Monday, December 19, 2016

Tips melancong dan memandu di New Zealand - Queenstown

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Hyedie Odie.

Sebelum itu - saya nak minta maaf - kalau ada yang ter click entri "10 Most Breathtaking Highways Of The World" yang saya terpaksa recall back - itu auto publish dari April - ntah apa2 je saya tulis - saya pun dah lupa.  Tapi saya kongsikan semula dalam entri ini ya.

Setelah setahun, saya masih tak percaya saya telah menjejakan kaki ke bumi New Zealand Southern Island. #takmoveOnlagi

Subhanallah, 
NEW ZEALAND.
Tempat yang sangat cantik (#SyurgaDunia) yang saya rasa suatu ketika dahulu - saya hanya "mampu sampai" menerusi laman internet atau majalah atau tv sahaja. Lantaran lokasinya yang jauh dan sudah pasti kosnya juga mahal.  Tapi di zaman yang now everyone can fly ini, rasanya ramai je yang mampu terbang ke NZ ni bukan sekali tapi mungkin berkali-kali - yer dak.


Subhanallah ... Masya Allah ... Alhamdulillah ... thank you Allah for the opportunity to experience and to drive on one of the highway which was nominated as second most beautiful highway in the world... Thank you Allah ... for the blessing that You've grant us ... Alhamdulillah.


The Milford Road in New Zealand, a road that crosses the main divide of the Southern Alps, is one of the most scenic and beautiful drives for tourists in New Zealand. The highway is one of the highest in the country in terms of elevation and is also considered one of the most dangerous pubic roads. The road can give you the ultimate pleasure of driving with the amazing views at the sides and make your journey unforgettable for a lifetime!

Sekadar untuk kenang-kenangan ... memandu di Milford Sound ini amat-amat amat - amat mencabar...  Boleh baca coretan kenangan dan pengalaman memandu di New Zealand specifically ke Milford Sound di CAPAIAN INI - MILFORD SOUND DRIVING EXPERIENCE  ... Yes it is such a dangerous road but have fascinating + beautiful view. Subhanallah.

BAIKLAH ...

Sempena genap setahun kepulangan saya dari New Zealand saya nak kongsikan sedikit tips melancong / bercuti ke Queesntown, New Zealand - khusus dalam tips memilih kereta sewa dan tips memandu di New Zealand jika ada yang nak bercuti ke sana. 

Panduan ini berdasarkan pengalaman saya yang secebis cuma  . Tapi mungkin juga ada orang yang akan mendapat manfaatnya - siapa tahu kan. Apa-apapun semoga bermanfaatlah entri ini. Insya Allah.

Sedari awal adik belajar di Ausie - encik babah dah sebut banyak kali dia nak pergi NZ. Tapi saya asyik terlupa sahaja. Akhirnya - di saat akhir - Alhamdulillah - impian menjadi kenyataan - tiket penerbangan berjaya dibeli on the very last minute.  Harga? Pejam mata sudah-bayar je senyap-senyap - sambil menangis dalam hati - seraya berdoa agar lebih dimurahkan rezeki untuk melancong jauh lagi - yang pasti - mahu destinasi ke syurga firdausi. Aamen - Insya Allah.

April 2016 yang lalu saya terbaca entri tentang 10 highway yang best di dunia. Masya Allah.  Rupa-rupanya tempat yang saya bawa encik babah dan puan ibu termasuk sebagai 2nd best highway in the world (tak tau lah diiktiraf oleh siapa).  Tapi I tell you NZ ni memang Subhanallah sangatlah cantik.  Anda toleh kiri kanan depan belakang - tak ada tempat yang tak cantik. Semuanya SUBHANALLAH - sangat cantik. Airport yang membuat onar kat kami tu pun cantik (walau tak berjaya landing - #anginkencang). 


Cantikkan - Queenstown Airport ni ...
Tapi jarang dapat landing - sebab windy.
Hadoiii ... 
so my suggestion - janganlah ambil flight landing Queenstown.
Pergilah landing Christchurch.
Terbang pulang - okay dari Queenstown.

Okay setelah tiket penerbangan berjaya dibeli (#sambilmenangisdalamhati). 

Perkara seterusnya yang perlu difikirkan ialah GROUND ARRANGEMENT.
1. Accomodation / Penginapan / Hotel / Hostel to stay in Queenstown
2. Transportation - car / suv / motorhome/campervan / public transport - to be used in NZ.
3.Things to do + Place to go. + Route to be covered (North Island ? South Island? Or Both? )

Tips memilih Penginapan/ Accomodation di New Zealand - saya pernah share kisah di entri INI - Jemput buat ulangkaji.

Entri kali ini kita fokus kepada bab transportation in Queesnstown i.e. hal ehwal Tips memandu dan memilih kereta sewa DI QUEENSTOWN New Zealand ye.

There are many ways to experience the  beauty of New Zealand, but for me the best way is on the road. Tapi - via road access pun - kepala ada pening juga - mahu pilih kenderaan yang bagaimana:

Public transport ?  Ikut ground tour guide ?  Self drive?
Dan setiap tiga soalan di atas boleh dipecahkan pula:
Kalau public transport - kena study pulak - public transport apa yang ada - connection intercity inter place -  macam mana - kos dan sebagainya.
Ground Tour Guide pun sama - banyak nak kena fikir - nak ambik kat mana - reliable ke tidak - sebab secara jujurnya - I'm looking forward for ground tour guide - supaya saya dapat berehat dan bercuti dengan gumbira.  

But after several check/ study on this option - I don't think it will work smoothly. 

Maka - I opt for option number 3 i.e self drive.  Juga saya perlu bertanya:
Nak naik kereta apa yang sesuai + nak sewa dari company car mana yang reliable and genuine + nak sewa dari airport ke atau nak ambik kat hotel.

Sungguh - first time buat kerja macam gini. Walau pun saya dah biasa pergi Australia dan sewa kereta  - tapi situasinya jauh berbeza - Ausie - from airport to my sister house - we used cab. And to travel around Melbourne City - we used public transport. We only rent a car if we plan to go out circuit like Great Ocean Road, Philip Island, Mornington - etc.  Setakat nak pergi Brighton Beach ke St.Kilda ke - naik tren je sudah.  Lagi pun syarikat kereta sewa - berlambak-lambak kat area belakang rumah adik saya - kena jalan kaki lah sikit pergi ambil kereta sewa tu. Belakang rumah dia - ada BIG IKEA tau - tapi saya tak pernah pergi sebab takut sedih hati nak beli barang tapi tak boleh bawak balik tanah air. Hihihi.
Besides - actually,  Queenstown New Zealand doesn’t have a mass easy public transport system like you can find around more urban destinations. Seriously. So if you only travel to the South - you might not opt for this option okay.
Okay back to the story ... 

Untuk memilih mode of transportation, anda perlu pertimbangkan perkara-perkara seperti: 
  • Bilangan ahli rombongan dan bilang barang / bilangan bag (like me - i need to consider de wheel  chair).
  • Siapa ahli rombongan anda ? - tua/ muda/ baby / toddler? Sihat / Separa sihat ? Pendek kata kena menilai kemampuan fizikal dan tahap kesihatan setiap ahli rombongan anda. 
  • Kenal pasti lokasi yang ingin anda lawati - North Island? South Island? Both? Urban sahaja? Rural? Jalan dia luas ke sempit - ada tol ke tidak. etc.
Persoalan ini akan menentukan mode of transportation to be used while you are travelling.  
Okay untuk NZ - honestly HIGHLY RECOMMENDED for you to self drive - supaya anda tidak terikat dengan jadual sesiapa - dan bebas berhenti di ceruk mana yang anda suka - boleh self explore -  terlalu banyak tempat yang menarik.
Okay - finally - kita pilih SELF DRIVING.  Maka - perlu pula pilih :
  •          Jenis kenderaan yang mahu dipandu.
  •          Keupayaan si PEMANDU untuk memandu kenderaan yang dipilih.
  •          Car rental company mana yang anda nak pilih.
  •          Nak ambil di airport - atau di hotel? Atau bagaimana?

Kerana - ini akan menentukan KOS yang bakal anda peruntukkan.
Again - type of car - should consider : 
Bilangan dan Siapa ahli rombongan cik kiah anda. Again - kena jawab soalan di atas tadi : tua/ muda/ baby / toddler? Sihat / Separa sihat ? Sebaik-baiknya dapatkan persetujuan ramai.


Jika motorhome /campervan /caravan  menjadi pilihan:



Secara kebiasaannya - ramai yang muda mudi akan memilih motorhome /campervan /caravan  ketika bercuti ke NZ kerana anda tak perlu sewa hotel - boleh tidur dalam caravan tu + ada toilet + ada dapur + ada katil.  Tapi anda perlu tanya dulu:  
  • keupayaan dan keberanian diri anda untuk memandu caravan tersebut kerana - saiz motorhome /campervan /caravan  tersebut agak besar dan jalan raya di Queenstown agak sempit.
  • kesudian anda untuk menguruskan "waste management - verak kencing segala" - kena cuci sendiri ye i.e. "kasik cuci itu tong najis bila sudah penuh - kasik buang di tempat yang disediakan - tak ada cleaner yang nak buat untuk anda.  Macam kazen saya - dia ni ahli rombongan dia sihat sejahtera - so dia bolehlah naik caravan - tapi dia telah MENGHARAMKAN SEMUA AHLI CARAVAN dia dari menggunakan TOILET dalam caravan tersebut - sebab diaorang malas cuci - ha ha ha... Good tips.  Kalau korang malas cuci your own waste dalam caravan tu - korang boleh guna public toilet - untuk "membuang hajat" dan untuk mandi. Kena bayar ye.
  • Jika menggunakan caravan - anda perlu tahu - lokasi camp base mana yang anda boleh berhenti untuk park caravan tersebut untuk bermalam dan untuk "charge" caravan anda.  Kena tanyalah free ke kena bayar - biasanya berbayarlah - Nothing free in this world bebeh. Kena tau juga - caravan tersebut - guna petrol/ diesel apa - dan apa komponen yang perlu charge. Nak plug in kat mana - etc.  Plug in ni penting untuk tidur sebab nak ON elekrik and heater (NZ tu sejuk oiii) and untuk masak (kalau tak silap - berdasarkan pembacaan).  Dan bukan semua parking caravan ni free ye - kena bayar tau untuk parking - nak charge apa2, - nak refill - semua tu kena study. - maaf saya tak ada info sebab saya tidak opt untuk caravan.
  • Aurat - so tengok siapa ahli rombongan anda yang akan menghuni dalam satu caravan tu ya.


Jika kereta menjadi pilihan: 



Okay - ini pilihan saya - Saya memilih untuk memandu sendiri sepenuhnya sepanjang di New Zealand - kerana :

1. Ibu saya kurang sihat berbanding ketika kami ke Sydney pada tahun 2013 yang lalu - di mana ketika di Sydney - Kami ber homestay di rumah kawan adik yang balik bercuti ke Malaysia + Ibu masih gagah untuk berjalan jauh i.e. masih boleh turun naik bas - walau pun setiap petang balik ke rumah - kami perlu menaiki teksi - kau bayang setiap petang balik naik teksi di saat pick hour? di sydney?  Kesihatan dan kegembiraan puan ibu encik abah - keutamaan kami .  (Walau #nangisDalamHatiBayarTambang - hahahaha).

2. Trip ke NZ kali ini - saya turut membawa wheel chair untuk ibu  - sebab ibu saya tak larat jalan jauh - so ini sebagai back - up kalau ibu penat. Supaya mood ibu sentiasa "green" sepanjang journey to the south ... #tetiba. (I need big bonet).

3. Senang untuk arrange sendiri tempoh masa untuk diluangkan di sesuatu lokasi. Senang kalau ibu atau abah perlu berehat or berhenti p toilet + nak angkut barang banyak-banyak - etc. Kalau tetiba rasa nak break ambil gambar - walla - best wei.

So konsep dia kat sini supaya ibu dan babah saya selesa dan selamat - itu sahaja - keselesaan mereka - tiada kompromi bagi saya.
Okay setelah KERETA dan MEMANDU sendiri menjadi pilihan, berikut persoalan yang korang perlu fikirkan dan pertimbangkan :

1. Nak sewa kereta jenis apa?
Secara berangannya - saya begitu teringin untuk memandu europe car - nak lah try mini cooper ke, BeeHemDebeliu (baca sebagai BMW) ke kan - sebab kat Malaysia tak merasa nak bawak - ha ha ha... tapi ada orang nasihatkan saya "Jangan cari pasal kat negara orang kalau tak biasa".  Jadi tips kat sini : Pilihlah kereta yang anda biasa pandu.  Jika anda pemandu Myvi atau kancil?  Ha ha ha - tolong jangan menangis - kerana kancil dan myVI tak kujumpai lagi di Queenstown NZ tu. Maksud pilih kereta yang anda biasa pandu - pilihlah kereta dari jenis yang sama - contohnya size ke, manufacturer ke, country of origin ke, kan? Contoh jika di Malaysia anda biasa memandu kereta toyota - or honda - please opt for that - supaya anda familiar dengan fungsi kereta tersebut. Namun, jika kereta yang anda pandu tiada dalam dalam senarai kereta yang boleh disewa juga - silalah pilih pengeluar dari negara yang sama.  Contoh - saya ni memang pakai local car sahaja,  which is both of this car brand - adalah Japan base car.  So Saya akan pilih kereta yang buatan Jepun - instead of buatan europe. (bye bye mini cooper ... bye bye BeeHemDebeliu).  Supaya saya tak perlu bersusah payah nak study fungsi kereta yang saya nak sewa.  Lagi pun - sering terjadi ketika di Australia - saya nak sewa honda - tapi yang available toyota ... so be prepared je lah. Macam kat NZ, saya dapat camry - seumur hidup tak pernah drive camry - ha ha ha - hand break pun tak jumpa - ha tu kereta yang sama country of manufacturing - apa lagi - mok cik google lah "hand break camry kat mana" - ha ha ha - gelak - gelak jangan tak gelak.. 
Dan sebaik dapat kereta sewa tu - study dulu fungsi-fungsi penting seperti - GEAR + BREAK + WIPER + LAMPU (long and short) + SIGNAL + Petrol/Diesel apa pakai + nak bukak minyak kat mana + tayar spare ada ke tidak and is it in a good condition or not. Ni melibatkan nyawa ye - maka adalah sangat penting untuk korang tau semua ni.  

Minyak kereta - Petrol/ Diesel?
Nak tau kereta tu pakai minyak apa ? - biasanya company kereta sewa akan tulis kat penutup petrol kereta tersebut menggunakan petrol jenis apa.
Bercakap tentang minyak kereta - ketika ambil kereta - pastikan level minyak kereta anda FULL TANK - sebab style sewa kereta di Ausie dan NZ ni - mereka akan bagi FULL TANK Petrol dan korang kena pulangkan FULL TANK petrol. (sebab 2 negara ni je yang saya pernah sewa kereta buat masa ni). Kalau korang pulang tak full tank - nanti company car rental tu akan charge korang harga petrol yang diaorang tolong  refill beserta UPAH diaorang g REFILL. Kalau masa korang terima kereta tu tak full tank - sila suruh orang kereta sewa tu remark (half tank ke quarter tank ke) - sebab nanti korang boleh pulangkan ikut (lebih kurang) - level minyak ketika korang terima kereta tu.  
Perkara ni pernah terjadi ketika kami ber summer di Ausie - kereta hi-demand kot - so car rental tak sempat full tank kan petrol - so dia tandalah level petrol masa hand over kereta tu kat saya - tapi bila pulangkan kereta - saya TER isi penuh - terus diaorang bagi saya diskaun - 30 ke 40 dollar ntah - padahal minyak yang saya ter isi lebih tu rasanya tak sampai pun 30 dollar. Dia cakap tak apa - so kira okay lahkan.  

2. Nak sewa dengan company kereta yang mana?
Kalau nak murah - carilah car rental yang murah - antaranya Apex car rental dan JUCY. Tapi kena tau KENAPA DIA MURAH? Adoiii nak pilih company car yang reliable ni pun nak menangis rasa. Kalau boleh memang nak murah - tapi bila dia murah almost half dari company lain macam "europe car", "budget car rental (nama je budget - tapi mahal)", Hertz car rental - saya tertanya-tanyalah juga "KENAPA MURAH sangat".  

Okay - bila MURAH - korang kena tengok - :   
  • Kereta tu keluaran tahun bila.
  • Ada rekod pernah rosak tak (boleh baca review - google je).
  • Apa yang di cover - Insurans ke, on the road service ke, second driver kena bayar ke tak, etc.
So macam saya - memandangkan saya tak ada sapa2 yang saya boleh harap dalam trip ni jika berlaku apa-apa kesusahan - seperti breakdown, tayar pancit dan sebagainya - sebab abanglong dan adik lelaki saya tak ikut dalam trip ni - dan I know nothing about car - just know how to refill the petrol and drive (pump tayar kereta pun I tak reti + apatah lagi nak tukar tayar yang pancit) - maka I ambik full spec which is consist of : FULL INSURANCE + On the road service (24hrs).

NEVER WALK IN TO RENT A CAR.  please pre-booked dari tanah air.  Sebab kalau terjadi kejadian seperti kami (our flight tak boleh mendarat - kena landing lokasi lain - kereta sewa semua habis - ko bayang 1 kapal terbang nak sewa kereta ? - ko rasa?  - sila baca pengalaman itu DI SINI) - aku rasa berbaloi baca - baca plis - aku nulis sambil nanges. Hahaha
Cari company car rental yang senang respond to your email/ phone call.  Kalau korang ada benda nak tanya - emel je dari tanah air - tengok lama tak diaorang respond.  Kalau tak repsond2 tu - baik kauorang fikir 10 kali - nak ambik  ke tak dengan dia ye.
Cari company car rental yang bagi rebat - biasanya boleh dapat rebat ikut card credit apa yang kau guna.  Better ada 1 international card credit - senang nak berurusan.

Biasa dia akan emel Quotation of price beserta apa yang korang sewa - dia akan emelkan - dah confirm nak - kau click CONFIRM + BOOKING.

Company car rental tu akan minta copy of passport, driving license and card credit number.
Okay je - Diaorang tak charge apa-apa lagi sehingga kau datang ambil kereta tu.

Dan carilah yang FREE CANCELATION company - kot-kot last minute kau berubah fikiran nak tukar kereta lain or company lain, etc.

3. Apa yang perlu di sewa.

GPS - ni benda wajiblah - kalau dia bagi sewa pocket wifi pada reasonable price juga bagus.  Tapi macam entri saya yang terdahulu - saya memang turun flight nak ambil simcard for internet data plan kat airport (vodafone) - tapi akibat kekelamkabutan salah landing tu - saya terus terlupa.  Mujur henfon roaming saya dah aktifkan dan alhamdulillah car rental tu bagi saya GPS (if tak silap free kot - ntah tak ingat) - dan saya dapat GPS yang bagus i.e. yang tidak sewel.  Sebenarnya - kalau korang ni hebat dan yakin kat GPS tu - tak yah lah ambil local data plan / internet - boleh jimat. Tapi kalau dibuatnya GPS yang diberi tu SEWEL - nangis oiii pusing-pusing sesat jalan.  So better ada back up data plan lah.  Saya tak bawak map kertas tu - bukan sebab saya berlagak dengan teknologi (i never trust tech 100%) - tapi sebab saya tak reti baca peta yang kertas tu - ha ha ha... sila gelak. tak pe - saya maafkan.
Kalau travel during winter - kena sewa WINTER CHAIN - wajib - kalau tidak anda meletakkan diri anda dalam bahaya (sebab salji tebal dan jalan licin) serta boleh kena saman. 

Ambil lah car insurance - sebab korang tak tau apa yang boleh berlaku sepanjang perjalanan.  Dan kos kalau eksiden - boleh menyebabkan korang meraung okay kalau tak ada insurans. Nauzubillah - mintak dijauhkanlah.  Kos insurans ni pun tak lah mahal sangat - dalam NZ35 gitu. 

Sebenarnya ada citer tak best tentang memandu tak berinsurans ni - involved student kita yang study kat sana - pinjam kereta senior - tak ada insurans - bila jadi kemalangan - standard kena bayar - NZD10ribu (dalam rm30ribu)  - contoh iktibar kat ENTRI SINI .
Dan hal yang sama pernah berlaku kepada rakan serumah adik saya ketika beliau study di melbourne australia - same case - pinjam kereta senior - tapi kereta tu tak ada insurans - unfortunately involved with an accident - total lost - kena bayar AUD10ribu (DALAM 30RIBUrm) - mana nak cari duit banyak macam tu. 

Alhamdulillah - Mujur adik saya tak terlibat dalam insiden tersebut - kerana katanya adik memang cuba elak trip dengan diaorang - kereta diaorang tak ada insurans - jadi apa-apa nanti susah.

4. Lesen memandu malaysia yang baru (i.e yang ada versi BM & BI) adalah SAH untuk digunakan di New Zealand - sama macam Ausie . Jika ada masih guna lesen lama - just pergi ke JPJ bayar untuk translation license (dulu harganya RM10) nanti dia bagi sekeping terjemahan lesen dalam English atas sekeping kertas bersaiz A4. (BOLEH REFER ENTRISINI).  

5. Sehingga aku pergi on Dec 2015 itu hari - NZ ni negara yang free from tol - yeay - lompat bintang. So tak yah susah payah fikir pasal tol okay.  Tapi Australia ada tol ye - ni akan ku ceritakan di entri lain, Insya Allah.

6. Pilih company yang senang nak ambil kereta di airport dan boleh return di mana-mana airport.  Contoh:
Sewa kereta di Auckland - nak merayap sampai Queesntown.  AUckland tu letaknya di NORTH ISLAND. Manakala Queenstown letaknya di SOUTH ISLAND.  In between this two island, you can cross them via ferry or flight. So choose the right route and car and the taken return policy. 
Kalau within same island - cth hanya di South Island - biasanya tak ada masalah.

Macam haritu trip kami hanya di South Island : Landing di Christchurch dan Balik ke Australia dari Queenstown.  Maka kami ambil kereta di airport  Christchurch dan pulangkan kereta di airport Queenstown.  


Parking bay - Hertz Car Rental (dan ada company lain juga)
Lokasi : Queenstown Airport, New Zealand.



Berjalanlah I meninggalkan kunci dalam Drop Box kat muka pintu tu.
sebab dalam office dia tak ada orang.
Depa p lunch.  Selamba je kan. Hahaha. 
Please take note - bukan semua car rental company ni operated 24hrs.  So korang emel sesiap - cakap nak sampai pukul berapa - nanti dia akan bagitau dia park kereta korang kat bay parking no berapa and nak ambil kunci kereta kat mana (ala-ala macam main treasure hunt sikit).  Nak return kereta pun senang - tinggal je kat mana-mana bay parking kereta company tu di airport, pergi office dia - letak je kunci dalam box yang disediakan.

NZ ni diaorang semua baik-baik and business base on trust je kot. hahaha... aman je negara ni. Lagi pun bukan besar sangat NZ ni (maksud saya - populasi dia dalam 4 -5 juta je, dan kenderaan tak banyak) - senang je nak trace - lagipun negara dia tu pulau - kau nak curi kereta tu nak bawak p mana? so memang diaorang tak risau langsung.
Hihihi....


Okay - never underestimase road in NZ walaupun negara dia aman.  Tapi jalan raya dia sempit yak mat dan cuaca dia berubah-ubah.    




Dari aman view yang cantik - tetiba gelap dan guruh dan berangin yang scary macam dalam movie.  





Maka sebelum memulakan perjalanan - sila semak cuaca dan check jika ada local annoucement - mana2 jalan yang ditutup, etc.  Depa ni sering juga berlaku tanah runtuh. Huhuhu.

7. Parking :
Kalau memandu di New Zealand - semua view pun cantik - kau rasa nak berenti bergambar.  Tapi silalah agak-agak - jangan main belasah je berenti tepi jalan.  Kang kena langgar dengan truck optimus prime kang - ha nanges...  Serious truck diaorang macam optimus prime.  Kecewa ahkak tak sempat bergambar - kalau tidak ada modal nak temberang anak sedara yang fanatik dengan Prime biru merah tu. Ha ha ha. #niatBuruk #sebabTuTakDapat.

Kalau nak berenti bergambar - carilah jalan yang ada ruang sikit ke dalam untuk kau orang berenti dan berpoyosing (baca sebagai possing) .  Contohnya macam ni 
















8. Ayat standard - PATUHI HAD LAJU 

Kalau rasa tak nak sedekahkan NZ150 - silalah patuhi had laju.  Tapi thru experience - masa saya memandu 8 jam TANPA HENTI di tengah malam sampai ke pagi dari Christchurh ke Queenstow (Boleh baca kat SINI - semoga boleh bantu korang kalau berlaku kejadian macam kami - apa tindakan / pilihan yang korang boleh ambil/ pertimbangkan

- saya memandu 110 ke 160km/j ... ha ha ha... laju gilerz kan?  Sebab ?  Saya nak cepat sampai - saya sedang berlawan dengan rasa mengantuk. Dan saya tak tau tepi tu GAUNG + TASIK + Cerun curam - semua saya tak nampak - sebab GELAP yak amat.  Tak ada lampu jalan. Jalan berlingkar-lingkar .. ada sebijik tu je lah kereta saya - and kadang-kadang ada kereta uncle steve sila baca entri INI).

Tapi korang jangan tirulah aksi ini ... Bukan sentiasa kita bernasib baik kan. Anggaplah itu rezeki yang Allah bagi disebabkan ujian flight kami tu. 
Saya berani bawa laju sebab gelap - tak nampak - tak sedar bahaya yang ada. Bila saya drive di siang hari - saya memandu 20km/j kot ... ha ha ha ... takut beb takut ... SILA BACA Pula entri INI

9. Bawa CD lagu kegemaran.

10. Bawa charger kereta yang bukan USB juga sebagai back up - yang masuk kat pencucuh bulat dalam kereta tu ... sebab haritu walau pun dapat new car - USB cable dia tak boleh charge my phone dan tak boleh connect to koleksi music dalam my phone.  Susah gak lah sebab kena rely dengan power bank ku yang berat gabak tu.  Dan memang tak dapatlah stesen lagu IKIM.fm kat fm sana kan ... hihihi 

11. In case your car rental plat number tercabut/ terpatah for any reason - terlanggar anjing melintas ke - contohnya lah ... sila ambil balik plat number tu.  Oversea ni bukan macam malaysia - kau boleh pergi buat plat number kat mana-mana kedai dan gantikan.  Owh tidak semudah itu.  Silap haribulan panjang cerita nanti - sampai ke balai segala. Okay ...

12. Owh - cuba elakkan memandu jauh di waktu malam sebab:

i. RUGI - apa pun tak nampak - gelap segelap-gelapnya.
ii. Pump station pun tutup - saya tawakal je minyak tu cukup dari Christchurch - Queenstown.
iii. Bahaya sebab memang tak ada sangat kenderaan on the road tengah-tengah malam buta tu.

Okay ... rasanya itu yang saya ingat buat masa ini.  Ada sebarang pertanyaan? Boleh tanya - jika saya tahu/ boleh bantu. Jika tidak ... boleh google lagi. Sejak 2016 ni - dah ramai rakyat malaysia yang pergi NZ dan share tips melancong ke new zealand dalam blog masing-masing. Semasa saya pergi - amat minimum tips ... gigih meng google. 

Nota: 
Saya nak kongsi link tentang beberapa kejadian akibat mengambil trip dengan agen yang kononnya bajet dan murah.  
Antaranya boleh baca kat entri INI. 
I know that this issue dah jadi viral pun kat FB TAB tapi saya tak rasa lah orang yang tulis review ni MENIPU - weih orang simpan duit nak p bercuti bukan sebab nak kena tipu.  Tapi ada juga yang mangsa ni tulis - berdasarkan pengalaman saya yang secebis ni - si reviewer ni MUNGKIN langsung tak study apa-apa/ DID minimum study tentang trip beliau - 100% yakin dengan travel agent.  
Tapi tu lah dia nya - bayar murah nak treatment 5 star memang tak ada lah.  Jadi sebaik-baiknya rancanglah percutian anda dengan baik.  Jika nak pergi dengan agen, tanya betul-betul sebelum buat bayaran - dengan bayaran ni apa yang di cover dan apa yang tidak.
Saya pernah je wasap dengan Nisa dari TAB ni (isteri de owner) - yes she replied to my wasap politely walaupun kadang-kadang lewat - to me still okay - yerlah bukan semua orang free sentiasa. Dan saya tanya dia - dengan bayaran sekian-sekian - apa je yang TAB cover dan apa yang tak cover.  
So she gave me the details.  
Then I decide tak perlu pakai agent2 yang bajet ni sebab setelah "matematik" dilakukan - bagi saya tak jimat mana pun berbanding kalau kita travel sendiri ... Cuma adanya mereka ni - pemudah cara sebab mereka dah pernah sampai.  
Lain-lain ; masak + bawak caravan - of course lah kena uruskan sendiri - yer dak.
Apa-apa pun semoga bermanfaat.

Saya pun ada pengalaman ditipu agent ni - tapi saya belum ada hati nak berkongsi - nantilah bila hati saya dah sejuk - mungkin saya akan kongsi ... Kalau sudi - doakanlah saya boleh dapat REFUND semula ya. huhuhu...

Sumber rujukan luar:
1. http://www.dangerous-business.com/2010/08/5-roads-less-traveled-in-new-zealand/
2. http://www.backpackingmatt.com/

Semoga bermanfaat ya. Insya Allah.
@love_nhhas

Nota:
Kepada rakan-rakan yang baru follow blog saya - mohon tinggalkan link di ruangan komen - jika mahu saya follow blog kalian. Maaf saya fail sikit dengan google++ ni. hihihi.
Terima kasih tau sudi singgah.

loves_xoxo...

45 comments:

  1. Assalamualaikum cik huda...
    Dia tak hapdet takpe..sekali hapdet sila scroll 40 juta kali..

    ReplyDelete
  2. Lamanya baru post entry NZ..berkulat dah ni..nasib ada kaitan dgn highway baru post ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lh.

      Mood ber blogging kelaut lah mak.
      Huhuhu

      Delete
    2. tapi dah lama pun ingat lagi details..bagus betul.

      Delete
  3. Cantiknya NZ...bila lah nk sampei nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mak sampai satu hari nnt dlm penuh keberkatan.
      Insya Allah

      Delete
  4. Tabeklah cik Huda..drive sendiri dgn jayanya..bravo!

    ReplyDelete
  5. Mak baca dengan kasih syg nih..sambey urut rambut..inshAllah rezeki gembirakan ibu bapa akan dibalas lebih lagi.bergaya lagi ayah Huda ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamen ... insya Allah.

      Tu gambo last year mak - 2015.

      La ni abah dah tak berapa sihat sangat

      Delete
  6. best nampaknya memandu di NZ ni..jalan luas, mcm tak banyak kenderaan je kt jalanraya..rasa tk berani nak drive caravan, rasa mcm berat je..

    tak tau bila nk jejak negara kiwi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Count me in kak kalau nak g k.

      Jln dia sempit.

      Depa sayang sgt nature sampai nk buat jalan pun "berkira".

      Hihihi.

      Tp mmg bersih n fresh lh negara ni.

      Delete
  7. Gigih kakak baca macamlah nak pergi pulak hihi..
    Purposely cari plate kereta HUH ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga akak bisa sampai 1 ketika nnt.

      Mana tau adik sambung study sana ke ... hihi

      Delete
  8. pergh..complete tips..harap bermanfaat kepada yang nak memandu di New Zealand. Nanti buatlah untuk Aussie jugak..hehe.

    ReplyDelete
  9. best nyerrr... mmg complete punya tips...insya allah ada rezeki kelak sy nk g NZ dgn cara mcm ni

    ReplyDelete
  10. wah.... detail! bagus untuk orang-orang yang suka travel ni... baca entri ni rasa nak pi New Zealand pulak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom g sis.

      Moga d mudahkan utk sis sampai satu hari nanti

      Delete
  11. Mana tuan tanah nih..dia post entry pastu dia hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak - tolong seru semangat menulis kat saya mak...

      hihihi

      Delete
  12. wowwww... tips yg complete.. best baca

    ReplyDelete
  13. Syok tengok pemandangan yang cantik2...

    Akak pula kalau drive tu masa gelap lagi slow kot akak bawa sebab silau...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silau sbb x de kereta lain.
      Ada kereta sy je sebijik.

      Berpuluh2 km ... kot jumpa seketul lg kete.

      Hihihi.

      Tak sempat silau kak.

      Tapi ngantok lah kak.

      Ngantok yaamat

      Delete
  14. wahh bestnyer melancong sambil driving sendiri ke nz tuuu.,

    jap, wak nk tnye, kenapa abah x jugak memandu?


    salam pagi jumat cik kak huda tuuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. At age of 68... abah tak mahu ambil risiko memandu d negara orang.

      Padahal babah terror je memandu.

      I learnt those skills from him.

      Hihihi

      Delete
    2. wahh bestnyer kalo dpt abh mertua cam ginii., ehh? hahar2

      Delete
  15. lepas ni kalau ada rezeki nak travel ke NZ, bleh rujuk kat sini . tq tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat.

      Jangan lupa tips memilih penginapan juga k.
      Hihihi

      Delete
  16. Wah!! Mmg tgh mencari tips ni 😬

    ReplyDelete
  17. Kat sana undang2 jalan raya mmg strict kan sbb ada dgr pada hari drive over limit time tu jgk polis sampai kuar sama..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun not sure sbb Alhamdulillah tak pernah kena saman walau memandu 140km/j - tp tu drive tengah malam n pagi buta lah.

      U can read my previous entry.

      Delete
  18. Kemudian kes accident d Nz sgt rendah..ye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure.

      Tapi baru ni ada student malaysia accident teruk.

      Kna byr pampasan 10Knzd.
      Sila lah ambil insurans jika ke sana

      Delete
  19. salam..

    nak tny about ur expenses on petrol?

    100km - NZD$20 ke cmne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak ingat in total.
      Tapi tak adalah mahal sangat.
      I think for 4days 3 nite there saya spend less than or about NZD100.

      Sebab asap nampak pump station je isi. Haha. Dah jln ratus2 km pun isi dlm belas2 NZD je.

      Maybe bergantung kpd jenis kenderaan n lokasi yg d pandu juga kot.

      Dan if x silap fuel dia dalam NZD1.8 per liter. Ms sy pergi.

      Delete
    2. Fuel price kat NZ n AUStralia ni dia berubah setiap hari.
      Ikut harga dunia katanya.

      Tapi kadang2 kalau sis beli barang kat mana2 mini mart ke ... nnt kat belakang resit tu ada mcm kupon diskaun untuk minyak.

      Range ikut nasib lah.

      Ada bg diskaun 10cent for every lit.

      Delete
  20. Salam,
    Sis nk tny ni akan pergi oct 2017, any suggestion utk motel ke penginapan yang murah dan easy access.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)