Friday, October 13, 2017

Siti Khadijah bt. Khuwailid - 4 Keistimewaan Menjadikannya Tetap Unggul

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...

Jarak usia antara Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah ketika mereka melangsungkan perkahwinan ialah 15 tahun Nabi S.A.W. masih berusia remaja sedangkan Khadijah sudah berusia 40 tahun. Bagaimanapun faktor usia tidak menghalang keduanya untuk menjalani kehidupan bahagia, rumahtangga di antara seorang pemuda yang berbudi mulia dengan seorang hartawan wanita. Sebelum itu Khadijah telah dua kali mendirikan rumahtangga, suami pertamnya bernama ‘Utiq bin A’id at-Tamimi. Setelah berpisah dengan suami pertama, lalu Khadijah bernikah pula dengan Abu Halah at- Tamimi atau nama sebenarnya ialah Hindon bin Zurah.
(dengar kat IKIM - jika tak silap her first 2 husband passed away - wallahualam)

Sepanjang menjalani kehidupan rumahtangga bersama Khadijah, Rasulullah S.A.W. menyifatkan Khadijah sebagai “Khairun Nisa”, iaitu sebaik-baik wanita contoh yang wajar diteladani oleh muslimat sepanjang zaman, segala tingkah laku sama ada cara beliau melayani suami, mengasuh anak-anak caranya melayani waris sendiri dan cara melayan waris di pihak suami.

Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ali; bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Sebaik-baik wanita zaman dahulu ialah Siti Maryam, dan sebaik-baik wanita di zaman aku ialah Siti Khadijah.”

Rasulullah S.A.W. ketika bercakap mengenai arwah isterinya Siti Khadijah, lazimnya sentiasa memuji-muji sifat dan pekerti mulia yang telah ditunjukkan olehnya, dan situasi ini kadang-kala menyebabkan hati kecil Siti Aisyah terusik.

Seperti yang telah diriwayatkan bahwa pada suatu hari, Nabi. S.A.W. memuji-muji tentang Siti Khadijah dihadapan Siti Aisyah, maka berkata Siti Aisyah kepada Nabi S.A.W.

“Wahai Rasulullah, bahawa Khadijah itu tidak lebih dan tidak kurang hanyalah seorang perempuan tua, kini Allah S.W.T. telah menggantikan perempan tua itu dengan yang lebih baik darinya.”

Kata-kata Aisyah itu menyebabkan Nabi S.A.W. merasa marah, lalu Nabi S.A.W. menyangkal kenyataan Aisyah dengan sabdanya:

“Demi Allah, sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menggantikan Khadijah dengan perempuan yang lebih baik kerana Siti Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuri aku. Khadijah membenarkan kata-kataku ketika orang ramai mendustaiku. Khadijah memberikan simpati yang tinggi dengan mengorbankan harta kekayaannya demi kejayaan dakwah Islam, Allah S.W.T. mengurniakan zuriatku melalui Siti Khadijah, sementara isteri-isteri yang lain ditakdirkan tidak melahirkan zuriatku

Sumber: Sirah Nabawiyah (oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)
25 Mac 2010.

Entri ulangan edisi kemaskini 13.10.2017
Selepas 7 tahun aku kembali mengenang entri ini yang mengundang air mata tatkala mendengar lagu Siti Khadijah dendangan kumpulan InTeam dan sulaman hadis yang dibacakan dalam perjalanan ke kuliah setiap pagi perihal sirah nabawiyah.  Terasa betapa istimewanya wanita hebat ini dan betapa cintanya baginda Nabi s.a.w terhadap saidatina khadijah.  Semoga Allah mengizinkan kita menjadi wanita solehah terbaik dunia dan akhirat. Insya Allah.
She is just so much inspirational woman to me.

Siti Khadijah Serikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati
Serikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah Hasanah tauladan ummah
Tika rasul terpinggir 
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah


Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti



Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah 
Masih ada lagi

4 comments:

  1. kerana itulah dia dipilih menjadi 'tulung rusuk Rasulullah' - sebaik2 umat - sebaik2 wanita

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tuan tanah sihat kaa

    ReplyDelete
  3. Ummul Mukminin sejati...seorang hartawan yg dermawan..sangggup berkorban harta demi agama Allah..

    ReplyDelete
  4. mampukah kita bersyukur dan tidak merungut seperti saiditina Khadijah..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)