ecewah. hihihi

      Delete
  3. Lapar tengok gambar ni walaupun x makan sotong sangat. Rajin Huda update blog ye. Saya pun x serajin ni. Haha

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)