Sunday, September 13, 2015

Check List Kursus JICA - Okinawa, Japan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh …

Aku dah lama nak buat entri ni.  Senarai semak / Checklist Kursus JICA OKINAWA. Fasiliti JICA Okinawa. Owh, JICA Okinawa juga dikenali sebagai Okinawa International Center (OIC).
Panduan yang mungkin berguna untuk next batch yang bakal ke JICA di Kepulauan Okinawa, Jepun.
Sebab semasa aku nak pergi dulu, info tentang JICA Okinawa ni macam minimum sangat yang dapat dijejaki. Tak pasti lah sebab aku tak pandai cari atau memang tak berapa nak ada. Dan mungkin boleh jadi panduan di masa akan datang bila aku perlu menghadiri kursus diluar negara lagi ... hihi.. COTI ke?  kan... 
Wan san maklumkan next batch akan berangkat selepas Raya Aidil adha,  then ada rakan ku adik nya juga terpilih ke YLP ke-2 ini, membuatkan aku rasa ingin menulis sikit sebanyak tips yang mungkin berguna untuk mereka yang bakal pergi sebab masa kami pergi dulu memang bodo2 kena goreng dengan si Shirley (dari pejabat Jica KL tu)…hihihi … sebenarnya tak boleh salahkan Shirley sebab semua pedoman yang Shirley bagi tu BENAR untuk JICA di main land tapi tidak begitu terpakai di JICA OKINAWA. Macam sangat berbezalah… Mungkin Shirley pun tak pernah sampai jica Okinawa kot…sebab Okinawa tu jauh…. Selalu orang g jica main land jer… its okay Shirley… anda telah dimaafkan… hihihi…
Okay jom cekidout … apa yang boleh saya share…

Bag
  • Bawak lah bag yang besar / banyak empty space… sebab barang kat jepun macam murah untuk personal use macam baju, kasut, uhukkk.. rugi lah kalau tak beli.  As for me… macam vengong juga lah, sbb bawak bag kecil bersaiz 24” sahaja (rasa macam tak nak maafkan diri sendiri jer… hahahaha.
  • Sila cek airlines apa yang anda naiki, dulu kami - daripada KL, depa bagi MAS, tapi dari kansai ke Naha, Okinawa kena naik JAL. JAL ada syarat baggage in term of bag size, tapi so far aku tengok bebudak tu bawak bag besar lepas je.  Majority bawak bag luggage 2 (tak termasuk bag laptop yer). So bawak lah satu bag 30” dan 20”… 24” pun boleh.   Rilex…. Tak de orang gelakkan ko. (at least batch aku pergi semua bawak 2 bag besar)… hihihi… afterall ko yang nak heret bag tu… tak susahkan orang pun.. so okay jer.



 PAKAIAN

  • Kalau ikutkan taklimat masa kat JICA KL tu … bagus punya kena goreng bawak sut lengkap blazer segala, tak boleh pakai jeans lah, tak boleh pakai baju kurung lah… sesungguhnya semua itu dusta belaka.. (pls note, only in Okinawa).
  • Kat Okinawa ni diaorang macam rilex2 je. JICA main land mungkin lebih skema dan strict kot… agaknya lah aku pun tak tau sebab tak pernah sampai.
  • Tapi kat Okinawa – rilex jer boleh pakai jeans. Aku jenguk juga kelas orang2 dari Negara lain – okay je pakai jeans dan shirt (berkolar). Tak yah nak semangat sangat pakai kemeja dengan tali leher.
  • Masa first day kelas, cikgu kiteorang, Rio san cakap tak yah lah pakai tali leher… hahahaha…sebab our gentleman pakai office attire lengkap dengan tali leher... Tapi selaku kakitangan kerajaan yang perlu menjaga nama baik perkhidmatan awam (pls note…. Kita PERGI MEWAKILI PERKHIDMATAN AWAM DAN NEGARA MALAYSIA – OFFICIAL VISIT). So sebaiknya jagalah adab termasuk berpakaian. Rakan2 yang lelaki pakai jer seluar slack dan kemeja.  Blazer kami bawak untuk tujuan official seperti lawatan ke ministry, ke pejabat polis, dan ketika graduation… aku rasa as officer, blazer tu wajib ada dan bawak lah… bukan berat pun.  Cuma aku ler macam tak puas hati sikit sebab aku suka pakai baju kurung, masa taklimat kat KL si Shirley tu dok pesan “don’t wear labuh-labuh one ar, u must bring laddies slack okay” …. Hadoiii… aku ada palazzo, ada jeans, and the rest aku suka pakai baju kurung or skirt labuh… ada lah slack sehelai dua … tapi disebabkan tak pernah pergi, maka ikutlah cakap si Shirley ni… aku pun g lah beli slack baru … giler sejuk tengah2 musim sejuk kat Okinawa tu kena pakai seluar slack…. Dah lah baju kurung bawak 2 pasang je… Sudahnya most of the time especially waktu lawatan kerja luar, aku pakai jeans aku yang warna hitam tu sebab tak nampak sangat macam jeans... (sebab aku rasa rude g kelas pakai jeans yang obviously jeans macam jeans biru tu, dan tak ada orang g kelas pakai jeans pun – utk kelas aku lah). Dahlah bawak sehelai tu je jeans. huhuhu... Tapi bagi korang2 yang kurus, tak yah risau sebab korang boleh beli jeans vanyak dan murah kat UniQlo... bagi yang size besar, bawak lah sendiri ye, sebab aku tak jumpa size besar kat sana. Orang jepun ni kurus2 sangat semuanya... Hihihi. 
  • Tapi not to worry, tak nak bawak baju banyak pun boleh…. Sebeb MESIN BASUH dan MESIN PENGERING pakaian disediakan…. Kadang2 mesin pengering tu macam sewel sikit tak berapa kering … so anda ada 2 pilihan : i.e keringkan sekali lagi (which is not good for your baju)…  atau setelah di keringkan kali pertama – anda sangkut lah sekejap dalam bilik …kena aircond, kena heater dalam bilik tu – kering juga.
  • Bawak lah sabun cuci baju yang mencukupi tau… aku bawak jenis serbuk supaya tak berat bag. 
  •  IRON tak payah bawak… semua nya disediakan.


Skema ... hihihi...
But it show respect to the organizer and we earn respect from them too...
Mr. Konda sangat terharu menerima omiyage dari kami.
Dia boss kat tempat kami visit ni ... dia pegang sendiri omiyage tu dari mula dia dapat sampai dia hantar kami balik kat bas... Yang tu memang buat kami semua terharu...

Disalah satu tempat visit... Ni tempat server sebenarnya.
server dia tepi laut yang sungguh lah nyamannya...
kami minta kebenaran nak pergi ambil gambar kat situ... hihihi...

DUIT

  •  JICA bagi elaun – tapi tak lah banyak sangat. Jika tak silap,  kurang dari separuh dari yang kerajaan bagi kalau kita pergi atas biaya kerajaan… hihihi… tapi ianya mencukupi…. Untuk 18 hari stay dapat dalam 50ribu yen cash tidak termasuk duit makan. Makan tidak diberi cash tapi diberi dalam bentuk meal kad, ada fix amount, kalau kau habiskan meal card tu dalam 8 hari, lagi 10 hari sila lah survive sendiri... Sesungguhnya meal card tu banyak jer baki. hihihi. Bagi aku cukup jer.  Aku bawak duit sendiri 32ribu yen… dan balik aku ada baki 40ribu yen lebih… bukan tak nak “habiskan”…. Kalau ikutkan hati … macam-macam aku nak beli… tapi tu lah aku bawak bag kecik sangat, dah tak muat nak membeli belah. Nak beli baru macam tak jumpa yang berkenan di hati. Kawan2 aku bawak beratus2 ribu yen dan Berjaya menghabiskan kesemua wang mereka dan siap sambung guna kad kredit…. Gila betul… hahahaha….


MAKANAN
  • Makanan halal dijamin oleh JICA… hahahaha… kalau kau yakin, kau makan… kalau tak yakin jangan makan…  Why I said that? Sebab aku tak yakin dengan breakfast sebab dia letak halal ngan non-halal sebelah menyebelah…. Memang lah JICA make their best effort utk asingkan peralatan like penyepit makanan, sudu garfu semua asing…. Tapi ko boleh percaya tak orang-orang lain tak guna penyepit tu utk ambik halal and non-halal food since dia dah letak makanan tu sebelah menyebelah. Bukan semua orang faham halal tu apa. They just know -  no pork no alcohol.   Again kalau ko yakin silakan makan… aku tak yakin, so aku just ambik roti/ fries atau makan kat bilik… after all aku bawak makanan banyak juga… berat arh bag kalau balik dan tak habiskan… Misi perlu kosongkan bag dan pergi shopping... hihihihi…
breakfast free .. so serve buffet
  • Tapi untuk lunch dan dinner iNsya Allah aku yakin sebab untuk lunch dan dinner kita order then baru dia serve.  Okay lah don’t worry … makanan bukan isu sama sekali kat JICA.
 
for lunch and dinner, choose your menu from this sample..

cutlery yang diasingkan.

salmon yang sedap. dapat makan sekali jer. uhukkk ...
  • Tapi aku bawak makanan sendiri…. Aku bawak semua jenis nasik brahims (okay tipu aku tak bawak sendiri – ahkak wahidah yang tolong bawakkan, sebab masa aku pergi tu, kat putrajaya tak ada stock brahims … akak wahidah jumpa kat area KL so aku kirim lah dia belikan… dah alang2 dia beli tu dia bawak lah sekali… hihihihi… macih kakakku… semoga Allah membalasi jasa2 mu sebab memberatkan bag mu dengan nasik2 adik mu ini… hihihihi…
  • Okay … bagusnya YLP ni sebab pergi secara beramai-ramai dak malaysia . So korang blh create group whatsApps dan pakat2 lah barang makanan yang nak di bawak… Macam kami pakat2 ada yang bawak serunding, ada yang bawak sambal - segala macam jenis sambal ada, yang tak pernah kutahu wujud pun time tu lah tahu kewujudannya, and aku bawak sambal ikan bilis goreng kering… banyak sungguh mak aku masakkan … ada kot sekilo setengah… aku buat pack kecil2…. Ramai ooo peminat… time makan bukak le makan ramai2. Owh bawak lah sweets (gula-gula) kot2 mengantuk dalam kelas… hahahahaha.
  • Tapi makanan basic lain2 bawak sendiri lah yer. Apa yang aku bawak?  Brahims rice. Roti gardenia sebuku. Tuna, meggi (sila lah bawak pelbagai perisa… hahahah tengah2 kelas tetiba aku buat lawak nak makan laksa…. Dah lah tak bawak megi laksa… huhuhuhu sedih pulak rasa), aku bawak coklat dan kurma sebab itu source of my energy…. Kalau kau sesak2 lapar, kurma cepat bagi kenyang dan senang di bawa. Aku bawak biskut sikit, mushroom soup…. Errr… tu je kot… Owh dalam team kami ada pharmacist ... so dak tecik tu lah yang mengangkut ubat-ubatan ...untungkan... hihihi...
  • Owh sila lah bawak Tupperware makanan dan eco bottle.  Kadang2 kena g tugasan luar, boleh lah tapau makanan sendiri…
  • Dan sila bawak plastic cling yang balut makanan time kenduri tu or aluminium foil.  Yang ni aku baru belajar masa aku dah sampai sana. Kak long lyana yang ajar.  Bawak cling plastic alas kat tray makanan…. X de lah ko was-was… sebab kat café … makcik café tu bising marah kalau ko bawak Tupperware sendiri sebab makanan tak boleh tapau… tapi kiteorang selamba je tapau… aku selalu tapau fries… se tupperware penuh…  ala aku kan tak makan pagi… kira okay lah tu… hahaha. 
 
aluminium foil dan cling plastic

INTERNET
  • Hahaha… ini paling sengal lah kena goreng kat KL…. Errr sebenarnya tak lah kena goreng sangat… aku baca riwayat ada seorang ladies ni g JICA Tokyo sama time dengan kiteorang, dia cakap kat class room Tokyo memang tak ada internet sebab diaorang nak suruh ko fokus dalam kelas…. Tapi di Okinawa, since ianya mmg tempat untuk membangunkan ICT, of course WI-FI is everywhere… tapi wi-fi kat kelas tak sekuat wi-fi kat hostel…  bilik aku depan router… hahah internet laju oooo besttttt… Macam - macam boleh download. Siap aku download abes twins of faith lectures.
  • AL-kisah, semasa kami menghadiri taklimat di KL, si pentaklimat cakap tak de wi-fi… semua kena guna wired internet…. And we’re like what ??? zaman canggih ni jepun tak de wi-fi? ”  Siap boss aku pinjamkan dia punya router ke hapa benda ntah namanya supaya aku boleh meng wi-fi kan bilik aku.. tak yah lah pakai wire kan… Tapi bila masuk je JICA hostel, internet laju je… hahahaha… tak yah risau okay. Nota: boss aku ni dulu tahun 2008 dia pernah mengahdiri kursus di JICA Tokyo kot if tak silap…tapi dia lagi legend lah pergi 6 bulan, masa tu anak sulung dia baru lahir…. Tabah kan… balik2 anak dah besar.  So inchi boss ni lah yang banyak bagi aku pedoman.  
  •  Masa sesi penutup memang kiteorang pesan suh JICA OKINAWA bagi taklimat betul lah apa fasiliti yang ada kepada para peserta sebab wrong information memang sangat menyusahkan kiteorang esp bab pakaian dan internet. 


CENDERAHATI
  • OKAY, orang berbudi, kita berbahasa. Memandangkan kerajaan Jepun menaja kita menghadiri kursus ini, silalah bawak omiyage untuk mereka.  Kebiasaannya kita akan dapat orang2 yang mengiringi kita sepanjang waktu rasmi kita di sana. Diaorang ni macam fasi kita lah, akan ada sepanjang masa rasmi - kelas, visit, graduation, etc.. Boleh jadi tukang order makanan, tukang translate, dan sebagainya. Macam kami ada 3 orang; mama cheih, koby san, dan Larry san.  So kami bawak omiyage untuk mereka.  Dan kami bawak Omiyage untuk SEMUA cikgu yang mengajar, dan semua tempat yang kami  ada official visit.  Omiyage ni bolehlah korang kongsi duit ramai-ramai dan share beli atau korang dapatkan cenderahati dari jabatan masing-masing.  Bawak dan pack kat sana.  Hasil pungutan dari unit korporat masing-masing, kami dapat lah sikit sebanyak omiyage yang boleh diberi dari Malaysia disamping Omiyage yang dibeli dan dibuat sendiri… hahaah…. 
kotak putih tu omiyage dari jabatan aku je.
Jabatan orang lain - mereka bawak sendiri... hihihi..
siap kami beli batik sarawak lagi... cantik ooo...
  
sesi mem pack omiyage di ruang rehat Jica Okinawa.


yeay ... dah siap packing ... 
  • Omiyage paling win ialah frame muka kiteorang…. Hahahaha… aku siap pesan “boleh tak visit kat Dept. police tak yah bagi frame muka kita – aku rasa macam wat jenayah lak ada muka kita dalam pejabat polis” …. Hahahaha…vengong kan.

Sebenarnya nak ambik gambar ramai-ramai.
dah ambik pun kat JICA KL. Tapi gambar tu kurang cantik - tak sharp.
so kena lah tempek macam ni. Pun boleh lah ye... 
siap salah eja lagi... hihihi...

 BUSINESS CARD

Okay sila bawa "business card" ye. Kad nama official ... jangan bawak kad bisness online korang pulak... hahaha ... Sebab orang jepun ni katanya ... semua ada bisnes/ pengenalan diri... termasuk lah orang pencen... hanya mafia dan yakuza jer yang tak ada or tak share kad diaorang... haha... kalo korang g visit mana2 mesti ada orang nak exchange kad dengan anda. 
Haritu kiteorg ada "global session" ... lagi lah perlunya ada bisness card tu...
So jangan lupa bawak ya.

JAGA ADAB

Jaga adab, jaga akhlak, jaga solat dan rahsiakan rahsia kerajaan.  Jangan simply share everything okay.  Bertapis lah sikit ketika knowledge sharing session, assignment and etc..  Only share what ever available in official web or released document.  Hihihi…kadang-kadang eksited sangat sampai terkeluar semua cerita… it should not be okay…  Bab solat pulak,  korang tengok lah waktu solat dan jika kelas tu terkena waktu solat, sila lah berterus terang dengan pengiring korang minta dia nego untuk re-arrange jadual kelas supaya tak ganggu waktu solat ... so far tak ada masalah... Mereka sangat memahami.

Okay ... sebenarnya ada lagi nak letak tapi boleh lah tu dulu yer.  Ada kesempatan nanti sambung. Tetiba aku terlupa apa nak tulis... hahahaha....

okay ... semoga bermanfaat ... Untonglah dapat pergi churaumi aquarium dan tokyo ....  sob sob sob.
#Jeles.

@Loves NHHaS

16 comments:

  1. Thanks sharing, sangat berguna..")

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi kursus mcm ni..dapat duit poket lagi..yg best tengok budaya kerja mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayyakk duit poket tu tak seberapa pun. Tidak boleh menabung pun...
      60hengget je sehari if x silap. Hihi. Yang penting ilmu... dan pngalaman sgt banyak... semoga ianya bermanfaat. Insya Allah.

      Delete
    2. Ayyakk duit poket tu tak seberapa pun. Tidak boleh menabung pun...
      60hengget je sehari if x silap. Hihi. Yang penting ilmu... dan pngalaman sgt banyak... semoga ianya bermanfaat. Insya Allah.

      Delete
  3. SS suka Japan... Rasa nak merepeat lagi... He He He...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Japan international cooperation agency...

      Kotttt
      .. hahaha... cer google

      Delete
  5. apakah syarat or bagaimana boleh terpilih untuk attend kursus ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis JM buka eSila JPA... nnt if ada iklan... dia bg syarat2 nya.
      Biasanya course d buka ikut skim dan tajuk course.
      Syrat nk g JICA sgt strict... karangan bnyk sgt

      Delete
  6. mengidam utk jejak kaki ke Okinawa plak

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)