Wednesday, August 31, 2016

100 WISH list before I die ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

First and foremost ... 
H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y.T.O. T.H.E .O.W.N.E.R.O.F.T.H.I.S.B.L.O.G

untuk itu ahkak declare ini hari 
PUBLIC HOLIDAY ...
Ha ha ha...

Sempena ulangtahun pada 2016 ini - ketika usia yang tak berapa nak muda ini ... Dikongsikan 100 WISH list before I die ... Mana tau korang yang baca ni boleh tolong saya mencapai hasrat ni semua kan ... hi hi hi ... Paling hebat - tolong doakan ...

Sebenarnya list ni saja suka-suka je.  Tidak disusun mengikut keutamaan tertinggi mahupun ter rendah ; rawak sahaja.  Cuma disenaraikan item yang telah berjaya dipenuhi terlebih dahulu.

Jom cekidout ...
1.                Menunaikan Haji dan Umrah (semoga ianya mabrur, Insya Allah) -  DONE - READ HERE (Haji 2011, Umrah 1st 2005). Namun jika Allah izinkan ingin sekali lagi atau kalau boleh berkali-kali lagi menjadi tetamu Allah - kali ini dengan encik asben, mama, abah, adik, along & family, boy&family.
2.                Bawa mama abah bercuti ke luar negara - DONE.
3.                Bawa mama abah ke Kuching - DONE.
4.                Tour bird park KL - DONE.
5.                Masuk ISTANA NEGARA LAMA KL a.k.a Muzium DIRAJA - DONE.
6.                Wall climbing  - DONE. tapi kat Putrajaya je ... ha ha ha...
7.                Menyertai dan memenangi Treasure Hunt - DONE. - 2 kali (Link treasure hunt JPM).
8.                Snorkelling dan bercuti di Pulau Perhentian - DONE. (Link Perhentian).
9.                Join volunteer for Soup Kitchen - DONE. (PERTIWI dan Team Dr. Azma)READ HERE.
10.           Marathon / Run - DONE.
11.           Canopy Walk - DONE at Sabah.
12.           Madame Tussauds London - Baru sampai Madam Tussauds Sydney - Kira DONE je lah ye - bukan best sangat pun tengok patung lilin ni - ha ha ha.
13.           Main paintball - DONE masa berkursus READ HERE - tapi kalau boleh nak main sekali lagi.
14.           Terpilih mengikuti kursus di JAPAN - DONE with JICA OKINAWA.
15.           Buat open house kat rumah sendiri - DONE2009 - tapi rumah sewalah bukan rumah yang dibeli sendiri.
16.           Bercuti ke Tasik Kenyir - DONE - Read Here.
17.           Tour Taman Negara Sabah - Kinabalu National Park - DONE.
18.           Belajar Hadis 40 - DONE. - Keluar tv tau muka I ... hi hi hi... ada senior ni dok tunggu depan tv every weekend katanya sebab Ustaz yang mengajar tu best disamping nak cari "muka CH" ... haaa yang last tu lawak.

19.           Belajar dan fasih dan mengamalkan Al-Quran dengan sempurna. Partially DONE i.e. mengikuti pengajian Al-Quran di USIM selama 2 semester. Disamping bertalaqi dengan guru-guru di Masjid - Alhamdulillah. Tapi bab mengamalkan dan fasih dengan sempurna tu masih belum lah ... DONE kat belajar sahaja.
20.           Tour Australia - Partially DONE - Melbourne and Sydney.
21.           Tour museums in KL - Muzium negara + Muzium Kesenian Islam + Muzium telekom + etc etc etc - Partially DONE.
22.           Tour New Zealand - Partially DONE... walau pun dah sampai  - tapi kena repeat sebab trip haritu banyak tempat lagi tak dapat dilawati.

23.           Dapatkan sanad bacaan Al-Quran.
24.           Dapatkan sanad belajar ilmu hadis.
25.           Belajar + faham dan kuasai bahasa Arab dengan baik.
26.           Menetap dibumi Mekah / Madinah dan syahid di sana - ni wishlist dari umur 14 tahun. 
27.           Menjejak kaki ke Bumi Palestin dan bersolat di dalam Masjid al Aqsa.
28.           Jumpa anak angkat di Palestin.
29.           Belajar dan memahirkan diri menunggang Kuda.
30.           Belajar dan memahirkan diri memanah.
31.           Belajar dan memahirkan diri berenang.
32.           Nak naik Eurostar tour Europe.
33.           Tour Turki with de loved one.
34.           Melancong ke Eropah-  SELURUH England with de loved one.
35.           Bergambar di hadapan Istana Buckingham dengan askar kaku tapi hidup tu.
36.           Melancong ke Eropah- Jalan - jalan cari masjid.
37.           Melancong ke Eropah- Swiss .
38.           Nak naik keretapi di Swiss - view cantik sangat. Masya Allah.
39.           Melancong ke Eropah - Germany .
40.           Melancong ke Eropah - France .
41.           Melancong ke Eropah - Italy + Rom + Venice
42.           Melancong ke Eropah - Netherland + dan bergambar sampai lebam di Tulip festival.
43.           Melancong ke Eropah - Spain & Morocco . Itinerary dah siap - sapa nak ikut jom.
44.           Melancong ke Eropah - Bosnia and Balkan. Itinerary dah siap - sapa nak ikut jom.
45.           Melancong ke Canada - Seluruh Canada - with picture at Niagara Falls
46.           Melancong ke Rusia.
47.           Menonton Olimpik di Tokyo secara live - 2020.
48.           Melancong ke Mesir - Alexandria.
49.           Melancong ke Jordan - Berenang di Laut Mati +petra (strike thru sebab tempat lak'nat)+ wadi rum 
          spain, granada, morocco, 
50.           Memiliki mini cooper baru - hardtop 4 door or convertible.
51.           Melancong ke India - Taj Mahal + Agra + Delhi .
52.           Melancong ke India dan Pakistan - Kashmir - pengaruh Bjarzangi Bhaijan
53.           Melancong ke Maldives.
54.           Melancong keJapan - JJCM - jalan-jalan cari masjid
55.             Melancong ke Japan - naik shinkansen + nak makan fresh takoyaki yang sedap + nak makan smoke salmon (aku bawak siap-siap cili padi dari Malaysia) + nak panjat Mount Fuji + bergambar dengan Mount Fuji sampai lebam + nak bergambar dengan Sakura sampai puas.
56.            Melancong ke Korea - JJCM - jalan-jalan cari masjid.
57.             Melancong ke Korea - Jeju Island + Nami Island + nak lompat-lompat baling Autumn Leaves sambil berangan.
58.           Tour Pulau-pulau cantik di Sabah - Pulau Sipadan, Mabul, + etc.
59.           Menawan tembok besar China - but I don't like this country - ha ha ha ... how? 
60.           Tour pusing-pusing KL menggunakan KL Hop on Hop off.
61.           Jogging kat Taman Botani KL.
62.           Explore Hutan Simpan FRIM - Kat Kepong nun.
63.           Main boomerang kat laman istana negara yang lama.
64.           Main boomerang kat pantai.
65.           Water Rafting - NZ or Bandung or Sabah - mana-manalah janji dapat ber water rafting.
66.           Jet Boat - NZ.
67.           Paragliding di NZ (kalau boleh biar buat dengan encik asben /mahram).
68.           Ice Skating/ Snow surfing - NZ or Swiss.
69.           Mendaki dan menawan Gunung Kinabalu.
70.           Masuk dan menjelajah Gua Mulu sarawak.
71.           Masuk dan menjelajah Gua Tempurung + Enjoy white water rafting.
72.           Tour Taman Negara Malaysia.
73.           Tour Taman Negara BAKO - Sarawak.
74.           Menonton teater yang berkualiti (kalau boleh nak tiket free - ha ha ha) di Istana Budaya.
75.           Buka Book Cafe with Adik - mengadap Tasik di Putrajaya.
76.           Mencapai level TERROR tahap masterji membuat kek + pastri + grill + pasta.
77.           Boleh membuat cheese tart yang sedap.
78.           Mencapai level masak tahap mahaguru mama. - mesti sampai dapat pengiktirafan mama - sebab aku belum sampai level pengiktirafan tu... so sad.
79.           Buat/ Masak/ Bake + Ambil Gambar dan terbitkan buku resepi mama.
80.           Memiliki kediaman yang selesa di Putrajaya berhampiran dengan masjid yang diimarahkan.
81.           Memiliki kediaman di Venice - eco glades Cyberjaya - ha ha ha... - kalau menang hadiah ke + dapat free ke - Masya Allah.
82.           Dapat sponser (Eric home deco tu ke) - untuk renovate "rumah merah" kat kampung.
83.           Menjadi guru tadika / memiliki Islamic Montessori.
84.           Menjadi sukarelawan MERCY MISSION MALAYSIA.
85.           Mengunjungi my former University - sambil melompat-lompat di Balai Cerap + makan kat arked + jumpa lecturer + bersolat di MSI + curi-curi masuk PSI.
86.           Travel ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan memandu good car accompany by good frens - from North to South.
87.           To join any blogger event and meet all blogger frens - Sis Nohas, Kak Zakie, Kak Anim Rahmat (SP Kedah), SS, SJM, HH, Mummy Julia (dah jumpa) , Sal-M(dah jumpa), SYM(dah jumpa), Tuan MKL, Anies, BW, dan semualah yang selalu sapa saya kat blog tu ... dan Kak Noor (Brunei) - sambil makan makanan lazat yang kak noor masak ... ha ha ha...
88.           Makan ikan terubuk bakar, sotong celup tepung yang best dan fresh di Kedah/Perlis.
89.           Menjadi host rancangan travelogue. Host ala-ala Rasa Halal Antarabangsa ke, Destinasi Bajet ke, kan. The Streets yang di host kan oleh Qi Razali tu ke kan... Qi oh Qi - bersaralah - or cuti jap ke - bagi lah I take over The Streets pulak ... plis plis plis ... Ha ha ha. 
90.           Menjadi host rancangan Jalan-jalan cari makan. Naz ... bila nak panggil I jadi host bersama ... ha ha ha... Habeslah kena reject ngan mertua - dapat menantu kuat makan. ha ha ha... 
91.          Memandu kereta dengan laju tanpa kena saman dan tanpa kemalangan.  errrrr... sebab 110km/j is too slow lah.
92.           Terpilih mengikuti COTI - Korea (dengan Talent X / good team from Malaysia).
93.           Melanjutkan pengajian ke luar negara.
94.           Lulus cemerlang masters sebelum usia 40 dan phd sebelum usia 45. Insya Allah.
95.           Menulis sebuah atau berbuah-buah buku yang berkualiti dan menjadi BEST SELLER.
96.           Re-union dengan semua Talent-X Batch 1/2014.
97.           Dapat menguruskan / membuang lemak yang tidak berkaitan di badan.
98.           Memiliki treadmill sendiri di rumah.
99.           Tulis artikel @ blog & tersiar di surat khabar @ majalah.
100.      Kawen - akhirnyaaaaa kawen masuk carta ni ... kah kah kah ... padahal tak ada pernah kisah pun sebelum ni ... Sebenarnya sebahagian besar wishlist ni tidak tertunai sebab tak ada mahram yang boleh mengiringi dan memenuhinya. Semoga ketemu sebaik-baik jodoh dunia dan akhirat - Aameen

ha ha ha ... habes - 100 bucket list saya ... sebenarnya panjang lagi ... sebab manusia ni kalau boleh memang nak langit dan bumi dan seluruh seisinya ...
Tapi wishlist sebenar sebelum mati - saya nak hidup baik-baik, nak hidup ikut yang Allah perintah, nak jadi orang yang beri manfaat untuk sejagat, paling penting - harap dapat kesudahan yang baik dalam hidup untuk bertemu Allah s.w.t... Hidup mati dan dibangkitkan semula dalam iman dan islam yang sempurna, Insya Allah...

So - apa bucket list korang?  Share lah jom ... main tag nak? Tag minimum 3 orang kawan yang korang sayang dan sporting ... Optional - link ke Blog I as original yang memulakan tag ini ... sebab I selalu main tag - tertanya-tanya "siapa yang mulakan"... kih kih kih ...

Have a beautiful days ahead you all.
Thanx for reading this.

Saya tag:
·        Sis Nohas
·        Sis Salbiah- M
·        Mr.Khairuddin Lim
·        Sis Scdha Sein
·        Mummy Julia
·        Kak Zakie

Sudi-sudikan jawab sempena hari jadi saya ni k.

@Loves_nhhas.

*auto publish - was written on Aug.1,2016*
#HarapPanjangUmurNakBaca.

Only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow 

Only know you love her when you let her go 

Only know you've been high when you're feeling low 

Only hate the road when you're missing home

60 comments:

  1. Happy birthday...semoga wishlist yg blom 'done' tu dpt dipenuhi dgn jayanya...esp. yg last tu..aamiin..

    oo..akk kena jg...huhu..byk tu..

    ReplyDelete
  2. Alamak! Kena tag... Larikkkk! Kang jadi macam GAS! Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala jawab lah...
      Sambungan kisah GAS.
      Kali ni kena buat 100 ayat.
      Ha ha ha

      Delete
  3. Satu yang cik manisah lesing x masuk dalam wish list... Jumpa SS! Kah kah kah...
    * memang perasan kan ko ni SS... Sape yg sudi pon... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat tak baca ... huhuhu.
      Okaylah malas layan

      Delete
    2. SS dah masuk listinglahh.haish budak ni memang kena lesing dengan Cik MAnisah Lesing la ni..keh keh keh :P NO.87

      Delete
  4. nina punya bucket list tak sampai 100 lagi rasenye.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Masya-Allah banyak sangat tu dik. 100!
    Muda lagi Insya-Allah panjang umur ada peluang
    Bila kita nak jumpa hihi...
    Kawen tu letak atas sikit jgn last ok... tak apa cuma listnya yg akhir tapi duduknya di atas-atas patutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha... silalah akak jawab tag ini ye

      Delete
    2. Wahai adinda... kekanda datang merapak sembah membuat persembahan di sini:-

      http://zakiepurvit.blogspot.my/2016/09/100-wish-list-before-i-die.html

      Harap dipersudikan jua membacanya haha.... bertuah betul adik kakak ni kan:)

      Delete
  6. No. 91 tu kalau boleh elakkan lah ye..aku saman nanti hahaha :D

    ReplyDelete
  7. peeeeeeergh !! 100 tu.. mudah2an terkabul impian dan cita2..
    semua yang travel2 tu double amin hehe..

    ReplyDelete
  8. so bila nak jumpa lagi ?? nak paaaau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal malaih jumpa hg dak tecik...
      kih kih kih

      Delete
  9. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    3 hari dah berlalu, Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga dipanjangkan dan diberkati usia. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga tercapai segala kehendak dan cita2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.

      hang dah lupa birthday aku weih ...
      ni 1st time hg bagi "belated" kat aku.

      weih jangan lah TUA cepat sangat ... kih kih kih.

      tengs btw buddy... ;-)

      Delete
  10. haha..ok gak tag ni, sebab tengah nak taip entry Krabi tapi external tertinggal kat opis. Olimpik 2020? For real? Boleh je..dapat tengok bola final cukuplah..haha

    ReplyDelete
  11. lupa wish..hepi birthday huda! semoga dapat capai wishlist semua ni..tak kisah half or semua.

    ReplyDelete
  12. nak jual buku best seller senang je..tulislah suamiku encik udang kering ke..hahaha. larikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...
      suami sotong
      suami kerang
      suami udang...

      owh apakah apakah apakah.... kah kah kah suami ini spesis mee goreng?

      Delete
  13. tudiiiaaa kena tag.. matiklahhh makkk..

    ReplyDelete
  14. Syoknya ada bucket list ni.. nanti nantilahh mummy listkan ea..

    ReplyDelete
  15. awat tak habq birthday 31hb.. bole mummy masuk kan dlm listing sambutan anak merdeka kat Melaka.. haiahh budak kecik ni.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi ... dapat hadiah tak mummy

      Delete
    2. Mestilah dah dapat. tp sbb tak dtg postpone next year..hehhee

      Delete
    3. ha ha ha...

      okay. I tuntut tahun depan tau mummy tau tau tau

      Delete
  16. Anw Happy Birthday Huda.. Moga Panjang Umur, murah rezeki, dan tercapai segala impian yang diidam -idamkan amin

    ReplyDelete
  17. hepi belated besday huda ... banyak tu sampai 100 :p

    ReplyDelete
  18. tak sangka yang nombor 89 ... ada hati nak jadi retis gak ke? hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha... bukan nak jadi retis lah.
      tu motip dia nak melancong FREE ... kih kih kih.
      sambil bekerja sambil melancong gittew.

      nak jadi retis tak layak.
      sebab tak berapa nak cun.
      hihihih

      Delete
  19. hepi belated besday huda... salam kenal dari cerita ita... dah baca semua... semoga berjaya ye.. terutama yg last tu.. insyaAllah semoga dpt yg tu utk penuhi semua di atas...

    ReplyDelete
  20. Salam Perkenalan ...
    Happy birthday. Semoga umurmu diberkati, murah rezeki dan tercapai semua yang ada kat dalam wishlist tu.

    ReplyDelete
  21. Uisyhhh,bnyknye moga2 tercapai semuanye ye...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi ...

      list main-main je ni.

      saja suka-suka.

      kalau ikutkan banyak lagi nak ni

      ha ha ha

      Delete
  22. Waaa~ bnyaknya wishlist tapi bestnya no 1 dah dpt buat . =D

    ReplyDelete
  23. Moga impian yang belun tercapai tu akan tercapai tak lama lagi... insyaAllah... Amin..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum adik, akak dtg dr blog Kakzakie utk mempersembahkan tagged entry yg tlh dikenakan pd akak. W/pun tak penuhi syarat, harap boleh diterima dgn seikhlas hati. T/kasih dan mintak maaf!

    Salam aidiladha utk adik T_T

    https://sweetmemories4u.blogspot.my/2016/09/100-wish-list-before-i-die.html?m=0

    ReplyDelete
  25. Wah banyaknya huda rajin menulis sampai 100
    Mudahan tercapai impian yg diidamkan tu
    Pendekata mau round the world lah sebelum menutup mata kan ...

    ReplyDelete
  26. Byk dh done tu...alhamdulillah...yg travel2 tunggu en asben sponsor ;)

    ReplyDelete
  27. tak kena TAG..nak rasa apa eh...SEDIH? sedih jgk...gembira? ye jgk..sbb kalau kena TAG belum tentu nk buat....tapi kalau kena TAG means org ingat...huhuh

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)