Assalamualaikum wbt...
Hmmm okay... kita lupakan kisah kesedihan semalam gara2 surat chenta JPJ = AES...
Tak apalah... dah buat salah ... kita tgk lah nanti macam mana kita boleh selesaikan masalah bayar saman tuh... huhuhuhu mahainya.... 300 tuh...
BTW, minggu lepas, rakan2 opis dok sembang lah pasal giliran diaorang nak pergi haji... bersekali dengan sembang2 petang pasal isu harga rumah yang makin tak masuk akal punya mahal...
Kawan2 opis saya, majoriti dah berkahwin dan mereka ramai juga yang dah beli rumah... So sekarang mereka dalam misi nak tunggu giliran ke "rumah Allah"... tapi sambil gelak ramai2... giliran mereka ada yang ketika umur dan 84 tahun, 75 tahun... tak ada yang umur 60 tahun pun... seorang rakan ne pulak siap nak p argue dengan tabung haji.... jangka hayat penduduk malaysia kan ke 72 tahun bagi lelaki, 77 tahun bagi perempuan... (sumber SINI) yang pergi bagi giliran sampai 84 tahun tu pasal apa... hehehehe... saya gelak jer sambil berkata..." yang hang tak p daftar awal tu pasal apa... nak kata tak dak duit, kaya dari aku" ... boleh tak alasan kenapa depa tak daftar sebab TH tak sediakan pendaftaran online n malas nak p kaunter.... hahahaha... yer lah tu.... seorang lagi kawan menyampuk... "tak apa lah, kita simpan duit, nanti kita pergi pakej..." sambil toleh kat saya "huda, awak pergi dulu pakej apa dan berapa ribu?"...
maka bermulalah kerja tak rasmi kami minggu lepas pergi google kos nak pergi haji... saya terus shoot tengok kat THTS sebab masa tu saya sekeluarga pergi dengan THTS...
nota: Jangan salah faham saya potong Q yer... saya dah daftar lama dah... tahun 2006 sebaik sahaja graduate dan kerja 3 bulan, terus saya daftar pergi haji. Masa tu atas kertas TH tulis giliran 2013, tapi orang TH kat cawangan TI cakap biasanya dapat pergi 2 tahun lebih awal i.e. 2011, insya Allah... maka since 2006 saya dah tekad dalam hati nak pergi haji 2011... masa tu kerja swasta lagi... cuti tak banyak... abah tanya kalau masa pergi nanti tak dapat cuti macam mana? dengan yakin saya jawab "tak apa... berenti jer kerja cari kerja lain"... hah kau... begitu yakin dan tenang nya saya jawab... tapi Allah tu Maha Kaya.... 2007 (disember) saya dapat kerja gomen... walaupun gaji kecik berbanding di swasta, tapi cuti banyak... siap ada cuti haji lagi... antara menda terawal saya semak bila kerja gomen... "kelayakan cuti menunaikan haji"... habis dah pekeliling cari, call cc - ada sorang kerani tu bagitau kena minimum 4 tahun servis... saya kira2 2011 (oktober) - tempoh berkhidmat baru 3 tahun 10 bulan... aiseh, macam mana ne... so saya mula menyimpan cuti dari tahun 2009... dan akhirnya... pada pembukaan tahun 2011, cuti saya ada 80 hari +++ hehehehe.... cukup lah nak pergi haji... tapi lebih best lagi, masa saya dah nak berangkat ada pegawai kat admin cakap "cik layak lah guna kelayakan cuti haji 40 haritu, kan ke cik dah disahkan dalam jawatan".... yeaaaahuuuu.... alhamdulillah.... (tu ar, baca pekeliling tak update...hehehehe)....
eh tadi bukan nak cerita pasal harga pakej haji dah naik ke? hehehehe... always lah menyimpang cerita budak sorang ne...
btw, hasil "peng google lan" saya mendapati.... WOIIIIII mahalnya pakej THTS 2013... pakej yang saya pergi 2011 tu dah tak ada dah... mungkin hotel tu dah kena roboh dah kot... rasanya 2012 haritu saya check ada lagi pakej tuh. huhuhuhu.....
korang tengok neh... 2013 pakej yang paling murah pakej AQIQ ; rm29ribu (kurang 10 hengget 30ribu)...
bawah ne pakej haji tahun 2011...
paling murah delima (rm19ribu)
beza dengan yang paling murah pada tahun 2013 adalah sebanyak 10.5 ribu...
so... simpan duit dan doa banyak2 na...
gayatnya...
apapun saya terkenang statement ne dari adek kesayangan saya, sebab ada insiden masa nak pergi ne... disamping nak pergi haji, saya tengah survey nak beli rumah... tapi saya amat tak mampu nak buat keduanya serentak... harga rumah terlalu mahal... keinginan nak pergi haji adalah dari usia saya 14 tahun... mana boleh lepaskan....
sebenarnya masa kami dah nak pergi, menjelang puasa, pakej no.2 termurah yang kami daftar tu (tak ingat Aqiq or Intan) di BATALKAN kerana
masalah THTS dengan hotel di makkah (kalau x silap), nak patah balik pakej yang
lebih rendah, dah penuh, nak ambil 1 pakej lebih mahal pun dah penuh, maka
kenalah ambil one step further.(tapi tak lah sampai ke pakej nilam...) Bajet ada
cukup2 jer untuk pakej asal, Allah.... Allahuakbar... Allah cukup kan belanja di
saat-saat akhir... Alhamdulillah...
masa saya dah susah2 hati fikir pasal duit nak pergi haji dan duit nak beli rumah, rilex jer adek saya jawab... "tak apa ngangah, ngangah tak pergi haji pun, belum tentu angah mampu/ dapat beli rumah...ntah2 duit angah abes sebab kena saman ke, eksiden ke, kete rosak ke... hah rugi betul... baik kita rilek2 gembira2 dan bersyukur jer dapat pergi haji, g buat dengan tenang, semoga dapat haji yang mabrur, untung2 Allah bagi kita rumah dalam Syurga"... Allah... berlinang air mata tau dengan kata2 motivasi dari budak kecik tu.... motivator yang cukup bagus budak ne... i love u adek... waaaahhh angah rindu adek... meh bagi angah pinjam 100 dollar wat bayar saman... hahahaha.....
okay2 ... back to the story... jom saya nak kongsikan salah satu kaedah dari ribuan kaedah yang boleh dibuat untuk rayuan kuota haji...
semasa menunaikan haji 2011, saya buat cam gini (atas nasihat orang
TH caw. KL dan TI):
1.SEBAIK sahaja KT 1, 2010 (sekitar Dis. 2010) mendarat balik malaysia, esoknya terus submit surat rayuan ke TH terlebih dahulu : emel seperti berikut (saya buat surat rasmi) th-info@lth.gov.my
takpun, rujuk web site "TABUNG HAJI" - http://www.tabunghaji.gov.my/
1.SEBAIK sahaja KT 1, 2010 (sekitar Dis. 2010) mendarat balik malaysia, esoknya terus submit surat rayuan ke TH terlebih dahulu : emel seperti berikut (saya buat surat rasmi) th-info@lth.gov.my
takpun, rujuk web site "TABUNG HAJI" - http://www.tabunghaji.gov.my/
p/s: surat rayuan saya bertarikh 13 Dis. 2010... saya emel jer... tak anta by pos pun... tapi sebelum tu, semasa middle 2010 rasanya, saya dah nyebok2 dah pergi hantar emel pemakluman kt th-info tu bagi pemakluman awal kat diaorang yang saya nak pergi haji... hahahaha...bila ingat2 balik kelakar betul perbuatan ne... nasib baik tak kena marah mahupun kena black list.... semangat betul saya nak pergi...
2. BERSEGERA ke cawangan TH or THTS terdekat dan isi borang untuk pergi secara berpakej. kemudian sertakan sekali surat rayuan yang TELAH dihantar ke TH. THTS akan buatkan permohonan sekali lagi untuk kita.... (atau bersegera lah pergi travel agent mana yang korang nak ikut, untuk isi borang, nnt diaorang akan tolong follow up dengan TH... pastikan pergi dengan travel agent yang berdaftar untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari...).
3. BERDOA dan BERTAWAKAL SETIAP SAAT. punyalah nak pergi, hampir setiap langkah kaki saya dalam tahun tersebut saya berdoa nak sangat2 dapat pergi... buatlah solat taubat dan solat hajat setiap hari. Kalau tak mampu bangun tahajud, buat lepas isya... memanglah bagusnya bangun di tengah malam... kena mujahadah lebih sket tuh ;-).
2. BERSEGERA ke cawangan TH or THTS terdekat dan isi borang untuk pergi secara berpakej. kemudian sertakan sekali surat rayuan yang TELAH dihantar ke TH. THTS akan buatkan permohonan sekali lagi untuk kita.... (atau bersegera lah pergi travel agent mana yang korang nak ikut, untuk isi borang, nnt diaorang akan tolong follow up dengan TH... pastikan pergi dengan travel agent yang berdaftar untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari...).
3. BERDOA dan BERTAWAKAL SETIAP SAAT. punyalah nak pergi, hampir setiap langkah kaki saya dalam tahun tersebut saya berdoa nak sangat2 dapat pergi... buatlah solat taubat dan solat hajat setiap hari. Kalau tak mampu bangun tahajud, buat lepas isya... memanglah bagusnya bangun di tengah malam... kena mujahadah lebih sket tuh ;-).
Tapi
saya dah daftar dari tahun 2006. menghadiri kursus haji dari 2009-2011 di
beberapa tempat. mula merayu dari tahun 2010 tapi memang dah mentioned nak pergi
2011....
Owh yer... kalau korang tanya ... camna nak pilih pakej haji yang best ... jawapan saya... saya tak tahu... yang ada dalam senarai pertimbangan saya THTS, Gemilang travel, dan andalusia jer... tapi my abah insist nak pergi dengan THTS, so saya ikutkan sahaja... tapi THTS memang agak mahal berbanding andalusia... gemilang, lebih kurang jer... Rayhar dan felda travel pun antara yang okay...
bag galas rayhar chantek oooo kaler purple... hehehehe.....
yang penting doa lah sungguh2 dapat tempat yang best... guru pembimbing yang best... rakan jemaah yang best... dan Allah terima kita sebagai hamba Nya yang the best....
Sebenarnya banyak juga ujian nak pergi ne, macam saya tulis kat atas tadi .... menjelang puasa, pakej no.2 termurah yang kami daftar tu di BATALKAN kerana
masalah TH dengan hotel di makkah (kalau x silap), nak patah balik pakej yang
lebih rendah, dah penuh, nak ambil 1 pakej lebih mahal pun dah penuh, maka
kenalah ambil one step further.(tapi tak lah sampai ke pakej nilam...) Bajet ada
cukup2 jer untuk pakej asal, Allah.... Allahuakbar... Allah cukup kan belanja di
saat-saat akhir... Alhamdulillah...
Sebenarnya semasa raya pun kami (saya dengan adek jer) masih tak
dapat pengesahan tempat utk menunaikan haji... Dalam hati dah sedih sangat...
sebab dah raya aidilfitri masa tu tapi masih belum dapat jawapan. Akhirnya...
sehari sebelum tanggal 16Sept.2011 (hari malaysia), cek online, baru dapat
tawaran.... saya cek online setiap hari berkali2 dari 1st Syawal 1432h tew... punyalah nak pergi sampai termimpi2... saya siap dah nampak nama saya dalam senarai yang dihilite kaler kuning... ada nama adek... masa tu tak tau pun tu senarai haji... tapi bangun tidur terus senyum sambil berdoa, moga2 senarai nama yang nampak dalam mimpi tadi tuh adalah senarai nama yang dipilih nak pergi haji....berdebar pergi kerja, sambil doa agar nama naik...
Allahuakbar.... Hanya Allah yang tahu perasaan ketika cek online 15 Sept. 2011 tu dan dapat tawaran pergi haji... senyum
sampai ke telinga... dan lusa terus join kursus haji perdana kat perak sebab kami jemaah haji dari Perak...(cerita pergi kursus haji perdana saya cerita lain kali kalau ada kesempatan, Insya Allah)...
Apa2 pun...
Alhamdulillah... Persediaan dan perjalanan haji selama 7 tahun i.e. dari mula
daftar 2006 hingga tarikh pergi 2011, banyak mengajar saya satu hakikat dan
nikmat yang saya tak pernah rasa sebelum ini iaitu PUT YOUR TRUST ON ALLAH...
selama ini kata2 itu sebagai 'trademark' saya je di uni, tapi tak betul2 yakin
dan penuh penghayatan.... tapi 7 tahun ini, Allah didik saya sampai dapat
KEYAKINAN itu... Allahuakbar...
kalau korang ada kuota agensi ke, kuota menteri ke, saya rasa tak salah kot kalau korang cuba buat rayuan untuk pergi... merayu jer... jangan merasuah orang2 terlibat... jangan ambik hak orang... buat rayuan ikut prosedur... kalau ada rezeki, insya Allah sampai.. yang penting usaha dan doa, tawakal pada Allah... apa rayuan yang saya tak buat? macam2 saya cuba ikhtiarkan dengan izin Allah... sebenarnya kalau Allah dah memang takdir nak pergi, Allah akan takdirkan/lorongkan sekali jalannya... yang penting kita kena usaha, betulkan niat dan yakin dengan Allah... Insya Allah... antara yang pernah saya buat:
I wrote a letter ke emel tah kat JAWHAR, pastu i minta tolong kat ustaz dan ustazah yang merupakan guru2 pembimbing TH buat follow up tentang senarai nama dan kuota... sampai masa kerajaan saudi keluarkan 10 ribu kuota tambahan, saya terpandang shout kat wall FB ustaz hasnil abu bakar - suruh sms or emel beliau kepada yang dalam waiting list kalau2 beliau boleh bantu untuk dapatkan tempat dalam 10 ribu kuota tambahan tu...
i did semua yang i mampu... supaya i sampai.... Alhamdulillah... thank you Allah... nikmat menunaikan haji adalah salah satu nikmat terbaik dalam hidup saya....alhamdulillah... thank you Allah... semoga Allah terima amalan kita semua.... ameen.....
sebenarnya masa 2009 dam 2010 ada orang offer saya pergi ikut kuota kementerian... tapi saya tak kerja dengan kementerian tu... so saya tolak... lagipun saya dah set dalam kepala saya since 2006, saya nak pergi tahun 2011... apa jadi pun nak pergi 2011 jugak... (tak tau kenapa....) so bila 2011 saya tak dapat lagi surat, saya sangatlah sedih dan stress.... tapi ada sikit jauh dalam hati saya, saya sangat yakin saya akan pergi tahun tu jugak... tak tau kenapa... hehehe.... apa2 pun...
alhamdulillah... thank you Allah... semoga Allah terima amalan kita semua.... ameen.....
4. Rayuan kepada Pencipta... Rayuan kepada Allah... sebab yang jemput kita, kuota kita... bukan dari Tabung Haji, bukan dari kerajaan Arab Saudi... tapi dari Allah S.W.T....
Buat rayuan habis-habisan dengan Allah... Allah the Almighty... Allah the Merciful... Allah akan perkenankan doa-doa hamba Nya sesuai dengan apa yang patut kita miliki...Insya Allah...
Kuncinya, mohonlah, berdoalah kepada Allah agar
menjemput kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar beri kita "bersedia".
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesempatan masa.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kecukupan belanja dari sumber yang halal.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Nya.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi teman yang baik dalam perjalann kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar bagi kita kecukupan ilmu yang benar dan bermanfaat untuk diamalkan...
semoga bermanfaat...
Mohonlah kepada Allah SWT agar beri kita "bersedia".
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesempatan masa.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kecukupan belanja dari sumber yang halal.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Nya.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi teman yang baik dalam perjalann kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar bagi kita kecukupan ilmu yang benar dan bermanfaat untuk diamalkan...
semoga bermanfaat...
stay tune... stay
alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH....
hehehehe....
********************
salam sayang
semua...nhhas...
done follow sini no. 14
ReplyDeletesudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
ok sister... done...
ReplyDeletetake care n keep in touch yo...
la ni kerajaan arab saudi limit usia pulak sebab SARS. bertambah rumit nak p haji..
ReplyDeletekak setuju dengan kata adik huda tu. kalau nak fikir2 memang dengan gaji gomen cam kak ni tak mampu nak ikut pakej haji rm38++ tu. tapi tak tahulah, rezeki Allah tu datang berbagai cara. kereta tak rosak, anak tak sakit, duit makan cukup aja..tau2 dalam TH terkumpul tahun demi tahun. kita pun niat lama dah, duit dalam TH utk p haji bukan utk bayar cukai kereta, buat raya and so on (zaman lagha memang ada niat begitu)
camnapun..kerja haji bukan hak mutlak manusia, juga bukan hak TH. haji hak Allah. dah buat rayuan, dari jemaah rayuan, then naik ke luar kuota..selagi Allah tak jemput..kak redha ja..
betul kak aneem...
ReplyDeletesangat setuju... banyak ke sikit, berkat tu yang penting... betul cakap akak... bila kita dah niat tu, kalau Allah nak jemput, cukup jer belanja kita... Insya Allah... ada jalannya... (dah macam lagu maher zain) hehehe...
thanx kak....
tertarik dengan entry ni... wahh umur 75 baru dapat turn.
ReplyDeletenasib baik la awal-awal dah daftar, sebelum beli rumah lagi ;) so takdelah kena tunggu sampai 75 tahun :p
BW giliran tahun bila?
DeleteAssalamaualaikum.
ReplyDeleteGreat story...
subahanallah panduan yang terbaik sekali tahnia
ReplyDeleteSemoga bermanfaat... insya Allah
DeleteSubhanallah..panduan dan pengalaman yang baik.
ReplyDeleteniat saya ada..cuma cara tu tak kena gaya.
entry sis banyak naikkan semangat saya kembali untuk berusaha dengan cara yang betul dan In Shaa Allah,, Allah permudahkan rezeki saya.
Ameen..Ya Mujib
abah insist nk pg dgn THTS..
ReplyDeleteboleh sy tau knp?ape kelebihannya😁
sy dlm proses search pakej terbaik...
kalau pergi dgn pakej luar yg masih brdftar dgn tabung haji ok x?yaskin ok ke?sbb sy aim 2019..3 tahun lg tkt xsmpat dgn tabung haji..plg pnting sy nak yg hotel dekat sbb mak xsihat sgt so senang sikit kalau dkt...doakan sy betul2 brjya jjk kaki ke mekah pd 2019 nt brsma mk ayh & suami...amin aminn
Sebab abah takut pakej lain tu menipu... or tak dapat kuota yg bnyk mcm TH...
DeleteBiasanya THTS dpt kuata lebih (ni andaian kiteorg je kot)...hi hi hi...
Ada pro n con lh...
g TH ni mcm hampir yakin ada tempat dan tak kena tipu... kes2 visa tak lulus last minute Insya Allah tak berlaku...
proper place to stay ... proper food... insya Allah... ustaz2 pun best (ikut nasib juga)...
Yg x brapa best pulak :
Bayaran lebih mahal dari pakej2 yg lain...pastu hotel lebih jauh lak dari pakej lain yg byr lbh murah (sy ambik cth perbandingan THTS vs andalusia)... sbb hari2 sy lalu dpn hotel yg mnmpt kn jemaah pakej andalusia... hi hi hi..
tp hotel tu dh kna roboh... so x sure lh skrg mcm mn....
skrg senang ... u tgk pakej offer hotel apa... n cek kt google maps n apps... tgk distance utk d buat perbandingan...
tp my suggestion... g thts pun ok... if u hv extra budget sbb kuata lbh bnyk dan insya Allah x rasa tertipu...
Cuma x best thts ni (masa sy g dulu lah)... diaorang x sedia kn mutawif dlm bas yg bwk kita g miqat utk umrah ... thts sedia kn bas je... so dlm tu pandai2 sendiri lh dgn pngisian... niat ke ilmu etc...
U blh dpt kn nm agensi yg d beri lesen tu dgn tabung haji... diaorang akn bagi... so deal dgn yg berdaftar terus. Jgn deal atas individu... tu yg bnyk kna tipu... kdg, bukan org tu tipu sgt - tapi diaorang pun harap kuota atas orang lain... so dh 2 3 layer kt situ... duit dah byr kannnn... ha pastu x dpt visa ... dh rasa tertipu...
DeleteTp ant pakej2 yg reliable : andalusia... rayhar... errrr apa lg ea... x ingat pulak... hi hi hi...
TAPI... apa2 pun sis....yang TERBAEK itu exclusively from Allah ... hak Allah...
ada je kwn2 sy dpt g muasasah dpt hotel jauhhhhh lebih dkt ngn masjid banding kita yg byr pakej ni... rezeki masing2 lah...
Oleh itu... MINTA DENGAN ALLAH dengan IKHLAS dan sungguh2 agar Allah berikan sis FIRST CLASS trip... insya Allah...