Friday, January 6, 2017

Sexual Harrasment

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

PERINTAH DARI ALLAH : PASTI PUNYA HIKMAH
Sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya. 
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur".

Artikel PENUH pada CAPAIAN INI : AURAT WANITA : Apa Sudah Jadi
Artikel di atas ini di petik dari penulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.


Pesanan ahkak pula... 

Berusahalah.
Bukan demi fesyen.
Bukan demi trend.
Bukan demi hipokrasi.
Berusahalah walaupun payah.
Benar bukan semua yang bertudung itu orang baik.
Tapi sekurang-kurangnya dia cukup baik sebab tak buat orang lain berdosa ter tengok aurat dia.
Benar bukan semua yang pakai tudung itu suci hatinya.
Tapi siapa kita untuk menghakimi dia.
Sama seperti si #kononMuslimah - jangan pandang rendah kepada yang belum menutup auratnya dengan sempurna.

Setiap hari semua orang sebenarnya sedang usaha untuk jadi baik.
Berusahalah yuk.
Step by step.
#pesan2dengankebenaran
#pesan2dengankesabaran

Semoga bermanfaat ...

@loves_nhhas


#Hipster vs #chipster.
#motivasinhhas
#selfnote
#tegurTandaSayang
#pilihjadidirisendiri
#pilihjadibaik
#pilihpergisyurga
#usahaSampaiJaya

Insya Allah

18 comments:

  1. terima kasih atas peringatan, Huda..akan cuba perbaiki diri.

    ReplyDelete
  2. Assalam kak huda! i like your entry ! :D
    teguran untuk semua! :)

    ReplyDelete
  3. syukran...berdakwah dgn kasih-sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy paste je kak.

      selalu terfikir bab Sexual Harrasment tu dan yang pakai seksi seksa ni boleh merisikokan orang lain pulak yang ditimpa musibah contoh macam rogol etc...
      tapi tak reti nak tulis / sampaikan dengan baik...

      tiba-tiba terbaca kat belog UZAR - rasa menarik untuk dikongsi.

      tapi tak copy habis tu. baca ending kat belog UZAR ... hmmmm lagi lah ... DEEP.

      Delete
  4. Mula baca ingat salah taip ustaz tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. sabo je lah mak.
      tak layak saya ni nak bagi kuliah wahai mak.
      saya ni yang kena g kuliah.

      hihihi ...

      Delete
  5. Gambo model dan detail teguran tu cantik..miss V yer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mizzNina share kat ig dia. hihihi.
      asal usul tak sure dari sapa picture ni.

      tapi teguran yang baik dari pelukis tu kan.

      Delete
    2. Ya..teguran secara berhemah dan lembut..mudah orang nak berfikir dulu dan terima

      Delete
    3. picture tu zyraroxx yg punye., shall be credited to her., blogger fren wak jugak., ;p

      Delete
    4. ni blog cik zyra yg kreatip tuuh.., jgn ckp wak x payong yee ;)

      http://zyraroxx.blogspot.my/?m=1

      Delete
  6. Selalu bila sexual harassment dikaitkan wanita yg jadi mangsa tapi tanpa sedar ramai wanita sebenarnya yg buat harassment terhadap kaum lelaki. Kesian lelaki jadi mangsa ye dak?

    Sementara usia masih diberi peluang sama-sama kita beringat - dunia sekejap aje.

    ReplyDelete
  7. Saya belum lagi tergoda dengan melihat wanita yg berpakaian terdedah atau pun bertutup lingkup. Jadinya, saya pun tidak akan goda mereka. To long to explain my reason. Maybe talk later.

    ReplyDelete
  8. Adeh!! Ingatkan cik manisah yg bg kuliah 😬

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)