Monday, December 7, 2020

Apa itu Gig Economy

 What do you know about gig economy?

Sebut dah macam hipster dah. hahaha.

Kalau ikut kamus, gig tu maksud mudah dia temporary.

Kalau ikut asal usul gig ni - dia muncul sebab gig performance dalam music/ street music. Rasional dia, orang music buat performance kan bukan selamanya. Akan ada pengakhiran. So key dia temporary.

Tapi gig economy - betul ke macam tu?

Economy yang sementara?

Dulu-dulu zaman mak ayah or kakak abang kita, nature nya kalau dapat keje gomen, seseorang tu dikira bertuah yang amat.

Sebab full time job dan secure job, and key point dia ada pencen, pastu kalau sakit boleh p spital kerajaan.

Pastu seiring dengan peredaran zaman, ecewah zaman kita (eh zaman saya la - sebab "kita" tu subjective la pula bergantung sapa yang baca kan.... hihihi).

Ok zaman saya, we always tot that orang yang dapat kerja private, mnc, glc, perh kira hebat tau. Sebab kerja tetap, gaji banyak, dapat profit sharing, bonus, medical benefit, etc.

So key point dia dulu2 orang nak cari kerja tetap dan secure. Tapi mungkin dulu2 kerja boleh balik on time, still ada masa untuk buat aktiviti lain selain daripada kerja hakiki, ada masa dengan keluarga etc.

Tapi sekarang, kerja macam tak sudah2, tak habis2, So banyak dah beralih nak cari kerja yang ada work life-balance.

Maka seiring dengan kemajuan teknologi dan peningkatan / pengukuhan ekonomi.... nature tu berubah lagi.

Bukan semua orang look forward nak kerja gomen or nak kerja mnc.... tapi mungkin nature sekarang nak cari kerja senang i.e. flexible dan boleh susun jadual sendiri sebab nak ada freedom. Depa kalau boleh nak kerja dari atas katil je. Duit dihujung jari. Tapi ada juga flexible ni bagi sesetengah orang tapi pekerjaan yang sama tu as itu je la option yang seseorang yang lain tu pula ada. Contoh macam rider food delivery. Ada yang jadi rider tu saja suka2 nak cari duit poket, tapi ada yang betul2, tu je pekerjaan yang dia boleh buat dan dah jadi full time and main source of income dia.

So semakin hari semakin susah nak ukur pergerakan ekonomi yang melibatkan pergerakan manusia yang dinamik.

Kalau ikut term dan definisi ILO, ada 2 standard utama yang diguna pakai iaitu:

1) International Classification of Status in Employment (ICSE) - ni pecah 2 lagi iaitu "type of authority" dan satu lagi type of economic risk", 

dan standard kedua ialah:

2)International Classification of Status at Work (ICSaW)

Versi dulu2, status of employment ni ada basic 6 je. 

Employer,

Employee,

own account workers,

members of producers'cooperative,

contributing family workers (atau kalau kat sini digunakan unpaid family workers) dan

workers not classifiable by status. ni versi icse-93 kalau tak silap.

yang recent depa bincang icse-18 (merujuk kepada conference tahun 2018 kalau tak silap), list dan definisi status of employment tu makin panjang dan details. Which you'll find term such as dependent and independent worker with or without employees, crowdwork, just-in-time workforce and many more (boleh rujuk di laman web ILO). 

sorry sebab dah tak rajin nak tulis. hihihi....

So berbalik kepada gig economy ni, kebanyakan study adalah tentang orang yang kerja ada platform dan biasanya menggunakan digital platform. Digital platform ni pula terbahagi kepada 2 la at least iaitu berasaskan web (contoh freelance market place, jual beli online tu kan macam fashionvalet, shopee etc, pastu yang jadi youtubers / creative content, teaching online, eh ngajo buat kek online pun ada and a lot more sampai tak terkira). Dan satu lagi platform berasaskan lokasi contoh macam uber, air bnb etc.

Tapi tengah2 depa study, depa dok terfikir balik ehhh tadi kata gig tu sementara - so tak kisahla ada platform ke tidak kan. Haaa sudah. confuse.

Macam ada satu research paper kat uk ni : Gig Economy: Introduction (House of Lords Library Briefing) Author: James Ainsworth, 2017, dia study gig workers/ economy ni berasaskan 6 sektor iaitu Taxi Driving, Food Delivery, Good Couriers,Skilled Manual Labours, Unskilled Manual Labours, dan yang ke-6, Professional, Creative and Administrative Labour

Sebabnya kewujudan bentuk ekonomi baharu ini yeah turut memberi isu dan ancaman kepada ekonomi tradisi contoh:

uber vs taxi

airbnb vs hotel

etc.

Dan disebabkan pergerakan kerja yang dikerjakan yang menghasilkan income ni terlalu robust, maka setiap pengkaji yang menjalankan kajian akan define sendiri apa term gig yang diaorang nak pakai dan nak kaji dan untuk tujuan apa.  

Why we need to measure this gig workers? Of course la, depa gheja, depa earn, depa spend bukankah itu ada pergerakan ekonomi. Perlu la ianya diukur. Flexibility, source of income, working hours, social protection, epf, tax etc. there are bundle of issues and challenges yang boleh disenaraikan.  SO end up kita perlukan la encik robot ai barangkali untuk tlg p study pasal gig ni. hihihi...

ok cukup la tu sebab nanti bebelan ni jadi panjang sangat pula.

nanti la kita baca lagi dan tengok apa yang boleh di buat.

Okay bye. #berentisecaratiba2danmengejutsebabdahmengantok

Wassalam.

#bilahudatulis

2 comments:

  1. salam cik huda., skrg ni uber dh xde dh kanna beli dgn Grabcar., tu je wak nk bgtau., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi.... okay la tu. dulu dia ada. bagi contoh.
      sampai last year dia ada lagi. hahaha....

      Delete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)